RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 17 Disember 2014

MEMBENARKAN UMNO TERUS BERKUASA BERERTI KITA MELAMBAT-LAMBATKAN PERLAKSANAAN HUDUD

ISU Hudud kembali disuarakan oleh DAP.  Hakikatnya DAP memang sejak dahulu tidak pernah bersetuju dengan Hudud dan kita orang-orang Islam terutamanya dari PR sudah lama sedar akan perkara ini.  Maka, tidaklah memeranjatkan jika DAP ulang semula pendiriannya.  

Apakah kita perlu gundah gulana?  Hudud bukan perjuangan PAS semata-mata tetapi itu adalah hak umat Islam sejagat.  Di negara kita ini, sesiapa yang mengaku berugama Islam tidak kira di pihak mana ideologi politik mereka wajib menyokong Hudud.  Menolak Hudud secara mutlak dan total hukumnya Kafir.  

Bagaimana mahu laksanakan Hudud?  Aku teringat kata-kata YB Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) bahawa sekiranya beliau diberi pilihan samada Putrajaya atau Hudud, pasti beliau memilih Putrajaya.  Apakah Hanipa menolak Hudud secara total atau Hanipa menghina hukum Hudud?  Tentu tidak.  Beliau memilih pendekatan untuk mara ke Putrajaya terlebih dahulu kerana Hudud mustahil boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa kuasa di Putrajaya.  Ertinya, wajib ke Putrajaya.  Solat itu wajib, mahu solat perlu kepada pakaian menutup aurat.  Ertinya, berusaha mencari pakaian itu hukumnya wajib juga.  Itu satu pendekatan yang dipilih oleh Hanipa.

Mungkinkah ada pendekatan lain tanpa ke Putrajaya kita boleh laksanakan Hudud?  Jika ada, silakan kita pilih pendekatan itu.  Ertikata lain, berbeza pendekatan itu adalah hikmah di dalam Islam untuk melaksanakan cita-cita Islam.  Siapa yang mempunyai pendekatan yang terbaik, yang lebih licin, teratur dan pantas untuk merealisasikan hukum Hudud itu, maka itulah orang yang bijaksana.  Sesiapa yang mempunyai pendekatan yang jauh, kurang teratur dan penuh dengan ranjau untuk melaksanakan Hudud, mereka tidak salah tetapi kurang bijak berbanding yang tadi.

Aku samasekali membantah DAP jika DAP menentang perlaksanaannya, tetapi aku boleh saja terima sekadar DAP tidak bersetuju kecuali yang Islam di dalam DAP menolak juga Hudud maka hukumnya tetap Kafir.  Apakah kerana DAP tidak bersetuju maka kita harus hentikan usaha untuk melaksanakannya?  Tidak mungkin.  Kewajipan kita mesti diteruskan tetapi alangkah bijaknya jika kita berjaya tunjukkan kepada DAP bahawa Islam itu Syumul, bukan Hudud sahaja.  Jika di dalam aspek lain yang mudah dilaksanakan pun kita gagal tunjukkan pada DAP, mana mungkin DAP lebih yakin dengan Hudud?

Pendapat peribadi aku, apakah salah jika kita usahakan dulu tuntutan Islam yang lebih universal dan majmuk yang dipersetujui semua sementara kita terus menyediakan persediaan ke arah perlaksanaan Hudud?  Maknanya, lakukan tuntutan Islam yang lain di dalam masa yang sama Hudud terus dipersiapkan.  Jangan tinggalkan Hudud hanya kerana kita ingin mengamalkan tuntutan Islam yang lain.  

DAP mungkin akan terima Hudud di satu ketika nanti apabila kita berjaya buktikan bahawa Islam itu Syumul dan banyak perkara yang boleh menguntungkan semua serta memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama.  Sehubungan itu, jangan kita mudah melatah dengan karenah lama DAP ini.  Adakah kita sanggup membenarkan Umno terus berkuasa hanya kerana DAP berbeza sikap dengan kita tentang Hudud?  Membenarkan Umno terus berkuasa bererti kita membantu melambat-lambatkan Hukum Hudud ini dari dilaksanakan.


15 ulasan:

  1. mana pencacai2 umno tak berkokok pagi ni...dah mampus ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anjing PKR tgh berkeliaran menyalak garang. Tu sbb pejuang agama dan bangsa dok diam je.
      Sekor anjing yg garang tu pakai no siri 7.38.

      INGAT PKR INGAT FITNAH

      Padam
    2. sudahlah kamu anonmuose 7.46,sedap kau melebelkan orang anjing,dah cermin diri ke,tengok ,perhati,selidiki wajah kamu,adakah kau manusia atau apa,fikir dan muhasab diri,

      Padam
    3. Haaaa....tau marah. Yg ko ckp mampos tak pasal2 tu ok pulak ya.

      Mmg dasar Fuckertan nmpk salah org je.

      Padam
  2. TERBAIKK BRO...KIH KIH KIH.

    BalasPadam
  3. Nak menegak hudud tak perlu guna duit rasuah MP BN kemudian jadi PM. Jangan layan nafsu MEGALOMANIA

    BalasPadam
  4. Takkan tak nampak... bahawa DAP masuk campor hal agama Islam... mengapa? Sbb di belakang DAP ada towkey2 yg hidupnya atas kerosakan org2 Islam.. jd kerosakan ini harus di teruskan.. meruntuhkan jahiliyah lama utk menaikkan jahiliyah baru, itu pon xfhm ke?Kalu xfhm dan yakin sgt dgn DAP.. sila jgn kna tipu kali kedua perangai Lee Kuan Yew yg sebelom dpt kuasa perintah Singapura adalah lebih Melayu dr Melayu..

    BalasPadam
  5. Carta lagu amno 2015 dulu kini dan selama-lamanyaaaaaa.....
    Rasisku rasismu jua
    Melayu kujulang Melayu kubuang
    Melayu Miskin di Malaysia
    Cina Kaya Melayu Miskin
    Cina Celaka Melayu Mulia
    Anak Kecil Main Palat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg ko merepek ni Setannnnnn...

      Padam
    2. INGAT PKR INGAT FITNAH
      FITNAH 'MAKANAN RUJI' PKR

      Padam
    3. Makanan ruji...kah kah kah

      Terbaekkk. .. :-)

      Padam
  6. Mula2 kata tggu putrajaya...pastu dh dpt...tggu nk review sekali lg....dh review...tggu nk buat penerangan pulak....tggu jer la jwbnya...setakat hanipah mydin tu...ckp xleh pakai...ketua sendiri pun dimalukannya demi anuwar...siap guna lahum lg...udh ler. Kjaan pusat dh ok...buatjer la.

    BalasPadam
  7. MEMBENARKAN UMNO TERUS BERKUASA BERERTI KITA MELAMBAT-LAMBATKAN PERLAKSANAAN HUDUD

    fitnah lagiiiiiiiiiiii....ntah ler

    BalasPadam
  8. PAS berjuang sendirian tidak ada yang membantu baik pemimpin UMNO atau PKR jauh sekali pemimpin kafir DAP. Hanya pemimpin PAS yang takut kepada ALLAH. Apa yang ditakuti oleh pemimpin Islam PKR dan UMNO ialah kehilangan pangkat dan kuasa. Sebenarnya yang salah ialah syaitan musuh nyata manusia kerana mereka berjaya mencipta musuh Islam dari kalangan pemimpin Islam itu sendiri disebabkan kekurangan iman.

    BalasPadam