RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 18 Ogos 2015

ORANG YANG HILANG JAWATAN PUN TIDAK KECUH, MENGAPA ORANG LAIN SAKIT HATI?

KISAHNYA adalah TSKI yang menyaman bekas SUA KEADILAN, Sdr Saifuddin Nasution dan juga parti KEADILAN kononnya menfitnah beliau.  Aku pun gembira dengan cara TSKI itu kerana hanya melalui mahkamah saja kita boleh tahu samada Saifuddin mahupun KEADILAN betul-betul ada hujah atau fakta untuk menuduh TSKI, begitu juga hanya mahkamah saja tempat TSKI boleh membersihkan namanya.

Tida cukup dengan kita hanya mendengar dari mulut Saifuddin saja, begitu juga tidak adil jika kita mendengar dari mulut TSKI semata-mata.  Maka, elok benar biar mahkamah saja beri peluang kedua-dua mereka ini berhujah dan membawa bukti serta fakta masing-masing.  Aku tidak mahu sentuh soal jawatan MB Selangor yang terlucut dari TSKI kerana bagi aku sekiranya TSKI tiada apa-apa salah pun tetapi jika parti tidak lagi menaruh keyakinan kepada beliau untuk menjadi MB, ditambah pula disokong penuh pula oleh Dap rakan sekutu di dalam PR, maka TSKI memang tidak layak duduk di situ.

Belum pun sempat masuk mahkamah, hasil nasihat dan pandangan Anwar maka kes saman yang difailkan oleh TSKI ini ditarik balik atas tiga asas penting.  Pertama, Saifuddin dan KEADILAN memohon maaf kepada TSKI.  Kedua, TSKI pula memohon maaf kepada Saifuddin dan KEADILAN.  Ketiga, kedua-dua pihak terutamanya di pihak Saifuddin dan Nasution tidak perlu lagi ungkit apa jua dakwaan terhadap TSKI.  Ini adalah jelas satu persefahaman yang adil atau "win-win".  

Mengapa TSKI sanggup tarik balik saman yang sebenarnya amat penting untuk kita ketahui kesudahannya kerana kita telah dengar bermacam-macam tentang TSKI?  Adakah hanya kerana di bulan Syawal, kerana perlunya memohon "maaf Aidil Fitri" saja maka TSKI sanggup lepaskan saman sebesar itu?  Bukankah tuduhan-tuduhan terhadap beliau sebelum ini amat menjejaskan imej dan maruahnya?  Tentu ada yang lrebih utama dan penting yang menyebabkan TSKI menarik balik samannya.  Apakah kerana beliau tahu jika dibawa ke mahkamah akan bertambah banyak yang terbongkar?  Jika itu alasannya, aku pun rasa setuju beliau berbuat demikian.

Mengapa pula Saifuddin dan KEADILAN memohon maaf dan buat untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah?   Jika diteruskan kes, untungnya KEADILAN apa?  Masa habis, duit pun habis sedangkan matlamat untuk menukar TSKI sebagai MB Selangor telah pun tercapai.  Ertinya, samada saman itu diteruskan atau tidak, TSKI tetap bukan lagi MB Selangor.  Jadi, KEADILAN tidak perlu buang masa melayani saman tersebut, apatah lagi TSKI sendiri setuju untuk selesaikan kes tersebut di luar mahkamah dengan terma-terma yang disebut di atas.  Sepertimana kata Saifuddin, beliau telah bersedia untuk menghadapi kes saman tersebut kerana tiada apa yang perlu ditakutkan.  Namun, atas nasihat Anwar dan diterima pula oleh TSKI, maka Saifuddin dan KEADILAN sanggup menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

Ertikata lain, Saifuddin dan KEADILAN tidak rugi atau untung jika kes tersebut disebut atau diselesaikan.  TSKI mungkin dapat banyak keuntungan kerana sudah tentu beliau tidak mahu banyak lagi perkara akan timbul jika diteruskan saman ini.  Jika beliau menang kes saman itu pun, jawatan MB Selangor tetap juga bukan milik beliau lagi.  Ini adalah kerana jawatan tersebut dipilih dari majoriti di Dun Selangor.  TSKI hanya boleh memiliki semula jawatan itu jika majoriti Adun di Selangor menyokongnya sebagai MB Selangor samada TSKI menang atau kalah di dalam kes saman tersebut.

Sikap kedua-dua pihak yang memilih untuk berdamai adalah langkah paling bijak.  Saling bermaafan ini amat tidak disenangi oleh puak-pua yang selama ini tidak suka kepada "Kajang Move" kerana dengan Kajang Move lah rakyat sudah kenal puak-puak ini.  Sebab itu ada lebai yang bodoh memikirkan bahawa Saifuddin dan KEADILAN yang memohon maaf kepada TSKI, maka membuktikkan benarlah TSKI selama ini difitnah.

Bagi aku, atas apa jua faktor permohonan maaf ini dibuat oleh edua-dua pihak, terbukti mereka ada kekuatan jiwa dan moral yang tinggi.  Ini berbeza dengan kes fitnah edar pil kuda.  Tukang fitnah aman sejahtera saja menanggung fitnah yang dibuatnya tanpa sedikit pun terniat untuk memohon maaf.

8 ulasan:

  1. Pil kuda mana mahu mohon maaf sebab sedia berada dalam kayalan untuk berkuasa.

    BalasPadam
  2. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    2. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    3. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    7. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEMUA ini kerana DAP dan jemaahnya GHB kunun pewaris LKS TAPI

      1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda? (MAHKAMAH DAPATI TGHA X ADA MENUDUH SESIAPA SECARA KHUSUS JADI BELIAU TIDAK BERSALAH! ALHAMDULILLAH!)

      2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb? (KALAU LAYAK KENAPA SULTAN SGOR X MEMILIH BELIAU SBG MB? PAS TERIMA SESIAPA SHJ YG SULTAN LANTIK!)

      3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb? (PAS BERHAK ATAU SULTAN YG BERHAK UTK MELANTIK JAWATAN MB? KALAU PAS, LEBIH BAIK LANTIK PESURUHJAYA PAS NEGERI!)

      4. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha.. (DAP GUNA DUIT POKET SENDIRI KE BYR GAJI? INGATKAN TADI GUNA DUIT RAKYAT!)

      5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro? (DOA UMUM MACAM DOA LAKNAT PADA UMNO JUGAK LAH! KALAU NAK ELAK, KELUAR JE PAS! )

      6. ahli mengeboo pemimpin2 pro? (BENAR.. KERANA GHB MASIH TAK MAHU KELUAR PAS WALAUPUN DAH ISYTIHAR PARTI BARU!)

      7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro? (TAK BOLEH KE? KALAU DAP MAKI HAMUN TGHA, PEMIMPIN2 MENGAKU 'PRO' BUAT APA PULAK?)

      8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji? (JGN NAK BOHONG! PENERANGAN SUDAH DIBUAT DLM SALAH SATU MESYUARAT PR TAPI DAP TOLAK MENTAH2.. BILA DITANYA LAGI JIKA IA DIBUAT MENGIKUT LUNAS SISTEM DEMOKRASI IAITU MELALUI PARLIMEN.. PUN DAP AKAN MENOLAK MENTAH2! INI HANYA FITNAH GHB DAN KETUA MEREKA LGE!)

      9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang.. (KALAU GELARAN YG BETUL TIDAK SALAH.. SEUMPAMA SEORG YG MENCURI MMG PATUT DIPANGGIL PENCURI!)

      10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor? (TAK.. KENAPA? DAP DAH GOYAH KE?)

      11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?(KENAPA? DI SGOR PUN DAP BAYAR GAJI KE?)

      12. dia selalu ponteng sidang parlimen? (LGE TAK PERNAH PONTENG KE? ASAL TOK GURU LGE, SEMUA DIBOLEHKAN!)

      13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng? (ITU BARU PERMULAAN DAN AKAN DIBUAT PERINGKAT DEMI PERINGKAT.. X PERLU GOPOH!)

      14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai.. (IKUT KATA ASMAWI MUNI YG DAH MASUK GHB, CAI TIDAK LANGGAR PERATURAN KEMPEN.. PAHAM? JADI X ADA ISU!)

      Padam
    2. Wan Khinzir a/b Wan Tenuk

      Inilah manusia yang terlalu haramjadah dan menggunakan otak khinziri untuk berfikir. Komen kamu merata tempat di blog orang tapi setiap yang kamu komen menunjukkan bahawa tahap pembacaan kamu adalah "0", dan kamu selayaknya minum air kaki Adi Awe aje.

      Padam
  3. PAS nak kaut untung dalam case ni, tapi kena batang hidung presidentnya,baru2 ni ahlinya dah cadangkan president letak jawatan.

    BalasPadam
  4. Pas ni kalu tukar 2 pemimpin paling tinggi dan kaki bodek dia, InShaAllah boleh baik macam zaman Allahyarhan TGNA dulu. Selagi yang itu tak tukar, selagi itulah pas akan kucar-kacir.

    BalasPadam
  5. Pada saya TSKI difitnah.. as simple as that.. pelik.. tiada hujah atas dakwaan yg diwar2kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg la..10 ayat keluar dari pemimpin PKR, 9 mmg sohih fitnah. Lg satu tu was was.

      Padam