RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 2 Oktober 2015

BERDISKUSI, DIALOG BERSAMA USTAZ WAN JI DI INDERA MAHKOTA, KUANTAN MALAM INI


MALAM ini (Jumaat - 02/10/15) mari semua terutama anak-anak muda untuk kita berdiskusi, berdailog dan beramah mesra dengan Ustaz Wan Ji, bertempat di Restoren Sari Idaman, bersebelahan Kolej Shahputra, Indera Mahkota, Kuantan mulai jam 09.00 malam.

Program ini adalah anjuran Pemuda AMANAH Kuantan bersama AMK Indera Mahkota, Kuantan.


1 ulasan:

  1. TERKINI, TERHOT, PANASSSSS
    (edisi PAS kecut telor)

    ALHAMDULILLAH ROS SUDAH LULUSKAN AMANAH. AMANAH DAPAT KEBENARAN ROS GUNA NAMA BAHARU

    Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menggunakan namanya, menggantikan nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dikenali sebelum ini. Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu yakin RoS juga akan memberikan lampu hijau untuk beberapa perubahan lain yang dipohon, termasuk perlembagaannya. Pada masa ini, RoS memberikan kebenaran untuk perubahan nama dan alamat, selain jawatan pengerusi parti kepada presiden. Amanah, parti baharu yang dibentuk daripada serpihan parti Islam pembangkang PAS sebelum ini cuba membentuk parti baharu dikenali sebagai parti Progresif Islam tetapi ia ditolak RoS. Ia kemudian mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif. Mohamad hari ini menepis cakap-cakap yang menyatakan Amanah sedang berusaha keras memikat orang Melayu menyertai parti itu. Katanya, parti itu kini mempunyai 30,000 ahli ketika ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu, dan jumlah itu dijangka mencecah 100,000 menjelang Disember. “Pada masa ini, kebanyakan ahli kita dari Kelantan,” katanya pada sidang media di George Town, hari ini, merujuk kepada negeri pantai timur yang dikawal PAS. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah akan mengadakan siri jelajah pertamanya di Johor pada 9 Oktober, yang akan turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Amanah menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan, yang ditubuhkan baru-baru ini selepas Pakatan Rakyat terkubur Jun lalu akibat pertentangan tidak berkesudahan antara PAS dan DAP. – 2 Oktober, 2015.

    Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara. 1. PERLIS #019-4332318 (Shimi) 2. KEDAH #012-3300727 (Yusrin) 3. PULAU PINANG #016-4632787 (Saiful Azwan) 4. PERAK #013-3848044 (Salman) 5. SELANGOR #019-2883829. (Ar. Kamarul) 6. WILAYAH #01139118794 (Nik Abdul Razak) 7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677 (Hj Shukri) 8. MELAKA #019-2334645 (Abd Yassin) 9. JOHOR #019-7617220 (Onn Jaafar) 10. PAHANG #019- 9101190 (Yusliyiddy) 11. TERENGGANU #01114944517 (Wan Mohd Aziadi) 12. KELANTAN #013-9015757 (Hj Rushdan) 13. SABAH #013-4618670 (Asraf Ashrafi) 14. SARAWAK #013-7202611 (Andri)

    BalasPadam