RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 4 Julai 2015

MAT SABU PIMPIN PARTI BARU LEPAS RAYA ?


 
Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.

Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.

Bekas timbalan presiden PAS Mat Sabu (tengah) dilihat bersama bekas menteri Selangor Tan Sri Muhamad Muhd Taib (kiri) dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Seberang Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Julai, 2015.

"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.

"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.

Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.

Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.

Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.

"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).

"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.

Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.

Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.

"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat.

Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.

"Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya.

DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.

Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu./Tranungkite.net

33 ulasan:

  1. Parti serpihan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yg jadi parti serpihan!!bravo parti islam progresive!! sedang menunggu borang.

      Padam
  2. Buat apa susah payah nak tubuh parti baharu? Apa motifnya tubuh parti baharu? semua nya nak tumbangkan be-end, baik DAP, PKR atau PAS semuanya musuh be-end. Kalau dah tak sehaluan dengan PAS lebih baik masuk PKR atau DAP daripada membuang masa.

    Tiada untung pun, tiada tambah nilai pun kepada pembangkang kerana yang nak tubuhkan parti baharu ni pun dari serpihan pembangkang yang kecewa.

    Mana tambah nilainya? Lain lah kalau mereka dari umno be-end.

    Jadi, kesimpulannya penubuhan parti baharu ni hanyalah untuk mereka yang gilakan jawatan dan kuasa, bukan untuk rakyat.

    Boleh nampak dengan jelas kalau mereka join mana-mana parti pembangkang maka terlepaslah jawatan presiden atau timbalan presiden. Jelaskan?

    Sia-sia sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pas pun dulu serpihan umno
      tak ada hal laaa

      Padam
    2. Bkn parti baru...lbh kpd rejimen ke 10 parti dap.semalaysia

      Padam
  3. Kena ada party islam baru sebab

    Ayoh hadi Ping Marang selalu puji Najib

    Ketua djin pas haram djin suruh bagi peluang kpd Najib...

    Najib kaya rm700juta ooo di amprank anz Yahudi ...haram djin nak tumpang sekole..

    P*kimak pas umno. Opsss puasa batal daah... Inilah ajaran ayong Ping Marang di kuliah rusila smlm

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro,

      bila rakyat tau nasib rompak duit ratusan juga, rakyat berduka.

      tapi agaknya geng UG PAS yg meleleh air liur.

      meleleh mcm an.j..ng nampak tulang

      kala benarlah gitu, sungguh sabda Junjungan saw mengenai ulamak yg umpama anjing amatlah benar sekali.

      astaghfirullaahal aziim minta dijauhkan semua itu

      Padam
    2. Kita bkn lawan pas krn dia parti islam....kita lwn pas krn pas nk laksanakan hudud
      Kita bkn lawan pas krn dia parti islam...kita lawan pas krn pas x nk kongsi nama allah
      Kita bkn lawan pas krn dia parti islam...kita lawan pas krn pas x suka oktofest
      Kita bkn lawan pas krn dia parti islam....kita lwn pas krn pas x setuju org islam nk murtad
      Kita bkn lawan pas krn dia parti islam...kita lawan pas krn pas cukup fobia lgbt
      Kita bkn lawan pas krn dia parti islam...kita lawan pas krn pas nk bertutup sedangkan kami suka terbuka (aurat)
      Kita bkn lawan pas krn dia parti islam...kita lawan pas krn kita lbh islamik dr pas...aikkkk

      Padam
    3. poraaaaah walengkaty,adei gudumbugh sabdek kari kari kasi masak,turung juga kasi tarohk......ungko punya cakap btul punya vpusing adei tambei...vidikpooooooh

      Padam
    4. Dei tambei....

      Pas guna islam sepuasnya untuk kepentingan jawatang dan jual beli politik...

      Ularrrmak kunun.... Pthuiiih... Tolol jebon baruah broker kafir harbi munafik hariki keluar dari seorang yg kununya perjuang hdud anti lgbt tutup aurat anti konsert... Ptuihhh

      Sana dpt pahala sini dpt dosa ...poraah ina peringei...

      Padam
  4. bagi mereka yg merasa setiap parti serpihan tidak ada nilai, maka sudah pasti anda adalah umnu. kerana umnu antara parti yg bukan serpihan........ kerana ia dilahirkan oleh penjajah.

    sempena raya ni semua nk baru.. pakaian baru, kereta baru, isteri baru(tp takut bini)... setiap lahir nya yang baru adalah keperluan utk menggantikan setiap yg lama dan ROSAK.

    oleh kerana PAS sudah ROSAK kerana merelakan diri diperkosa umnu.. maka parti yg baru diperlukan.

    jgn peduli momokan ala agen umnu ala hassan ali iaitu parti serpihan. sebb momokan beginilah punca PAS termakan dan hancur. momokan bahawa PAS diperkuda DAP dan PKR.

    rasa rendah diri tiada kredibiliti punca PAS asyik merasa mereka diperkuda. walhal perasaan itu adalah bala kerana presidengnya fitnah org dgn PIL KUDA.

    peliknya PAS seperti sgt rela diperkudakan oleh umnu yg memang pakar memperkudakan org lain.

    sampai bila PAS nk jadi kuda, kuda parti sekular pulak tu..bila lagi PAS nk tunjuk hebat dgn memperkuda umnu pula.

    kita nk tengok PAS cukup hebat tak nk perkuda umnu. tandanya senang saja. selepas kawin dgn umnu kita tengok samada hj hadi akan pakai songkok atau najib yg mula berserban

    atau dua2 tk 'pakai' apa2. sebb sama2 perkuda satu sama lain. kuda tk perlu pakai apa2 kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahawa kami...
      ahli rejimen ke 10.beeikrar
      Akan sentiasa taat setia..
      mwnjunjung cita2 msian msia
      Tanpa hudud ..
      berkongsi allah
      Mengamal budaya lgbt
      Mengimarahkan riddah dan oktofest
      Sentiasa terbuka dlm berpakaian
      Tanpa mengira kaum dan agama
      Maka kami berjanji...kami akan dihadapan membantu msian msia
      Hip...hip...horayyyy

      Padam
    2. Anom 10.12PG 4JUL 2015.
      awak tu yang perasang sorang2 mengaku ahli rejimen ke 10, lepas tu menuduh orang yang ingin menubuhkan parti baru sebagai menggalakn budaya lgbt, menolak hudud dan malaysian M'sia.
      Yang kau sakit hati sangat kepada kumpulan pemimpin2 PAS yang tewas tu pasal apa???, dia ganggu kau punya kepala ke, kacau kau punya famili ke??, atau kacau kau pekerjaan ke???.
      Lantak ke Mat Sabu dan groupnya nak tubuh parti baru ke, nak mufarakah dgn kepimpinan PAS ulamak ke, ini adalah negara demokrasi terpimpin ala Malaysia.
      Buruk baik parti baru yg Mat Sabu nak tubuh dan ramai ahli terserah kepada orang ramai.
      Kalau baik penerimaanya samalah seperti PKR yg dicemuh semasa penubuhanya.
      Harap Anom 10.12AM 4 JUL 15 memahami konsep demokrasi berparlimen.

      Padam
  5. ni ulasan bongok,,,,,x baca helah politik. TGHH kata begitu psl nak suruhBN lingkup,,,,,kerana dlm sejarahpilihanraya.....bila UNMO lenah dan tukar presiden....UMNO akn mng semula,,....aku percaya kalau muhyidin ambik alih UMNO sekarang ni.....UMNO akn mng selesa semula.....kita akn melopong lagi.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anong 6:58,

      hadi bukan nk pelingkup umnu....

      ...tapi pelingkup parti sendiri PAS yg kini sedang dlm pra sejarah

      helah politik kunun, helah apa kalau letak calon bertindih dgn rakan PR yg lain hingga umnu menang

      kau ni mesti PAS nganu yg sgt taksub kt hadi. apa hadi buat semua strategi.. hahaha strategik pil kuda muungg

      Padam
  6. ni ulasan bongok,,,,,x baca helah politik. TGHH kata begitu psl nak suruhBN lingkup,,,,,kerana dlm sejarahpilihanraya.....bila UNMO lenah dan tukar presiden....UMNO akn mng semula,,....aku percaya kalau muhyidin ambik alih UMNO sekarang ni.....UMNO akn mng selesa semula.....kita akn melopong lagi.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. umnu akan kuat semula sebab ketika umnu lemah, PAS bagi tali penyelamat.

      ketika PR sedang mara, PAS huru harakan PR

      klu mcm tu tk perlu muhyidin ganti najib, najib kekal pun umnu tetap memang.... dgn sokongan PAS

      menyingkirkan golongan ' sekular' profesional dlm PAS yg berwibawa, bacaan politik hadi apa pula?

      Padam
  7. Sebenarnya semua penyokong fucketan pasma g18 bebagai mmg bongok. Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu je hujah... pi tidor lagi baik la

      Padam
    2. 8.56 merotan beguling la ko. Mcm ni ke pakatan nk jd gomen. Pidahhh luu...tuih

      Padam
  8. Sokong dgn penubuhan parti baru menggantikan PAS. Org Kelantan kalau dia tidak taksub pada PAS pun tidak suka cara pentadbirannya Pas & Amno ( 2 x 5 ) je. Tukar pemerentah, kalau tak berkesan juga tukar pula apa susah undi ditangan kita. Hayat PAS dan Amno mungkin masa yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimpi tido siang bln puasa la ni..hehe

      Padam
    2. Lebih baik mimpi tidur siang bln puasa dari dok merapu yg tadak faedah. Pentadbiran PAS juga tahu cekik darah rakyat cth nyata system bayaran parking. Islam suruh buat mcm tu kah.

      Padam
  9. sekarang ni hardy dan haronjin tengah bela najib..
    walaunnya sedang serang G18 dan PASMA...

    .mari kita lihat sapa jadi jebonn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami juga tidak terlepas dari malapetaka ini, dah jadi barua kafir harbi...pak angguk DAP.....kahkahkahkah

      Padam
    2. pak hangguk dap lbh mulia dn suci dari pak hangguk lain2...kami berjuang bersama tuhan guru sifu besaq ahli nujum ulamak muktabar lks

      Padam
  10. Bakal Presiden parti baru ialah Mat Sabu?

    Mat Sabu yg kalah 3 kali pilihanraya berturut-turut? Bukankah masa dia kalah tu PAS masih dlm PR?

    Mat Sabu yg mesra komunis tu?

    LAIN KALILAH....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mat sabu kan lebih rela mkn babi......

      Padam
  11. Almarangi jadi MB sepenggal? kihikihkih

    BalasPadam
  12. mat Sabu memang calon yg paling layak mengetuai parti baru yg bakal ditubuhkan selepas raya nanti sebab;

    1. dialah satu-satunya bekas naib presiden pas yg kalah 3 kali berturut (hattrick)
    2. dialah satu-satunya hero yg menyalak diluar parlimen (sbb rakyat tak pilih jd MP)
    3. walaupun dia tak jd MP, elaun yg diberi oleh guan eng melebihi elaun MP.
    4. dialah satu-satunya pemimpin PAS yg mampu bersuara spt beruk/ungka.
    5. dialah yg mula-mula memberi gelaran terhormat 'al-juburi' kpd Anwar Ibrahim
    6. dialah MP yg kena tangkap khalwat dgn bini orang (bini kawan sendiri di negeri serambi mekah)
    7. dialah bekas timb. pres. PAS yg lebih rela makan babi dgn guan eng berbanding makan ayam dgn najib.
    8. dialah...spm gred 3.

    BalasPadam
  13. Anda berhak utk berfikiran seperti yg sdg anda fikirkan skrg... sptmana kami juga sblm ini bilamana kami dijamu dgn tohmahan2 kpd TGHH oleh pemimpin2 DAP bhw beliau seorg yg suka u-turn, pengkhianat, kaki fitnah, kaki label pesaing dan mcm2 lg. Kami pd awalnya termakan juga akan tohmahan2 yg senantiasa diulang siar oleh media2 cyber pro-DAP berkaitan..

    Tapi bila kami terbaca surat yg telah ditandatangani oleh TGHH dan LGE berdua, terus saja kami terfikir.. Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya membuat u-turn (setelah menyokong bersetuju utk x bersetuju ke atas dasar parti masing2 dia plk yg serang dasar parti PAS dlm usaha perjuangkan HUDUD..).

    Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya pengkhianat (setelah menandatangani surat berkenaan, beliau pula mengkhianat dgn berpura2 seolah2 tidak menyedari akan kewujudan surat berkenaan dgn menuduh TGHH pula seorg pengkhianat..).

    Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya kaki fitnah (bilamana dia pula yg memfitnah bhw TGHH tidak menunaikan janji sdgkn sebagai seorg ulamak muktabar TGHH hanya berpegang kpd apa yg telah ditandatangani atau dipersetujui bersama..).

    Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya kaki label pesaing (bilamana dia menuduh pesaing utk raih pengaruh dlm PR iaitu TGHH telah berlaku x jujur sdgkn bila dah rela hati menandatangani surat tersebut dia pula sendiri yg melabelkan TGHH sbgai penipu hanya kerana ingin menjayakan RUU di peringkat parlimen iaitu asas dasar parti PAS itu sendiri dan BUKANNYA dasar DAP ataupun dasar PKR mahupun dasar parti islam baru!! ..)

    Huuhhh nasib baik kami tidak terus-menerus mempercayai LGE sebagaimana PASMA dan G18.. malah demi utk bersangka baik kami menganggapkan kedua2 kumpulan ini sehingga saat ini TIDAK PERNAH LANGSUNG melihat surat yg telah ditandatangani bersama itu, maka dgn sebab itu jadi lah mereka spt apa yg mereka sdg jadi sekarang ini. Di mana mereka kelihatannya melutut meminta belas ikhsan dari tok guru baru mereka iaitu Mursyidul Am TGLKS dan Tn Presiden TGLGE!!..

    Ini dapat dibuktikan bilamana mereka sanggup utk beriftar bersama2 di kalangan mereka (spt tertera dlm gambar2) dan sebaliknya tidak pula tergamak utk beriftar bersama2 'bekas' pemimpin sebenar mereka! ..

    Maka dgn perkembangan sebegitu sudah tentulah penubuhan parti baru sudah x dapat dielakkan lg malah ia sebenarnya amatlah dialu2kan demi kesejahteraan bersama..

    Wallahua'laam...

    BalasPadam
  14. sekarang mat sabu dah jadi ulamak,mat sabu tak seperti haji hadi yg menggelar orang jebon dan sebagainya,cuma kesian kat pengikut anwar yg dah lupa MAT SHABU INILAH ORANG PERTAMA YG MENGGELAR AL JUBURI KEPADA DATO SERI ANWAR IBRAHIM.

    BalasPadam
  15. Betul tu wan rosli ........... dulu pun aku hampir termakan fitnah puak2 blogger macai walaun ni ............depa tuduh menantu hj hadi yg depa panggil din ayam konon hidup mewah hasil duit dpd lantikan TSKI dan umno bla bla bla ......... tp setelah dibuktikan bahawa kereta BMW tersebut adalah kereta terpakai dan diubahsuai / modified oleh bengkelnya terus senyapnya fitnah tersebut ........... semenjak dpd tu aku terus tak percaya kat blogger walaun yg buat fitnah tersebut dan aku terus berjuang melawan tohmahan, fitnah dan maki hamun yg dilemparkan kpd ulamak. Sama2lah kita berjuang memberi pencerahan kpd netizen agar mereka tahu hal yg sebenar dan tak termakan fitnah2 blogger walaun spt greenboc, malaysian waves, alhussyen, libang libu, gendang perang, mountdweller, mso, yong suka kuning, cipan tapir tenuk, sisi bukit , addin dan sebagainya.

    BalasPadam