RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 7 Oktober 2014

PESTA ARAK "OKTOBERFEST" - KERAJAAN SELANGOR WAJIB HENTIKAN JIKA MAHU LIHAT SELANGOR MEMILIKI RAKYAT YANG SIHAT JIWANYA

SEKARANG ribut pasal "OktoberFest" yang sebenarnya telah pun bermula pada 24 Sept yang lalu dan difahamkan kemuncaknya akan diadakan pada 10 Okt hingga 12 Okt ini bertempat di Tempat Letak Kereta One Utama, Petaling Jaya.  Keributan ini adalah kerana pesta itu merupakan 'pesta minum arak' dan ramai yang menentang aktiviti ini.

Kita faham, arak hanya haram kepada penganut berugama Islam dan aku rasa ugama lain pun tidak 'redha' sebenarnya kepada peminum arak, apatah lagi minum sambil berpesta.  Kita juga maklum bahawa bukan PR yang meluluskan Kilang Arak terbesar di Shah Alam itu, dan ramai di antara kita tahu siapa yang merasmikan Kilang Arak berkenaan puluhan tahun yang lalu.  Bukan Non Muslim yang merasmikannya.  Namun demikian, apakah cukup dengan alasan itu maka kita terpaksa 'restu' dengan aktiviti yang tidak berfaedah langsung dan ianya seolah-olah satu kempen atau mempromosikan arak kepada anak-anak remaja tidak kira Non Muslim lebih-lebih dahsyat lagi kepada yang berugama Islam.

Aku percaya tanyalah kepada semua ibu bapa samada mereka Islam atau tidak, adakah mereka suka anak-anak mereka meminum arak atau menjadi peminum tegar arak?  Mungkin ibu atau bapa mereka sudah tidak boleh disekat lagi ketagihannya, tetapi apakah mereka gembira anak-anak mereka menjadi peminum arak yang tegar sehingga dewasa nanti?  Jawapannya sudah pasti tidak.  Atas faktor ini, kita mohon Kerajaan Selangor di bawah MB baru, YAB Azmin Ali duduk berbincang bersama semua rakan dari PR dan terangkan kepada mereka betapa perlunya pesta arak ini dihentikan.  Apakah tidak cukup lagi arak buat mereka sekadar minum sahaja, mengapa perlu berpesta?  Apa untungnya kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan lebih jauh lagi kepada Negeri Selangor, khususnya.

Jika PR tidak berupaya mengharamkan arak dari dijual atau menutup Kilang Arak terbesar di Shah Alam itu kerana kuasanya berada di bawah Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno, paling kurang kita elakkan untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang ada aktiviti berpesta arak.  Arak minuman yang dibenarkan kepada penganut ugama lain, memadailah mereka membelinya dikedai-kedai yang ditentukan sahaja dan mereka boleh sahaja meminumnya seperti minuman biasa tanpa perlu berpesta.  Bagi umat Islam, hukumnya jelas tiada dalih lagi.

Sehubungan itu, aku mengutuk sekeras-kerasnya Kerajaan Negeri Selangor sekiranya kerajaan yang baru dibentuk dengan MB barunya ini terlibat secara langsung atau tidak langsung 'merestu' aktiviti yang tidak sihat ini.  Ini bukan soal ekstremis tetapi memadai kita melihat dari sudut moral, adakah wajar arak ini dijadikan satu pesta sedangkan semua tahu samada Non Muslim lebih-lebih lagi Muslim bahawa arak ini banyak mendatangkan mudharat berbanding dengan kebaikannya.  Hentikan aktiviti yang bakal meracun minda anak-anak muda kita tidak kira apa jua agama.  Jika merokok yang semua tahu satu amalan yang tidak baik untuk diamalkan, apatah lagi dengan arak.

Azmin Ali wajib peka dengan isu ini.  Rakyat mesti diterangkan mengapa Kerajaan Negeri tidak mahu rakyat Selangor menjadi semakin ramai ketagih dengan arak dan mengapa aktiviti negatif ini mesti dihalang.  Kita juga berharap semua pimpinan parti di dalam PR juga peka dengan isu ini dan bersama-sama menjadikan Selangor sebagai negeri yang bukan sahaja maju tetapi mempunyai rakyat yang sihat jiwanya. 

Hentikan "OktoberFest".

8 ulasan:

  1. PATUTLA SELANGOR KERAP DILANDA ANGIN RIBUT SEKARANG NI..... YG JELAS HARAM HENTIKAN SHJ IKLAN AWAM... KLAU TAK TUNGGU JE LA BALA DARI ALLAH

    BalasPadam
  2. Kalau dah tau haram, cepat2lah haramkan. Tak kan Azmin nak mintak persetujuan Dap jugak. Ini negeri awak........tak kan itu pun nak kena ajar?

    BalasPadam
  3. Kalau zaman TKI dulu, tindakan sudah diambil utk haramkan. La ni lembab sgt.....

    BalasPadam
  4. Apa pulak kilang arak terbesar diShah Alam tu ditunjangi oleh kjaan pusat dan umno dan kjaan Negeri tak berupaya nk tutup???

    Korang ni kalau takut dgn puak kafir dan tak berani nk bertindak, jgn nk salahkn org lain.

    Korang ni kalau tak memfitnah mmg bukan pkr la gamaknya.

    BalasPadam
  5. Kilang arak dirasmikan oleh UMNO, maka PR tak mampu buat apa2... hahaha bodoh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7 golongan yang masuk neraka berkait dengan arak ni... takut yang mengundi parti yang meluluskan pun dapat bahagian...

      Padam
    2. Ya. Termasuk la mengundi parti yg memerintah Negeri dimana terletak nya kilang arak tu, dan parti yg memerintah yg meluluskan lesen kedai arak, pub dan disko, , rumah2 urut dan rumah2 berhala dan gereja yg bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

      Padam
  6. 10.22....tmbh lagi la fitnah. ..umno yg resmikan??....sapa yg bodoh? ?

    BalasPadam