RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 10 Jun 2015

KALAULAH AMANAT HJ HADI BOLEH DI'EDIT", GANTI SAJA UMNO DENGAN DAP

TAHNIAH kepada mantan Timb Presiden PAS, Mat Sabu dan mantan AJK PAS Pusat, Mujahid yang sebelum ini dilabelkan "jebon' atau "anti Ulamak" tetapi sebaliknya mereka berdua yang pertama sekali menyahut seruan Dewan Ulamak untuk memutuskan hubungan dengan DAP apabila masing-masing meletakkan jawatan lantikan politik bawah Kerajaan Negeri P.Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

Namun begitu, musuh-musuh politiknya tetap tidak berpuas hati dan masih menganggap mereka seolah-olah 'memperli' kepimpinan Ulamak.  Serbasalah juga jika kita berada di tempat mereka.  Jika tidak letak jawatan mereka bukan sahaja dianggap kemaruk jawatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bahkan lebih hina lagi mereka akan dianggap engkar syor Dewan Ulamak.  Begitulah nasib yang menimpa kedua-dua tokoh yang teramat banyak jasanya kepada PAS lebih-lebih lagi diwaktu PAS berada di zaman susah dahulu.  

Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah memuji Mat Sabu dengan katanya Mat Sabu 'aset' PAS paling berharga, beliau paling kerap diuji, gigih di dalam perjuangan dan tidak pernah sesaat pun berada di dalam Umno.  Mat Sabu konsisten menjadikan Umno/Bn sebagai musuh politiknya.  Sewaktu beliau cuba dilagakan sesama rakan-rakannya pada pemilihan sebelum ini pun, Mat Sabu tidak pernah ambil pusing tuduhan dan fitnah terhadapnya, beliau hanya sekadar memberi komen "Aku tidak tahu berlawan sesama sendiri, aku mahu lawan Umno/Bn".  

Itu lah Mat Sabu.  Namun, Muktamar kali ini Mat Sabu ditendang keluar dengan penuh jijik dan kotor sekali dengan berbagai label diberikan kepadanya.  Mat Sabu harungi ujian itu, dan terima padahnya sebagai seorang pejuang yang tidak pernah gentar kepada ujian.  Mat Sabu disingkirkan hanya kerana dia bukan Ulamak dan tidak "Na'am" kepada semua kata-kata Ulamak.  Beliau bukan sahaja berani menyanggah kata-kata Ulamak yang beliau fikirkan tidak betul, malah beliau berani berdebat dan berdepan.

Malangnya, yang bergelar Ulamak tiada anugerah dari Tuhan sifat keberanian berhujah dan berdebat bagi menyatakan kebenaran.  Mereka hanya berani bercakap di hadapan media kawalan Umno/Bn dan juga di media sosial.  Mat Sabu bukan jenis yang bermain di media sosial, FB beliau pun tidak ada rasanya kecuali FB kelab penyokong yang orang lain wujudkan.  Mat Sabu bukan pejuang FB, tetapi beliau pejuang di medan.  Sesiapa yang berani sila saja berdepan dengannya.  Malangnya, tiada.

Mat Sabu dan Mujahid sampai kecundang tetap menunjukkan keberaniannya dengan meninggalkan gaji dan elaun lumayan dari Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah DAP yang dianggap musuh oleh Ulamak.  DAP nampaknya lebih hina dan jahat dari Umno/Bn.  Andainya Amanat Hj Hadi itu boleh diedit semula, tentulah nama Umno di dalam amanat itu boleh diganti dengan DAP.

13 ulasan:

  1. Tak lama lagi adalah yg edit tu..hahaha..tak gitu geng cunik

    BalasPadam
  2. dendam kesumat puak UG/GU terhadap progesif,dan putus hubungan ngan dap gara2 usul dari mokhtar senik dan disokong sebulat suara dwan ulama tanpa bahas.last2 sekali tuduh pihak lain yang 'gopoh' dah tu kp pas ganu cabar lge bubar dun.dalam parti sendiri tunggang langgang.ada hati nak kacau parti orang. cukup komen sikit2 kalau banyak2 komen bertambah sakit hati.

    BalasPadam
  3. Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka sendiri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.(Jika U_TURN berlaku mana nak letak maruah Dewan Ulama bro) Jadi memutuskan Hubungan dengan DAP hanya satu Usul Sandiwara pada Asalnya bagi Mempengaruhi Perwakilan sebelum Pengundian.
    KITA TUNGGU SAMADA " MEREKA MEMILIH RINGGIT ATAU ULAMA"

    BETUL : Tragedi Sebuah Kesombongan

    BalasPadam
  4. Penghinaan kpd ulamak masih berterusan wpun mereka sudah menang.. sy x dpt nak bayangkan bagaimana penghinaan yg lebih besar jika mereka kalah.. bgaimanapun sy tetap bersyukur krn mereka menang cukup bergaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka wajar dihina kerana menang dgn cara yang amat kotor

      Padam
    2. Ada ke taik nak dikatanya wangi??? Bahalol punya wan rosli..

      Padam
  5. Penghinaan kpd ulamak masih berterusan wpun mereka sudah menang.. sy x dpt nak bayangkan bagaimana penghinaan yg lebih besar jika mereka kalah.. bgaimanapun sy tetap bersyukur krn mereka menang cukup bergaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan menang bergaya tapi menang dgn kehinaan.

      Padam
  6. udah2lah menyusahkan yg menang...dulu kt dlm oing oing oing...skrg dh terkeluar....oing oing oing...sifat org apa xleh nk menerima kekalahan? pakai siber...pakai tmi...pakai mk...pakai macai2...blogger2upahan...tapi still kalah...redhola...2 tahun lagi boleh cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami tidak akan berhenti menghina mereka kerana mereka yang mengundang kami berbuat demikian melalui kerja kerja jahat mereka.

      Padam
  7. Puak UG ni dah terkejut beruk dgn kebodohannya. Biar mereka rasakan bagaimana kuasa itu penting. Sbb tu perlu dpt kuasa dulu, kuasa tak ada tapi dah cakap berdegar-degar. Skrg apa dah jadi? Kpd ahli dan penyokong PAS beralih lah kpd yg lain, ciri-ciri puak UG hanya nampak utk kepentingan diri sendiri saja.

    BalasPadam