RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 27 Januari 2015

APAKAH NASIB ANWAR AKAN MENGGEMBIRAKAN MUSUH-MUSUHNYA?

INSYAALLAH, Tawakkal Alallah.  Nasib Anwar Ibrahim akan ditentukan pada 10 Feb ini di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.  Bukan kes rasuah, bukan kes bunuh Altantuya, bukan kes curi injin pesawat, bukan kes jual Pulau Batu Putih, bukan kes 1 MDB jauh sekali dari kes curi lembu kondo.  Anwar, seperti biasa hanya akan berdepan dengan kes fitnah.

Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu sewaktu di era Mahathir, satu kes salahguna harta kerajaan mahu pun rasuah berjaya dibuktikan.  Beliau pegang kunci harta negara lebih kurang 8 tahun, adakah beliau kini kaya raya atau keluarganya kini miliki harta yang bertimbun?  Jika ada, aku rasa tidak perlu Sepol masukkan plastik ke dalam duburnya atau menyusahkan dia tidak cuci dubur beberapa hari.

Apa pun kita ada Allah.  Susah dan senang, Allah tempat kita mengadu dan bersyukur.  Aku tahu, ada yang mendoakan bahkan ada yang solat hajat minta Anwar masuk dalam.  Mereka itu tidak semuanya dari puak Keris Telanjang tidak bersarung.  Betullah kata orang, teman ketawa untuk dapatkan sokongan dan kuasa memang ramai, tetapi kawan menangis sukar dicari.   Jika tidak percaya, lihat saja pada 10 Feb ini nanti.  Siapa yang dulunya naik hasil dari pengaruh Anwar dan kempen giatnya di merata negeri, tetapi sibuk tidak dapat hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar.

Bahkan yang pasti akan ada yang berkata tidak "syarie' hadir ke mahkamah kerana Anwar bukan Ulamak dan itu masalah peribadi.  Bagi mereka lebih baik Anwar duduk di dalam kerana menyusahkan mereka untuk merealisasikan strategi "sulit' mereka.  Pedulikan itu semua.  Kita, mereka merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah tentu lebih baik.  

Aku yakin Anwar masih punyai kekuatan dalaman yang tiada pada orang lain setakat ini.  Beliau bukan maksum, tetapi beliau mampu hadapi satu demi satu fitnah ke atasnya dan keluarga dengan tabah tanpa ada rasa rendah diri berdepan dengan musuh.  Berani kerana benar.  Beliau difitnah, isterinya juga diperlekehkan, namun Anwar tidak pernah melatah jauh sekali membalasnya.  

Hanya doa yang mampu kita panjatkan buat tokoh reformasi ini.  Apa yang pasti, Anwar akan bebas, InsyaAllah.  Beliau bebas bukan kerana menyerang Daim atau membantu Najib, tetapi beliau memang tidak bersalah dan wajib dibebaskan.  Itulah keyakinannya dan keyakinan kita yang ada keimanan walaupun senipis kulit bawang. 

35 ulasan:

  1. Ketika perbicaraan di mahkamah rayuan dulu, teramat pantas keputusan dibuat kerana keputusan telah disetup untuk menjatuhkan DSAI didapati bersalah dgn apa cara sekalipun. Untuk mengurangkan bahang perbahasan rakyat tidak semena-mena MH370 ghaib. Kini mahkamah persekutuan pula mengambil masa yg lama untuk membuat keputusan, kerana mengambil masa memikirkan kong kali kong apakah yg sesuai untuk diputuskan. Jika keputusan tidak memihak kpd DSAI, mungkin kedudukan MH370 diumumkan telah ditemui di Laut China Selatan pula. Maka akan hebohlah akan isu MH370 untuk menenggelamkan isu DSAI. Atau boleh jadi juga akan ada isu tergempar yg lain dlm perancangan, direncanakan supaya seolah-olah satu 'kebetulan' shj.

    BalasPadam
    Balasan
    1. imajinasi tinggi nih...

      buleh bikin filem kat holiwud nih...

      Padam
  2. Puak puak UG pulak yg terlebih gembira dari UMNO kalau Anwar di penjara



    BalasPadam
    Balasan
    1. fantasi liar nih...

      buleh buat skrip filem cereka kat amarika nih....

      Padam
  3. Anwar sepatutnya lari ke Australia

    BalasPadam
  4. Giliran Daim pulak lepas ini

    Daim berani ke lawan Najib sorang sorang Kalau tak ada kawan macam Mahathir Daim jadi Diam je ler

    Peringatan untuk Daim Buat air kopi sendiri !!

    BalasPadam
  5. Penulis mroyan tak tentu arah. Otak kat celah klenksng. Hu hu hu...

    BalasPadam
  6. Asalnya di tuduh suka sama suka Lepas tu di tukar meliwat tanpa kerelaan

    Bermula perbicaraan mahkamah tinggi dan Rayuan ketua pendakwaraya ialah dari Peguam Negara Masuk mahkamah persekutuan tukar lah pulak Peguam UMNO

    Awalnya hajat nak penjarakan Anwar Sekarang hajat nak penjarakan Daim pulak dah

    Dulu Ulamak jauhkan PAS dari UMNO sekarang dah berani nak UG dengan UMNO

    Yang tetap kental dan tak berubah dalam membela nasib rakyat ialah Anwar jugaaak !




    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ketahuan nih...

      sila mengaji dengan guru...

      jangan mengaji dengan cekgu...

      Padam
  7. Anwar bela nasib rakyat?? Aku nampak rakyat yang susah payah bela nasib Anwar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama 27 Januari 2015 12:24 PTG yang bangang lagi bangang...org hanya menyampaikan maklumat dan ko gunakan akal berfikir dengan akal fikiran yang waras. kenaikan kos sara hidup kehilangan pesawat.. peningkatan kadar jenayah.. itu semua hasil org bangangh mcm ko...lg menyusahkan rakyat sbb satu sen hasil negara diambil dari rakyat...bangang

      Padam
    2. Betul jugak tu Rakyat yg susah payah bela Anwar sbb fakta nya ialah Anwar dapat undi POPULAR

      Padam
    3. Macamana hang nak Nampak,hang tak dak mata hati..

      Padam
  8. Kenapa ada yang tidak gembira kalau Anwar dipenjarakan? Bukankah itu akan menjadikan pakatan lebih kuat? Diorang ni tak mahu pakatan jadi makin kuat ke?

    BalasPadam
  9. Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

    Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

    Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

    Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

    Haa haaa Haaa

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

    Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat sangat ko menyanyi macam nak lepas gian Ya lah sebelum anwar di bebaskan dan didapati tidak bersalah nyanyi lah Nyanyi lah sepuas hati

      Dah di bebaskan dah tak boleh nyanyi

      Padam
    2. nyanyi mabuk todi ke?27/11.22

      Padam
  10. Kalau Anwar di penjara, adakah RAKYAT akan menikmati ekonomi yang lebih baik, rasuah di bendung atau Malaysia akan menjadi negara maju, tidak banyak hutang dan lain-lain lagi.

    Kalau nak Pak Najib terus berkuasa ... silakanlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayar ajelah gst april nanti... hahahahahaha aku kaya

      Padam
    2. UMNO dah habis peluru Taktik dakwat Pengundi hantu semua dah di pakai Ni nak buat persempadanan tapi itu pun belum tentu berpihak pada BN

      Yang ada satu je Penjara kan Anwar Yang penting bukan pasal ekonomi atau rasuah tapi Kuasa !

      Dan kita akan terus dengan kehidupan di Malaysia dalam kedongengan semua nya ok

      Padam
  11. PKR tidak merancang untuk mengadakan demonstrasi dan rusuhan pada hari Anwar Ibrahim diperdengarkan keputusan Mahkamah Persekutuan.

    Apatah lagi, beberapa kenyataan keras daripada pemimpin-pemimpin kanan PAS sendiri, sudah cukup untuk membayangkan yang demonstrasi dan rusuhan yang bakal diadakan, hanyalah terdiri daripada budak-budak kutu berahak yang laparkan RM50 setiap seorang, tidak cukup impak sebaliknya lebih memalukan PKR.

    Ada yang berpendapat, PKR sudah perlu menerima keputusan bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi ikon yang menjadi ikutan atau pujaan. Beberapa program ceramah dan kempen yang melibatkannya, menunjukkan penurunan ketara jumlah yang hadir.

    Telah dibuktikan bahawa tanpa PAS, Anwar Ibrahim hanyalah seperti beruk dipakaikan skirt yang hanya boleh dilihat dan ditertawakan, bukannya dipuja dan dikagumi. Beberapa siri penipuannya yang telah didedahkan, menambahkan lagi kebencian HAKIM RAKYAT kepada Anwar Ibrahim sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 Fauzdin bkn salah sorang kutu berahak yg laparkn rm50 tu

      Padam
    2. Jgn lupa NASI LEMAK TETEK KOPI O..kihkihkih

      Padam
  12. Apa pun pada 10 Feb Anwar Ibrahim menjadi tumpuan semua rakyat seluruh negara

    RAKYAT HAKIM NEGARA

    Perbicaraan kes Anwar Ibrahim 1DMB Sirul Pertandingan Golf semasa banjir besar E-Coli Mejar Zaidi Gangster MIC MH 370 GST Kerugian MAS K-Pop /Bollywood Surat kepada FBI Daim Mahathir Harga Barang Naik

    Keputusan akan di umumkan pada PRU akan datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju...PRU14 rakyat akan hukum pengkhianat bangsa dan agama. Rakyat skrg dah mula sedar dan nmpk fitnah dan penipuan puak2 liberal pengkhianat ini. Semoga bapa segala fitnah dan dajjal zaman ini segera dilontar kedalam penjara dan semoga penjara dapat segera menginsafkannya. Aminnn.

      Padam
  13. Bangsa Melayu satu-satunya bangsa yang huru hara. Kuat memfitnah, kuat main santau dan racun, bela jin dan puaka, boleh jadi gunting dalam lipatan, macam enau dalam belukar dan pemalas. Satu-satunya bangsa yang mudah ditakluk penjajah Portugis dan menuikar ugama (Filipina) menigkut Sepanyol. Dengan Inggeris terus mengalah. Dengan Jepun kalah sampai ke hari ni. Ini semua kerana Melayu majoritinya hanya Islam dalam kad pengenalan. Islam tetapi tidak takut kepada neraka dan azab yang pedih. Namun ape nak buat kerana majoriti bangsa ni bingai, yang berkuasa sibuk buat duit, yang pandai sibuk hidup senang lenang. Yang jelas kelihatan ialah jalan -jalan bagi negeri Johor dan Pulau Pinang keluar dari Malaysia sebelum akhir abad ini. Sementara itu selamat berfitnah wahai bangsa Melayu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sgt benar kata2 mu tuan. Fitnah dosa di tolak tepi. Asalkn pemimpin yg dipuja bebas. Agama bangsa disepak tepi asalkan kuasa diperolehi. Syaitan bertopengkn wajah manusia itu harus dihapuskan segera.

      Padam
    2. yang jadi pemimpin yang berkuasa pada hari ini ialah cucu cicit kepada bangsa yang mengadaikan kuasa kepada penjajah Mereka yang berjuang dan berasal dari rakyat biasa terpaksa lari menyorok dalam hutan Kisah Nadim se orang budak yang cerdik pun menjadi kebimbangan pada mereka sehingga di campak ke dalam laut Kisah tersebut menjadi peringatan pada orang kampung

      Mejar Zaidi Anwar Ibrahim A Samad Said Guru-Guru adalah kisah Hang Nadim yang di main kan oleh pemimpin yang betkuasa sekarang

      Orang melayu tak akan berubah dan kuasa pemimpin melayu akan terhakis sedikit demi sedikit Jangan salahkan bangsa lain kerana meraka bukan penjajah

      Padam
    3. Fantasi....kahkahkah

      Padam
    4. Tn 11.29, cukup mahir ko putar belit sejarah ya. Ko ingat org melayu BANGANG mcm ko dgn makbapak ko ke. Apa lg ko nak spin?? Apa motif ko?? Lain tidak ko penjilat kaum pendatang dan perosak agama dan bangsa.

      Padam
    5. Salahkan bangsa sendiri !
      Pemimpin kamu lemah kurang cerdik menyalahkan bangsa lain dan kamu menerima nya bulat bulat

      Mana salahnya bangsa lain bila 30% hak bumiputra gagal?
      Mana salahnya bangsa lain bila Daim-Mahathir serang Najib?
      Mana salahnya bangsa lain bila Anwar di penjara kerana fitnah?
      Mana salahnya bangsa lain bila pemimpin main golf ketika negara ditimpa musibah banjir besar?
      Mana salahnya bangsa lain kalau yang menulis surat untuk minta FBI membenarkan Raja Judi CINA dan geng Kumpulan Kongsi Gelap CINA pulang ke Malysia ?
      Mana salahnya bangsa lain bila Mahathir kata yang dalam UMNO tinggal yang tak cerdik ?

      Cina berdemo India berdemo Bersih berdemo sebab nak kan melayu cerdik dan berpendirian menjaga negara !! Bila Anwar jadi Perdana Menteri yang berkerja dengan Anwar adalah mereka yang cerdik dan jujur Seterusnya penganti penganti selepas itu adalah melayu yang cerdik dan berkualiti Satu sistem baru untuk mengantikan sistem UMNO yang dah lapuk



      Padam
    6. TN 6 23 PTG Terlebih makan cokelat kadbury

      Mana putar belitnya ?

      Putar belitnya mana ?

      Padam
  14. "Jgn salahkan bangsa lain" kepala hotakk lu 11.29

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah Portugis ?
      Salah Inggeris?
      Salah ikan todak?
      Salah nangka?
      Salah Jepun?
      Salah Rashid Maiden Shamsiah?
      Salah Ananda Krishnan ?
      Salah Obama ?
      Salah Lee Kuan Yew?
      Salah Mahkamah PBB?
      Salah Matawang?

      Sebab individu individu tersebut termasuk ikan todak nangka dan matawang ke sekarang ni Negara berhutang 1MDB berhutang MAS rugi dan Felda rugi

      Orang melayu tak peduli pasal hutang dan pasal rugi kerana sejarah ikan todak dan makan nangka menyebabkan melayu dari dulu di takut takut kan

      Sekarang salahkan cina Siapa yang memerintah dan memegang tampuk kuasa ?


      Padam
    2. Hoi bahlol Tn 10.39. Dek mau jilat org cina kau sanggup petik hikayat lama yaa. Jadi apa mau bikin skrg? Salahkan pemimpin islam dan melayu? Ikut kata dan rentak bangsa asing?

      Kau ni faham isu tak??

      Padam