RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 27 Jun 2016

KE MANA MAHATHIR DAN MUHYIDDIN AKAN PERGI?

MAHATHIR sememangnya terlibat di dalam menganiayai DSAI dan banyak lagi salah laku Mahathir sewaktu beliau berkuasa meskipun negara waktu itu tidak ranap dan terhina seperti sekarang di bawah Najib.

Almarhum Us Fadzil pernah mendoakan dua perkara terhadap Mahathir. Pertama, semoga Mahathir insaf dan bertaubat. Kedua, sekiranya Mahathir masih tidak mahu insaf dan terus berlaku zalim waktu itu, Almarhum Us Fadzil berdoa agar Mahathir dipanjangkan usianya agar dapat melihat sendiri "hasil tangan' kezalimannya itu berlaku ke atas diri atau keluarganya.

Nah, sekarang Mahathir sudah tiada kuasa lagi. Apa yg terjadi kpd beliau dan keluarganya iaitu Mukhriz? Baru Mahathir kenal erti kezaliman dan ketidakadilan. Subhanallah, berkat sungguh doa Almarhum Us Fadzil.

Begitu juga dengan Muhyidin Yasin. Sewaktu DSAI difitnah untuk kali keduanya dan kemudiannya dihukum penjara angkara fitnah jahat itu, Muhyiddin ketika itu berjawatan tinggi iaitu TPM. Apa yg mampu Muhyiddin buat untuk menamatkan fitnah ke atas DSAI? Beliau tidak berbuat apa2 bahkan menegur Najib pun tidak termampu oleh beliau.

Nah, sekarang apa yg terjadi kpd Muhyiddin? Beliau dipecat dengan cara yg begitu tidak adil, katanya. Beliau hanya dipecat dari jawatan TPM dan Timb Presiden Umno dan ahli Umno. Beliau hanya hilang itu saja. Apa yg dialami oleh Muhyiddin bagaikan taik kuku saja berbanding apa yg ditanggung oleh DSAI di mana maruahnya diri dan keluarganya diaibkan.

Mahathir atau Muhyiddin hanya hilang itu saja. Mereka tidak merasa tidur di dalam penjara jauh sekali disepak dan diterajang separuh mati. Jauh beza umpama langit dan bumi berbanding apa yg DSAI alami.

Kedua2 mereka telah menerima 'kifarah' dari apa yg telah mereka lakukan sewaktu mereka berkuasa. Kedua2 mereka kini baru kenal erti kezaliman dan ketidakadilan.

Allah masih memanjangkan usia mereka dalam keadaan kesihatan yg masih baik. Tidak seperti DSAI sekarang yg semakin uzur di dalam penjara, hanya kekuatan semangat serta doa kami di luar penjara yg membuatkan DSAI masih mampu bernafas dan tersenyum.

Tidak terlewat untuk Mahathir dan Muhyiddin menghisab diri masing2. Memohon keampunan dari Allah dan kepada insan serta rakyat yg pernah dizalimi dan teraniya itu lebih baik dan utama daripada melaungkan "turun Najib'. Apalah ertinya jika Najib turun tetapi kamu masih memikul dosa yg besar kpd kezaliman yg pernah kamu lakukan? Percayalah, akan tiba masanya Najib juga akan merasai seperti yg kamu rasai.

Rakyat tidak boleh menerima Mahathir bukan kerana Mahathir melawan Najib, tetapi kerana Mahathir masih belum membersihkan dirinya. Tiada ruginya jika Mahathir mengakui kesalahannya yg lampau dan memohon maaf kpd DSAI serta keluarganya dan rakyat yg pernah disakitinya.

Apakah Mahathir atau Muhyiddin akan bersama kita menentang kezaliman Umno/Bn? Teringat aku akan kisah Nabi S.A.W pernah berdoa untuk kedua tokoh yg terkenal zalimnya diwaktu itu " “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar bin Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam”. Akhirnya, Umar Al Khattab memeluk Islam dan menjadi pembela Islam dan Nabi yg amat digeruni oleh musuh2 Islam selepas itu.

Itulah kerja Allah. Kita merancang, Allah menentukan.

5 ulasan:

  1. Jgn disangka yg sihat itu benar2 sihat.kdgkala nampak badan sihat dan kuat tp sbnrnya sakit otak pemikiran. Bersama kita doakan dsai supaya sihat tabah mengharungi dugaan dan semoga beliau segera dpt keluar dan membantu rakyat yg sedang dizalimi

    BalasPadam
  2. Mungkin ada sbb kenapa Allah masih membiarkan Najib terus berkuasa. Ada yg tak beres. Kalau Mahathir & DSMY insaf & mohon maaf pada DSAI & keluarganya pasti segalanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  3. Mahathir ni jenis keras kepala dan pendendam tegar dan licik..apa yg dibuatnya sekarang hanyalah utk menjatuhkan org yg dibencinya kerana tidak ikut telunjuknya...tapi hati dan minda masih syg umno tempat dia dan anak2nya berteduh selama ini...seandainya najib jatuh,kemungkinan besar dia masuk umno balik dan akan pastikan karier politik anaknya terjamin..itulah cita2 mahathir yg sudah dapat dibaca sejak dulu lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu dulu. Skrg xmungkin lagi.anaknya pun dah disingkirkan dr umno.manakala ahli/pemimpin umno semua membenci mahathir. Mmg mahathir keras kepala tp dikala umur beliau skrg xmungkin gila harta lagi.kalau beliau sedikit sebanyak membantu ph pun sudah kira okey

      Padam
  4. Penyakit hati sukar diubati melainkan empunya hati itu insaf dan bertaubat. Lihat, ketika berkuasa asyik menggugurkan orang, dah tak ada kuasa pun nak jatuhkan orang juga. Mcm mat gian ketagih dadah.
    Didoakan mudah2an hamba Allah ini kembali sedar dan bersungguh2 memperhambakan diri kpd Allah dipenghujung usia.

    BalasPadam