RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 19 Oktober 2014

PAS KENA PUJUK TAMRIN KEMBALI - MAZLAN ALIMAN

AJK PAS Pusat, yang juga Presiden ANAK Sdr Mazlan Aliman adalah insan yang bertanggungjawab membawa anakanda Almarhum Tun Ghafar Baba iaitu Tamrin Ghafar untuk menyertai PAS.  Sdr Mazlan adalah pencadang kepada borang permohonan Tamrin untuk sertai Parti Islam tersebut.

Apabila Tamrin baru-baru ini istihar untuk keluar dari PAS dan berterus terang bahawa di antara sebab utamanya beliau keluar dari PAS adalah kerana tindakan PAS yang menggantung keahlian dua Adun PAS iaitu YB Saari Sungip dan YB Hasnul berikutan kedua-dua Adun dari Selangor berkenaan menyokong pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor.  Bekas Pengerusi MARA itu menjadi keliru dan pening dengan sikap PAS yang tidak tahu arah mana parti berkenaan harus berikan kerjasama.  

Sdr Mazlan Aliman juga turut akui sememangnya Tamrin amat kecewa dengan pendirian PAS di dalam isu MB Selangor.  Sikap PAS itu lah sehingga kini menjadikan PAS berpecah sesama ahli-ahlinya bahkan ramai di kalangan pimpinan PAS sendiri bengong dengan pendirian Presiden mereka. Mazlan Aliman berkata, "  Saya difahamkan, keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Oktober lalu mengenai isu 2 Adun PAS iaitu Hulu Klang dan Morib adalah kemuncak yang mendorong Tamrin meninggalkan PAS,"

Beliau yang sangat sedih dengan keputusan Tamrin itu berharap PAS dapat memujuk kembali Tamrin agar mengkaji semula tindakannya.  "Saya berharap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dapat mengambil inisiatif memujuk beliau memikirkan semula keputusannya keluar PAS, meskipun kita menghormati hak beliau. "Situasi ini bukan sesuatu yang baik bagi PAS," tulis Mazlan dalam Facebooknya.  Tamrin mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, parti yang disertainya 2 tahun lalu, melalui satu surat yang dihantar kepada setiausaha agung PAS pada 15 Oktober lepas.

Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Oktober lalu mengambil keputusan menggantung keahlian dua Adunnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).  Saari dan Hasnul digantung keahliannya ekoran tindakan mereka menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar Selangor yang disifatkan oleh PAS mendahului keputusan pimpinannya. Sebelum digantung, Presiden PAS ketika membuat ucapan penggulongan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor menyifatkan kedua-dua Adun itu barua dan ada broker di dalam parti Islam itu. 

Sebenarnya bukan Tamrin seorang yang pening dengan sikap PAS.  Siapa boleh jangka sebagai sebuah Parti Islam sanggup bertindak sedemikian rupa kepada dua Adun mereka sendiri hanya kerana menyokong Presiden PKR iaitu salah seorang pemimpin besar di dalam gabungan PR?  Lojik di mana PAS boleh mengambil tindakan ke atas dua Adun berkenaan sedangkan kedua-dua mereka ingin membantu PR untuk menunjukkan bahawa PR punyai majoriti yang cukup bagi meneruskan pentadbiran di Selangor.  Jadah apanya yang disokong oleh 4 Exco dari PAS berkenaan kepada TSKI yang tidak berparti?  Alasan kononnya untuk mengawal dari kerajaan PR Selangor jatuh ke tangan Umno atau Dun dibubar samasekali tidak masuk akal sedangkan majoriti yang menyokong Azizah telah jauh mencukupi iaitu seramai 30 Adun?  Mana mungkin Umno boleh memerintah, mana mungkin Dun boleh dibubarkan di dalam keadaan PR punyai majoriti besar?

Jadi, tentulah Tamrin tertanya-tanya mengapa PAS terus menyokong TSKI dan membelakangkan Azizah yang telah mempunyai majoriti?  Apa nawaitu PAS waktu itu?  Itu yang dipersoalkan ramai pihak.  Presiden PAS boleh ke hulu ke hilir memberikan berbagai alasan mengapa PAS mempertahankan TSKI tetapi tidak semua orang boleh terpedaya dengan alasan yang tidak munasabah itu.

PAS sepatutnya melaksanakan kebijaksanaan politik di dalam menangani isu ini asalkan tidak bercanggah dengan hukum Islam.  Apakah menyokong PR ketika itu bersalahan dengan hukum atau menyokong TSKI yang telah menjadi Adun Bebas itu diwajibkan untuk PAS menyokongnya?  Di mana maslahah politik itu diletakkan oleh PAS?  Atas sebab itu, Tamrin bertindak keluar dari PAS kerana beliau merasa pelik dengan tingkah laku PAS.

Akibat ketidakbijaksaan itu, kini PAS telah mula merasai kesannya.  PAS sudah kurang membelasah Umno tetapi banyak melatah tentang PasMa yang tiba-tiba wujud ketika isu MB Selangor.  Pimpinan PAS masih tidak segan silu membelasah rakan-rakan dari PR terutamanya PKR.  PAS mungkin merasa PKR meranapkan impian PAS untuk terus mengekalkan TSKI sebagai MB Selangor. Mengapa begitu bersungguh PAS mahu pertahan TSKI?  Kononnya, TSKI patut disokong kerana MB Selangor itu tidak disabitkan dengan SPRM atau mahkamah.  Mahu bertanya, adakah sabit dengan SPRM mahu pun mahkamah terhadap dua Adun berkenaan?  Jawabnya tiada.  Jika tiada, mengapa perlu mereka dihukum?  Kerana disiplin?  Jika itu jawapannya, PKR juga memecat TSKI atas dasar disiplin juga selain dari isu hutang Bank Islam, projek kepada kroni Umno dan banyak lagi perkara yang mana TSKI sendiri gagal tampil untuk menjawabnya kepada parti.

Tamrin bukan hebat sangat sebab itu PAS tidak kisah kehilangan beliau.  Tetapi aku yakin PAS sebenarnya rugi besar dan akan mengambil risiko yang tinggi apabila parti tersebut silap di dalam tindakannya.  Besar kesan ke atas PR, lebih besar lagi kesannya kepada PAS sendiri.


13 ulasan:

  1. Dasar Pas lain. Yang nak join secara ikhlas di alu2kan dan di rai; yang nak keluar tak ada siapa larang. Kita tidak ada tetamu istimewa; sedangkan Asri dulu Presiden parti pun kita tak kisah bila dia keluar parti!! Cuma bila dah keluar tu nak masuk balik ke pangkuan Pas susah sikit; bukan macam sesetengah parti. Itu sebabnya mereka yang keluar atau dikeluarkan dari Pas selalunya malu2 ayam nak pohon jadi ahli semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepala XUMNO penuh tahi dan orang jenis ni kalau ada najis pada jubah tok gurunya dia akan mempertahankan bahawa itu bukan najis tapi itu adalah pewangi.taksub membabi ,otak di kepala lutut.

      Padam
    2. Anon 12.53
      Tuan tak tahu ke xumno tu sebenatnys masih penyokong umno tegat...cuma menyamar disini untuk mencucuk jatum melagalagakan pihak yang menentang umno/bn.
      Sayang srkali hamno hanya memiliki pejuang siber yang kureng betbakat, cetek serta rendah pengetahuan. Apa yang ditulis menampakkan kebodohan diri dan sering dibelasah kaw kaw....

      Padam
  2. semuia parti ada dasar masing2..
    dasar pas adalah Islam...yer kerr..

    tapi taindak tanduk pas tidak melambangkan islam...

    terutamanya presideng dan Majlis Surau Ulamak@MSUnya...boleh tadbir surau jer ..kah kah kah

    masih nak menapikannya??..
    sekarang pas dah tak blasah umno... dia lebih suka blasah PKR dan DAP...dan Pasma gak...

    kah kah kah kah..I Rest My Case My Loard..

    BalasPadam
  3. mana dia worang mau belasah umporno ? sudah satu guni masuk juga ada ! dia worang mau bikin gomen jugak itu 'UG' apa namaa ,itu campur punya ,macam nasik campurlah bukan nasik kandar daa,,ABU & tentang geng pro 'UG' sampai mati !

    BalasPadam
  4. Hahaha....Mosibat si Gay dan Amuragila siMabuk tua.
    Mmg padan korang dua ni berpasangan gila meroyan...hehe

    BalasPadam
  5. Posting terbaik bulan ini. Luahan hati rakyat marhaen yg ditipu siKETUM:

    Tak kira la kat mana pun...maran ke marang ke...rakyat dah jelak dan nyampah. Kamu bikin onar kamu selesai sendiri la. Jgn nk heret rakyat dlm masalah kamu. Keadilan utk Anwar??? Kami rakyat marhaen menuntut keadilan utk kami dlm kos peningkatan kos sara hidup. Kami sokong PR atau PKR bukan utk keadilan kamu. Jgn sampai PRU14 nnt rakyat berpaling tadah dan kembali menyokong BN.Kalau dah ditakdir kamu habiskan sisa hidup kamu kat dalam disebabkan onar kamu sendiri. ..masukla diam2 dan jgn nk libatkan kami. Kami dahagakan pejuang yg sebenar nya bersih, amanah bermoral dan mengutamakn agama bangsa dan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. DSAI pergi mahkamah kerana beliau wajib melaksanakan tanggungjawab sebagai orang kena tuduh yang disabit dengan kes. Ini apahal pengikut dan penyokong berhimpun konon nak tunjukkan sokongan.

      Rakyat keliru antara pesona sebagai pejuang keadilan dan dalam pada masa yang sama berhadapan dengan isu moral. DSAI ditakdirkan kalah dalam PRU 13 dan gagal menjadi Perdana Menteri. Kalau dimedan PRU pun beliau kalah apakah rakyat nak angkat DSAI diatas jalanraya, berdemonstrasi dan sebagainya.

      Pembangkang perlu menggilap aura baru sebagai pengganti DSAI. Pakatan Rakyat seolah hidup kerana DSAI tetapi tidak memikir pelan untuk masa hadapan. maknaya Pakatan Rakyat ibarat jurasic park yang hanya tinggal mitos setelah specis dinosour pupus begitu sahaja.

      Padam
  6. Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua AMK yang baru cuba mewujudkan gelombang demonstrasi bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan Anwar Ibrahim dengan penyertaan puluhan ribu orang di jalanan.

    Malangnya, semakin hampir 28 dan 29 Oktober, kehangatan yang diharapkan, belum lagi berlaku. Kempen-kempen yang dijalankan, masih belum dapat menggamit minat orang ramai untuk menyertai demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan sehingga memaksa PKR mengisytiharkan bahawa demonstrasi yang diadakan sekarang hanyalah flashmob.

    BalasPadam
  7. Syarikat Anwar Ibrahim & Keluarga Sdn Bhd dah hampir muflis dan tidak lg relevan pd perjuangan kita. Kita harus fokus pd isu perjuangan rakyat dan mertabatkan agama dan bangsa.

    BalasPadam
  8. Saya mengikuti post-post anda.... post anda sebelum ini mengatakan seharusnya kita menghormati keputusan PAS atas dasar itu hak parti masing-masing... malangnya dalam post ini anda mengkritik dan membantah keputusan PAS mengantung 2 Adunnya.... bagaimana sikap anda sebenarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, saya tak terkejut dgn sikap Blogger ini. Spt yg kita sedia maklum kebanyakan macai2 PKR ni skrg sudah keliru lg mengelirukan.

      Khusus nya objektif perjuangan, nk menolong Anwar atau nk tolong rakyat?

      Padam
  9. Tepuk dada tanya selera la bro, ,, apa lg blah je laa

    BalasPadam