RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 1 Julai 2015

NAIKKAN HARGA MINYAK BUKTI NAJIB TIDAK SETERUK FIRAUN

HARGA minyak petrol tidak akan diumumkan awal.  Itu kata Hasan Malek, Menteri yang berkaitan.  Seruan ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) melalui Presidennya Datuk Hashim Othman atas alasan pengumuman awal kenaikan harga minyak hanya akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Bukan itu sahaja, kononnya pengendali stesen minyak juga akan dituduh menyorokkan stok demi menunggu harga baru yang lebih mahal.  Ini hujah bodoh dan mengira kepentingan kerajaan dan pengusaha stesen minyak semata-mata sedangkan rakyat sepatutnya diberitahu lebih awal kerana yang menggunakan minyak itu adalah rakyat.  Pengguna mesti diutamakan.

The Star melaporkan, Hasan sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.  Ertinya, diwaktu rakyat sedang tidur mereka 'merompak' duit rakyat.  Apa yang rakyat boleh kata lagi apabila bangun saja dari tidor, mereka dapat 'habuan' seperti ini.

Memang barua sungguh kerja sedemikian rupa.  Aku jadi pelik jika masih ada rakyat yang masih yakin kepimpinan Najib ini tahu mentadbir negara.  Bayangkan, mahu buat keputusan yang dianggap penting kerana ianya melibatkan sara hidup rakyat, mereka lakukannya di saat rakyat sedang berdengkur.  Aku setuju dengan kata-kata Prof Dr Agus, terlalu ramai menteri yang tolol di negara kita ini.  Semuanya tidak mampu lagi berfikir bagaimana untuk memberi kesenangan kepada rakyat.

Rakyat juga masih ada yang turut sama tolol apabila berterusan memilih rejim ini berkuasa.  Mereka naikkan harga minyak disaat menjelang sambutan Hari Raya Idil Fitri kerana mereka tahu betapa mewahnya nanti mereka kutip duit dari poket rakyat apabila ramai yang akan bercuti dan pulang ke kampong.  Ron 95 dinaikkan 10 sen adalah satu tindakan kerajaan yang terus membuli rakyat.  

Pelik bin ajaib, kerajaan seperti ini masih dikatakan tidak seteruk Firaun.  Pemimpin kerajaan seperti ini masih disokong untuk teruskan pemerintahannya kononnya dipilih melalui sistem pilihanraya yang adil.  Orang yang beranggapan demikian sama juga tololnya dan memang layak pun jika terus bermimpi untuk tidor sekelambu dengan rejim ini.  Mereka bukan tidak tahu, bersekongkol atau memberi isyarat untuk menyokong perbuatan zalim berterusan itu juga merupakan satu kezaliman.


15 ulasan:

  1. Ya Najib tak menyalak mcm anjing atau serigala... Najib dah lulus hudud pun. Dah siap potong pelir perogol dah... Hebat gandingan hadi dan Najib

    Hadi dan menantu dah kaya

    Khalid gagap dah bagi perangansang seks Selangor kpd pas pegang untuk rembat sampai tahunan rugi... Mana syariah nyer...

    Insyllah tanpa duit royalti minyak pun Dap akan taja pelajar tahfiz ke Turkey untuk jada masjid yg di bina di gua Musang...

    Tq Dap kamu semua hebat

    G18 jgn lambat nanti ketinggalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. he3 ko ingat kalu najib berenti , sapa pulak yg perintah??? bukan UMNO jugak ke , rejim yg sama kn!!! takut ler jd mcm masa pak lah baru naik dulu, dpt gelar mr clean, pyh nk lwn ooo. jadi biarlah najib terus degil sng korang nk lwn, jgn sampai tk leh nk piki prkara yg simple camni

      Padam
  2. Ini semua kerana banggang DAP dan balaci2 depa ............ blogger macai pkr , jebon dan pasma yg selalu 'naik minyak' tak tentu pasal serta menghentam Pas hingga PR menjadi lemah ........... sbb tu kerajaan ambil peluang menaikkan harga minyak ............ macai mmg banggang nak sangat 'naik minyak' ....... nah kau org dapat minyak naik (harga) ! Patut rakyat pakat2 sumpah macai dan balaci2 ni semua yg suka menyakat jadi orang minyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen kau bro macam sampah la. Sama macam komen 2 ularmak kesayangan kau bro.

      Padam
    2. komen yang tidak menggunakan walau 1mm otak, ini mesti geng wala. otak takdak

      Padam
    3. komen guna siku dan lutut....otak kat kepala lutut...taraf macai SARKIS...

      Padam
  3. Firaun

    Firaun tuu dah sah2 kafir harbi

    Firaun dah terang2 lawan nabi Musa as

    Firaun takde BELIT tipu PUTAR & FITNAH

    So..

    Firaun memang zalim BUT he straight to d point


    Sebaliknya..

    YANG

    Yg lagi jahat BEJAT & lagi sgt2 ZALIM

    Yg mengaku ISLAM

    Yg mengaku mnjd saksi kpd ALLAH

    Yg mengaku CINTA n sayangkan RasuluLLAH

    Yg berTOPENGkan jubah brtopengkan SORBAN

    Yg brTOPENGkan "selawat" mega Ya-Ha-Na x3

    Dgn TOPENG

    Dgn TOPENG2tu buat smahu2nya khianat-RASUAH

    Dgn topeng-SORBAN..auta-ONAR-makar-FITNAH

    Dgn jubah-SORBAN-songlap putarBELIT ayat Quran

    Dgn TOPENG2 itu samun-LANUN-rasuah-FITNAH menipu & bnar7KELIRU kan ummah


    JADI

    Jd sama2 saksikanlah..

    Sape?

    sape??

    sapekah??? yg lebih jahat serta lebih BEJAT drp siFiraun itu disisi ALLAH????!


    AWAS!!!

    Nota:

    KELIRU = sjahat7TIPU didisi ALLAH

    KELIRU = sbejat7FITNAH disisi ALLAH







    BalasPadam
  4. BE END @ BEBAN NEGARA ADALAH LINTAH DARAT YANG MENGHISAP DARAH RAKYAT HINGGA KERING ! MEREKA INI LEBIH TERUK DARI YAHUDI ! DASAR BARISAN PENYAMUN !

    BalasPadam
  5. nak gila aku baca komen kamu

    BalasPadam
  6. mmg la semua nk najib kekal senang nk lawan dlm PRU nanti. Tapi jgn la buat statement bodo mcm hadi kata, "Najib perlu kekal sbb dia dipilih dlm praya yg adil". Statement tu yg nmpak tolol...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya Khalid kekal sebagai MB Selangor sbb dia menang pilihanraya.
      Mengapa paksa Khalid turun? Khalid liwat anak jantan orang ke?

      Padam
    2. khalid tuh sape yer??? presideng ker?? rasanya presideng chai kot...kenapa tak letak annuar musa jadi PM...dia pun menang pilihanraya kan???

      jangan guna siku dan lutut bro...guna laaa otak...ker otak dah letak kat kepala lutut???

      Padam
    3. Ini soal selangorlah ngok...yg kau babitkan nuar musa tu apahal pulak? Kau ingat anak beranak nuar berahim aje yg layak jd pemimpin di s'gor ni. Knp tak suruh nuar bertanding ADUN penang supaya dia boleh gantikan KM penang tu. Buat apa menyemak kat selangor ni. Ingat org selangor ni tak layak sgt nak jd MB negeri sendiri. Ini geng2 professional G18 yg diketuai oleh professional mat sabu lah nii....

      Padam
  7. KOHILAL lingkup pasal apa haaaa? Tu bukan ke puak2 professional yg uruskan?

    Tabung Memali lesap sapa yg uruskan? Buka ke Pengerusi G18 yg uruskan? Professional konon.

    Mat Sabu, Mahfuzz professional? SPM Third Grade dgn SRP professional rupanya kat G18 ni....hehehehe.

    Dah dekat bebenor nak kiamat dunia ni.

    BalasPadam
  8. geng pro nak tadbir parti dan negara tak layak ! urus koperasi kohilal , kosis dan tabung serambi mekah pun bangkrap ! hak ptuih ......

    BalasPadam