RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 28 April 2016

RAFIZI PENYELAMAT KAK WAN

NASIB baik ada Rafizi, itu kata teman aku.  Ya, aku setuju sekali.  Keadilan bertuah kerana masih ada orang seperti Rafizi yang menduduki jawatan penting di dalam parti tetapi tidak menggunakan jawatan dan kedudukannya itu untuk kepentingan dirinya sendiri.  Beliau jujur di dalam memperkatakan sesuatu.


Di dalam keadaan ramai pimpinan cuba menegakkan benang basah akibat kesalahan kita menyebabkan berlakunya pertandingan 3 penjuru di Sarawak, Rafizi tampil memohon maaf tanpa beliau nyatakan siapa yang berhak dipersalahkan.  Tidak perlu beliau sebut siapa yang patut dipersalahkan kerana ramai sudah tahu apa yang berlaku sebenarnya.  Namun, Keadilan terpaksa bertanggungjawab dan beliau selaku SUA Keadilan dan juga Naib Presiden Keadilan turut merasa bersalah.  

Keberaniannya memohon maaf disanjung ramai dan sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan para penyokong terhadap parti.  Kemarahan kini hanya tertumpu kepada beberapa individu yang menjadi punca kontroversi ini.  Sekarang ramai yang telah memperkatakan bahawa Keadilan mesti mengangkat insan seperti Rafizi jika mahu parti reformasi ini terus dihormati kawan dan digeruni lawan.  InsyaAllah, masa menentukan bahawa Rafizi akan berada di tempat yang sepatutnya di dalam parti.

Dap, melalui Kit Siang telah memohon maaf walaupun partinya menjadi mangsa.  Keadilan, melalui Rafizi juga telah memohon maaf.  Pagi nanti, (28/4/16) dikhabarkan bahawa Kak Wan akan mengadakan sidang media untuk mengulas tentang kontroversi ini.  Aku dapat rasakan bahawa Kak Wan selaku Presiden Keadilan juga akan turut memohon maaf kepada rakyat terutamanya para pengundi di Sarawak.  Mana suara mohon maaf dari yang lain terutamanya si 'pelakun'nya?

Aku tetap berharap Keadilan akan belajar dari apa yang telah berlaku.  Keadilan mesti mengelakkan diri dari digelar parti hipokrit atau parti yang mengkhianati kawan.  Keadilan mesti berani berpencak di dalam gelanggang bukan setelah gelanggang ditutup.     

17 ulasan:

  1. Semoga Allah mlaknat ko sebagaimn Allah mlaknat firaun,hamam,qarun,kamal attartuk,bourgiba ( sekadar myebut beberapa nm)

    BalasPadam
  2. Hati2 rafizi, ada puak tu mahu ko mati....accident do happen

    BalasPadam
  3. Terbaik rafizi....yg buat celaru kartel azmin....azmin sikit pn x minta maaf.....gantung or pecat azmin pkr akn stabil

    BalasPadam
  4. Terbaik rafizi....yg buat celaru kartel azmin....azmin sikit pn x minta maaf.....gantung or pecat azmin pkr akn stabil

    BalasPadam
  5. Terbaik apa?
    Pakar Strategi lah konon, ada engkaulah yg hancurkan PKR.

    BalasPadam
  6. Bukan pakar kalau strategi diatur umpama mencuba nasib, PR hancur kerana strategi mencuba nasib Rafizi, apabila gagal dan hampir disaman mintak maaf kat TSKI dan keseluruhan rakyat Malaysia.

    Mintak maaf lagi dengan rakyat pasal pertindihan kerusi di Sarawak, nak salahkan siapa memang sah salah PKR.

    BN menang 2 kerusi tanpa bertanding tak nak mintak maaf ke?

    Kalau macam ni la dikatakan pakar kat pasar selayang pun ramai. Cuba nasib dulu kalau gagal mintak maaf, begitu mudah strategi pakar. Mintak maaf maka selesai masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hei dedak laha..

      Padam
    2. Mereka yang mengatakan Rafizi adalah penyelamat itu lah pemakan dedak yang sebenar.

      Padam
  7. sejak anwar takda..sejak nik aziz pergi...maka masing masing kembung perut dengan dedak umno..

    BalasPadam
  8. amanat nik aziz kelaut..pesana anwar pun ke laut...yg ada kini gerakan kejar fulus dan jawatan...

    BalasPadam
  9. aku pulak cuma ada satu undi jer...tapi aku yakin undi kui ini takkan sekali kali aku salah gunakan utk dapatkan dedak...

    BalasPadam
  10. Kat atas tu adalah iklan dari anak haram berdarah babi.

    BalasPadam
  11. Azminlah yg akan mrnghancurkan pkr...perangai umno masih ada dlm dirinya

    BalasPadam
  12. Bukan main, hormatnya Rafizi kat DRr M dikala bersalam atas pentas.

    DSAI dah tak ada dalam kepala, yg penting ada tempat nanti. Yg penting Najib turun.
    Moga2 Dr M n Zahid cadanganlah Rafizi anak muda berjiwa besar ini jadi PM..ha..ha..ha..

    mimpi yg menyebabkan semua dibodohkan oleh Dr M dgn jayanya.

    BalasPadam