RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 1 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN - JIKA TIDAK BERANI REALISASIKAN, BAIK BATALKAN SAJA

BARU-baru ini AMK dan Wanita KEADILAN P.Pinang mengeluarkan kenyataan untuk mendesak semua ahli Pas yang memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri P.Pinang untuk melepaskan jawatan atau tidak dilantik semula selepas tamat tempoh kontrak mereka.  Bagaimana pun, Presiden KEADILAN, DS Wan Azizah menyatakan itu bukan keputusan resmi parti.

Salahkah pendirian yang diambil oleh AMK dan Wanita P.Pinang tersebut?  Semua maklum bahawa Kerajaan Negeri telah mengistiharkan bahawa Kerajaan Negeri P.Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan iaitu kerajaan bersama di antara KEADILAN, Dap dan Amanah.  Pas memilih untuk tidak mahu sertai pakatan tersebut.  Pas hanya selesa dengan KEADILAN di Selangor kononnya masih wujud Pakatan Rakyat di Selangor.  Kita faham sebab musabab mengapa Pas pertahankan sangat di Selangor walaupun Ketua Dewan Ulamak Pas, Dr Mahfodz menyebut Pas mungkin akan keluar dari Kerajaan Selangor.  

Berbalik di P.Pinang.  Apabila terbentuknya Kerajaan Pakatan Harapan di negeri tersebut maka lojiklah AMK dan Wanita KEADILAN memohon agar Pas menarik diri atau tidak dipilih lagi.  Keputusan dari KEADILAN Pusat memang tiada sebab itulah Azmin masih bertahan dengan Pas di Selangor.  Namun, jangan lupa perjumpaan meja bulat yang mengesahkan kewujudan Pakatan Harapan itu, bukan KEADILAN yang buat keputusan sendirian tetapi dibuat oleh tiga parti iaitu KEADILAN, Dap dan Amanah serta disokong kuat oleh beberapa Ngo.  Ini bererti apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, KM P.Pinang mengumumkan P.Pinang adalah negeri Pakatan Harapan amat wajar sejajar dengan keputusan Meja Bulat itu.  AMK dan Wanita P.Pinang hanya mahu Pakatan Harapan itu direalisasikan di P.Pinang, itu saja.  Jika tidak, usah kita war-warkan Pakatan Harapan jika kita takut untuk merealisasikan.

Aku masih yakin di Selangor akan berubah juga dengan Kerajaan Pakatan Harapan.  Kecuali, kita fikirkan kembali bahawa Pakatan Harapan ini tidak baik untuk rakyat maka sila batalkan Pakatan Harapan.  Tidak perlu ada Pakatan Harapan kalau sekadar di mulut tetapi tidak melekat di dalam jiwa dan hati.  "Jika takut kepada ombak, jangan berumah di tepi pantai".  "Usah bicara soal Perjuangan jika takut kepada Risiko". 

7 ulasan:

  1. Azmin sekarang bukan Azmin yg dahulu. Tunggu PRU 14..antara calon yg akan disingkirkan.

    BalasPadam
  2. ikut la sangat contoh lge tu...

    sekarang ph baru saja tubuh...

    baru setuju apa yang dah dinyatakan...

    yang lain-lain baru nak berunding katanya...

    apa lge cuma beli insuran dulu...

    kalau dua parti lain tak setuju apa dia dah buat...

    dia buleh repot satu donia...

    wa sutah ata ciakap maa...

    ini dua olang tatak mau denggar wa punya ciakap ley...

    parti wa saja yang bela sama lakyat...

    BalasPadam
  3. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI
    ....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR dan pati pekerja malaysia selamat menjadi hamba penjilat dap. Pas berada di landasan yang benar. TGHA you are the best

      Padam
  4. PKR dan pati pekerja malaysia pulau pinang selamat menjadi hamba suruhan dap

    BalasPadam
  5. Melayu dan shortcut berpisah tiada. Usaha malas nak cepat kaya, otak bodo nak ambil degree, nak gaji banyak tapi kerja culas.

    Jual barang sunnah tapi tak berniaga ikut sunnah.

    Sunnah perniagaan.
    1. Tidak mengambil riba.
    2. Tidak menipu dalam timbangan dan kiraan.
    3. Tidak mengambil keuntungan hingga menganiaya pelanggan.

    Bandingkan harga cuka epal dijual kapir (RM 7.++) dengan cuka kurma dijual Melayu (RM 19) isipadu sama. Belum pamoga, madu, kismis minda, susu kambing.

    Sunnah or punah.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A < degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee

    BalasPadam
  6. PKR BABIIIIIIIIII....wakakakakaka...

    BalasPadam