RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 18 Jun 2015

TIDAK PUAS LAGI DR ZUHDI? APA SALAH MAZLAN ALIMAN KEPADA KAMU?

PERNAH atau tidak anda dengar Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman membuat satu-satu kenyataan kontroversi sebelum ini khususnya sepanjang kempen pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini?  Pernah anda tahu Sdr Mazlan ini pernah mengkritik Ulamak atau Profesional mahupun menyebelahi mana-mana kumpulan?  Itulah Sdr Mazlan Aliman, lantaran itu beliau dipilih sebagai salah seorang yang menduduki Kerusi AJK Pas Pusat.

Ertikata lain, Sdr Mazlan Aliman 'tidak ganggu orang'.  Dia hanya tumpu kepada tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ANAK iaitu menjaga hak dan nasib warga Felda di samping berbagai lagi jawatannya yang lain, kesemuanya melibatkan kepentingan rakyat marhaen.  Dia sanggup turun naik mahkamah, keluar masuk felda meskipun sering dihambat keluar oleh masyarakat felda sendiri hanya kerana ingin memberitahu warga felda bahawa kamu telah tertipu.  Dia bukan cakap kosong, dia ada hujah beserta fakta malahan beberapa kali mencabar pihak kerajaan berdebat secara terbuka dengannya berkaitan isu felda.

Itu Sdr Mazlan Aliman.  Jauh sekali tokoh berasal dari Johor ini ingin mengusik rakan-rakannya di dalam jemaah.  Mengapa si Dr Zuhdi 'jentik-jentik' ini sakit hati sangat dengan Sdr Mazlan Aliman?  Apa yang Sdr Mazlan Aliman buat kepada Dr Zuhdi yang terkenal dengan 'anti-Anwar" dan pemuja amno ini? Mengapa tergamak Dr Zuhdi tuduh Sdr Mazlan ingin merosakkan jenerasi muda anak-anak peneroka Felda?  Berapa ramai kini yang rosak angkara Sdr Mazlan?   Dr Zuhdi kini asyik menyerang ANAK sebaik sahaja Sdr Mazlan Aliman melepaskan jawatannya secara baik dari Kerusi AJK Pas Pusat.  Apakah itu memberi masalah kepada Dr Zuhdi yang pernah buat analisa jika Pas bersama amno di Selangor, mereka boleh perintah Selangor dan boleh 'jentik' saja gereja di Selangor.  

Siapa yang tidak tahu, Dr Zuhdi ini seorang pensyarah di Universiti kerajaan yang bebas berada di dalam Pembangkang asalkan beliau menjalankan 'visi' yang diarahkan kepadanya.  Kini, sedikit demi sedikit beliau menggerakkan "siku' dan 'lutut'nya untuk merealisasikan impian amno.  Setelah puas membelasah rakan-rakan di dalam jemaah seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta dan lain-lain melalui "Chai Planning" yang Islamik itu, kini dendamnya kepada Sdr Mazlan Aliman pula.

Itulah Dr Zuhdi yang merosakkan Pas dengan menggunakan otak amno.

13 ulasan:

  1. Biarakan dia terus menyerang kumpulan progresif.janagn dia berhenti menyerang ,sebab selagi dia berkata akan ada orang yang mendoakan kemusnahanya,.tunggulah tak lama .masa akan menentukanya.sebab

    BalasPadam
  2. Kita sekarang tahu siapa dia ni,dia alah manusia munafiq dalam Pas,Pas akan musnah atas usaha belau dan dipercayai oleh tuang presideng,

    BalasPadam
  3. 2 ekor agen UMNO atau SB untuk memecahkan kekuatan PR menerusi PAS ialah Mokhtar Snake dan juhdi Marzuki... cuba selidik siapa 2 ekor ni dari sejarah dan latarbelakang? Mengapa tiada apa2 tindakan atau halangan dari kerajaan terhadap pensyarah ini yang memegang jawatan dlm politik pembangkang? Mengapa penasihat Al maunah lepas bebas tanpa tindakan polis? Siasat dan fikirlah..

    BalasPadam
  4. Aku sayang tuang presideng drpd sayang perosak amanah, pembunuh dan perompak wang rakyat

    BalasPadam
  5. dulu lagi aku dah syak, geng ulamak siku lutut ni adalah ejen UMNO dalam PAS.
    sekarang ni orang PAS mesti diberi pendedahan mengenai tingkah laku mereka.

    BalasPadam
  6. Orang yang belajar ilmu salah ni, biasanya susah bila sampai time nak mati.. Makin dekat nafas nak habis, makin meracau mereka...

    Eeii.. Takut ...

    BalasPadam
  7. ahli pas nak jd mcm org felda. org felda ditipu oleh isa sekrluarga masih lg diam tak tahu nak bantah/tindak. ahli pas ditipu oleh agen2 sb dlm pas masih tak sedar2. org pas geng ulama pun dah mula bimbang ceramah mrk di pantai barat hampir tiada sambutan langsung!

    BalasPadam
  8. Yang dia ni orang belah mana. Umno SANGAT membela orang melayu, pakatan pembangkang pun memperjuangkan kepentingan rakyat termasuk melayu. Habis yang dia ni dari pihak mana membangkang orang yang membela melayu.

    BalasPadam
  9. Mcm sial ja aku tengok Tuang Presideng dan Gang UG ni. Kat luar bukan main mau hudud. Tapi dm parlimen menikus. ...tak bersuara. Yg lagi hebat..Tuang Presideng langsung tak datang nak bersuara. Yg bersuara ialah kumpulan yg di lebel jebon...

    BalasPadam
  10. Ramai betul spesis LGBT pro Dapigs dlm blog ni bagi komen. ..hehe

    BalasPadam
  11. yang ramai komen tentulah geng minoriti yang kalah dalam muktamar. geng inilah yang kini macam beruk kena belacan dengan mengamuk dan memaki hamun kumpulan yang menang. tahniah kepada akar umbi dan perwakilan yang walaupun tak berbunyi dan tunjuk bengkeng, memberi isyarat bahawa perangai buruk, tak jaga adab dan biadap tiada tempat dalam parti pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu dah terlebih telan pil kuda ke?

      Padam