RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 28 September 2015

AZMIN TIDAK PERLU MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK RAKYAT

MASIH ramai yang mahukan penjelasan tentang hubungan KEADILAN dan Pas setelah kewujudan Pakatan Harapan yang disertai oleh KEADILAN, Dap dan Amanah.  Pakatan terbaru ini ditolak awal-awal dan mentah-mentah oleh Pas dengan berbagai alasan.  Itu hak Pas dan kita mesti hormatinya,

Isunya sekarang, setelah P.Pinang serta merta mengistiharkan P.Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan.  Itu bukti bahawa Dap amat serius dengan perbincangan dan berdisiplin dengan keputusan perbincangan.  Soalnya sekarang, bagaimana dengan Selangor?

Azmin, selaku MB Selangor kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor.  Ertinya, kewujudan Kerajaan Negeri Selangor berasingan dari muafakat politik terkini.  Azmin dan beberapa pimpinan Pas masih iktiraf Pakatan Rakyat yang asal, sedangkan kita tahu Pakatan Rakyat yang asal adalah terdiri dari KEADILAN, Pas dan Dap.  Apabila Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Dap, apakah Azmin masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat masih berfungsi seperti asal?  Jika benar, mengapa kita terlalu bodoh sangat mewujudkan Pakatan Harapan?  

Azmin juga menyebut kerajaan Selangor yang ada sekarang akan dikekalkan sehingga PRU14 akan datang.  Itu aku setuju.  Tiada keperluan untuk menukar MB baru mahupun bubar Dun.  Apa yang dipersoalkan sekarang adakah Azmin mengiktiraf Pakatan Harapan atau tidak?  Jika iktiraf, apakah yang patut beliau lakukan?  Jika tidak iktiraf, nyatakan sahaja bahawa kamu tidak iktiraf dan kita di dalam Pakatan Harapan boleh melakukan sesuatu agar Pakatan Harapan ini berfungsi di Selangor juga.

Aku harap Azmin tidak lakukan kesilapan besar setelah di awal kemasukannya sebagai MB Selangor beliau dilihat mampu mengikut insiprasi rakyat berbagai kaum bukan sahaja melihat di kawasan beliau sahaja.  Pakatan Harapan bukan arahan Azizah, Rafizi, Saifudin, Mat Sabu, Kit Siang atau sesiapa.  Pakatan Harapan adalah pilihan semua di antara kita, kecuali Pas.  Usahlah melakukan sesuatu yang menyongsang dan membuatkan KEADILAN dilihat tidak jujur apabila berunding.  

Buat masa ini aku masih yakin Azmin belum terlambat.  Aku tidak boleh melihat setiap hari beliau dicemuh dan diperlekehkan hanya kerana untuk melayan kehendak pihak yang tidak mahu bersatu di dalam Pakatan Harapan.  Usah beri berbagai alasan atau strategi yang hanya seorang dua sahaja yang menentukan tetapi menolak strategi atau keputusan ramai.  

Bertindak segera sebelum terlambat.  


8 ulasan:

  1. Amanah tu parti politik ke? bila ros meluluskannya? MB Selangor lebih bijak drp kau Din, permikirannya lebih jauh kehadapan meninggalkan kau.Bila pulak kaji selidik dijalankan majoriti rakyat Selangor memerlukan pakatan harapan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat kamu tak hilang akal ke ? amanah /Parti pekerja pekerja malaysia berdaftar bro guna tampa nama pengecut

      Padam
  2. kemenangan kerajaan Selangor sekarang kerana amanah rakyat kepada pakatan rakyat BUKAN pakatan harapan

    pakatan harapan tanpa PAS pasti akan bungkus

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhahahahh PAS nak menang tanpa pakatan usah mimpi di siang harilah kat selangor...sebelom ada pakatan PAS selalu hilang deposit..ini mahu cerita kencang lebih..kata berjuang nak hudud terang2 orang nak laksanakan hudud ala pas..lagi mahu tunggu..boleh belahhh lah bro..muka tak malu peghii dah lagi mahu jadi muka tembok..

      Padam
    2. ras abu : bila pas menang sendirian ? pas menang mesti bergabung P.altantif,PR kalu sendirian pas cume ada 2 diKltan,satu d Kedah tu pun hidup nyawa ikan .

      Padam
  3. Kenyakan kawasan di selangor dan johor pas menang dgn undi bukan melayu..next pru tengok..infact di kelantan sendiri pun rakyat dah mula meluat dgn pas..asyik2 sembang politik je sdgkan rakyat maseh duduk dlm khemah..pemimpin je kencang pakai kereta mewah..

    BalasPadam
  4. azmin jangan jadi khalid...buat kijer syok sendiri..tak ikut kehendak ahli parti sendiri...nanti kena buat langkah gombak pulak...

    BalasPadam
  5. cintai diri.

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam