RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 7 Februari 2015

MESYUARAT PR - BERMULANYA EPISOD PENTING

AHAD (08/2/15), Pimpinan PR akan bermesyuarat di Pejabat PAS Pusat.  SUA PAS telah beri jaminan bahawa Presiden PAS akan hadir, begitu juga diperkuatkan lagi dengan kenyataan Timb Pres PAS, Mat Sabu bahawa tentunya Tok Guru Hj Hadi akan hadir kerana sebagai sebuah parti Islam tentunya komitmen kepada janji itu penting, kecuali sekiranya beliau keuzuran.

Ini bukan saja kepada PAS.  Kita juga mahu semua pimpinan PR hadir dengan ketua-ketua mereka.  PKR tentunya akan diketuai oleh Ketua Umum, DS Anwar atau Azizah selaku Presiden, manakala DAP pula oleh Lim Guan Eng selaku SUA yang mempunyai kuasa eksekutif di dalam DAP.   Anwar hadir selaku Ketua Pembangkang serta selaku Ketua umum PKR yang mana jawatan ini telah diiktiraf di dalam PKR melalui kongress dan konvensyennya.

Isu sebelum ini bukan masalah ketua hadir atau tidak.  Jika ketua tidak dapat hadir pun, timbalan pasti akan mewakilinya.  Isunya yang besar adalah adakah keputusan mesyuarat PR itu diterima akhirnya.  Isunya ada yang tidak hadir mesyuarat tetapi membelakangkan keputusan penting PR.  Itu yang menjadi masalah.  Kita tahu, tidak semua pimpinan utama hadir di dalam mesyuarat namun ada yang menghormati keputusan yang dibuat oleh wakil mereka, ada yang tidak menghormatinya.  Itu masalahnya.

Diharapkan kali ini, keputusan mesyuarat wajar dihormati.  Boleh tidak bersetuju asalkan diluahkan di dalam mesyuarat.  Utamakan yang dipersetujui bersama, dan mana yang tidak dipersetujui maka boleh saja dibincangkan dari semasa ke semasa.  Sebaiknya deraf Hudud Kelantan itu dibawa bersama kerana tidak molek jika kita sering menuduh rakan kita tidak menyokong Hudud sebaliknya kita masih gagal tunjukkan kepada mereka apa yang kita mahu buat. 

Ahad ini, apa yang penting adalah membincangkan adakah PR sebenarnya masih perlu bersama?  Apakah PR telah bersedia mencari pengganti Ketua Pembangkang seandainya Anwar disumbatkan ke penjara pada 10hb ini?  Biarlah mesyuarat Ahad ini menentukan.  Jika mahu berpisah, elok dinyatakan dengan terus terang.  Jika masih mahu kekal, baiki saja kerosakan yang ada.  Tinggalkan sikap ego jika ada.

14 ulasan:

  1. Kalau anwar masuk penjara, biarlah dia masuk penjara.

    BalasPadam
  2. serupa juga...kalau hadi nk fitnah sesiapa pun edar pil kuda...biar je lah

    BalasPadam
  3. kalau Anwar masuk penjara dia nak kau dan mak kau sama,kau nak pergi tak

    BalasPadam
  4. Aku heran knp Blogger ini sebut " ..seandainya Anwar DISUMBATKAN ke penjara...."

    BalasPadam
  5. Anwar hanya alat..! Anwar hanya pekakas..! hamPAS hanya hamba sahya yang patuh dan menurut perintah tuhan politi mereka..!Hakikatnya DAPig ialah komunis yang dahagakan kuasa untuk menjarah dan memerintah negara Melayu Islam Malaysia ini..!Bangkit la Melayu Islam..! Tunggu apa lagi..!

    BalasPadam
  6. Jabatan Keadilan menjadikan tarikh 10 Februari sebagai tarikh keputusan penghakiman kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim. Kes perbicaraan yang paling lama dalam sejarah perundangan Malaysia itu, telah menjadi begitu sensasi dengan Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya langsung tidak dapat menyanggah kesemua bukti yang ditampilkan oleh pihak pendakwa tetapi pada pusingan pertama di Mahkamah Tinggi, berjaya memenangi kes menerusi fakta teknikal yang tidak ada kena-mengena langsung dengan bukti yang ditampilkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambung..

      Banyak retorik yang telah dibikin oleh Anwar Ibrahim dan pasukannya, termasuklah konco-konconya yang mencipta pelbagai teori konspirasi dan demonstrasi ganas semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat tanpa menafikan perbuatan Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari. Malah pada satu ketika, mereka cuba menghalalkan perbuatan berkenaan dengan retorik qazaf dan empat saksi, serta lebih teruk lagi menyatakan perbuatan LIWAT SUKA SAMA SUKA antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah hak asasi Anwar Ibrahim.

      Padam
    2. Sambung. .

      Anwar Ibrahim dalam kenyataan menerusi blognya, terus berlakon sebagai mangsa dengan menyatakan 'Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.'

      Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, yang melakukan fitnah adalah Anwar Ibrahim sendiri. Mempunyai pelbagai 'kakitangan' dan orang yang bersimpati dengannya dalam semua bidang serta cabang perkhidmatan awam, tidak bermakna Anwar Ibrahim boleh lepas bebas melakukan segala-galanya dan kemudian berselindung di belakang nama ALLAH untuk menutup perbuatan jahatnya.Tembelangnya sudah lama pecah terutama sekali dalam peranan yang dimainkannya untuk menghuru-harakan negara ini ketika dia berusaha mencapai jawatan Perdana Menteri selepas dia gagal berbuat begitu pada tahun 1999.

      Menariknya, di sebalik pengumuman Jabatan Keadilan bahawa 10 Februari telah ditetapkan sebagai tarikh keputusan perbicaraannya, beberapa hari kebelakangan ini, tarikh itu telah pun disebut-sebut terlebih dahulu oleh para penyokong Anwar Ibrahim secara terbuka di media-media sosial.Sekaligus membuktikan bahawa tiada apa-apa yang rahsia lagi di negara ini jikalau membabitkan Anwar Ibrahim. Orang-orangnya berada di mana-mana. Dan mereka juga tidak akan malu-malu untuk mengakui yang mereka berada dalam Kerajaan untuk melakukan kerja-kerja pemusnahan dari dalam bagi merintis laluan kepada Anwar Ibrahim sebagai ketua dan majikan mereka yang baru.

      Mungkin alasan, pasukan guaman Anwar Ibrahim diberitahu beverage hari sebelum tarikh keputusan diumumkan oleh Jabatan Keadilan, boleh digunakan!

      Padam
  7. Mesyuarat ni tak lebih dari ucapan selamat tinggal kepada PAS dan DAP, tiada apa yang boleh diharapkan dari mesyuarat ni. Kita lihat nanti bagaimana PAS dijatuhkan talak oleh PR dan selepas ni kita akan lihat bagaimana terbelahnya satu persefahaman yang telah dipatri satu ketika dulu. Mesyuarat ini hanya berkepentingan peribadi. Kenapa saya berkata begitu? Sudah lebih enam bulan PR berada dalam krisis kenapa baru hari ini Anwar mengambil keputusan untuk bersemuka dengan PAS dan DAP. Anwar minta RUUH dibentang semasa mesyuarat PR nanti sebaliknya PAS K'tan menolak untuk membentangkannya. Disini sudah ada satu pertelagahan, belum lagi disentuh dengan isu-isu lain. DAP dengan muka masam akan bertegas dengan PAS supaya menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh mereka dan Anwar. PAS pula ada ketegasan mempertahankan apa yang perlu dilakukan oleh mereka sebagai amanah dan tanggungjawab bukan saja untuk rakyat marhaen bahkan ia melibatkan satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan oleh seorang pemimpin Islam. RUUH ditentang dan ditolak oleh DAP tanpa ada rasa bersalah bukan saja kepada PAS tapi seluruh umat Islam. Mampukah Anwar menyelesaikan masalah ini dengan hanya ada beberapa hari saja lagi untuk beliau kepenjara?

    BalasPadam
  8. Yang panas buntut sekarang PKR,DAP dan PAS memang tegap,mereka ada ahli akar umbi jika jadi sebarang perpecahan PR.Bebeza dengan PKR, kalau tak ada dua parti ini,terkontang kantinglah jadinya.Ditakdirkan DSAI masuk penjara,kita akan lihat bersepak terajanglah pemegang jawatan untuk merebut jawatan dan hasilnya Sgor akan jatuh pada Pembangkang masa ini.Lepas itu bye..bye PKR jadi macam Semangat 46.

    BalasPadam
  9. malu lah kalau mengaku naib ulamak dunia. tapi otak macam budak pasti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulamak juga adalah manusia. Mrk juga tak lari dari kesilapan. Tp manusia spt kamu dan kafir laknat la yg menghina dan mencaci mrk sehingga timbul fitnah dan pandangan serong kpd mrk.

      Padam
  10. Otak ulamak dikawal oleh Iman, tanpa Iman yang kuat akan terdedah kepada liberalisma dan sekularisma. Itu yang pasti.

    BalasPadam
  11. kelahi, kelahi, kelahi....jemu dah dengan hampa

    BalasPadam