RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 14 Julai 2016

APABILA ADA SUARA-SUARA PENYATUAN MAKA SAHUTLAH DENGAN IKHLAS

RAMAI pihak yang mengulas tentang cadangan Timb Presiden Pas, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru agar pembangkang kembali bersatu dan fokus kepada musuh sebenar, dan pastinya yang dimaksudkan oleh beliau itu adalah Umno/Bn, bukannya Keadilan, Dap mahupun Amanah.  

Seruan beliau itu disambut oleh kepimpinan Keadilan melalui Timbalan Presidennya, Azmin Ali, begitu juga mendapat respon positif dari Dap dan juga Amanah.  Ertinya, semua sedar tiada gunanya kita mengaku parti kita kuat sedangkan Umno/Bn terus berkuasa.  Hakikat yang mesti kita sedar adalah Umno/Bn memang mahu melihat Pembangkang berpecah dan mereka telah berusaha lama untuk mencapai cita-cita mereka.  Hari ini kita lihat usaha Umno/Bn itu semakin mencapai kejayaan melainkan kita cepat sedar dan bertindak.

Setakat ini aku belum lagi membaca kenyataan resmi dari Pas oleh Presidennya atau Mursyidul Am tentang cadangan Ustaz Tuan Ibrahim.  Jika cadangan ini diterima oleh Pas, aku yakin Pas akan meletakkan beberapa syarat.  Tiada masalah jika mana-mana parti yang ingin bersama dalam satu pakatan meletakkan syarat masing-masing kerana kita harus akur bahawa setiap parti sudah tentu akan menjaga kepentingan parti masing-masing terutamanya berkaitan dasar perjuangan mereka.  Keadilan, Dap dan Amanah tentunya mahu melihat jika ada penyatuan di kalangan pembangkang kali ini mestilah bersyarat.  Apatah lagi masing-masing ada pengalaman yang telah dilalui.  Apa yang penting, tiada tuding menuding sesama kita.

Jika ikut emosi dan perasaan, bukan sahaja para penyokong PH yang 'terluka' dengan Pas.  Bahkan, para penyokong Pas juga 'terluka' dengan parti-parti di dalam PH.  Sama-sama telah merasai luka yang dialami akibat bertempur sesama sendiri.  Justeru itu, jika benar-benar ikhlas ingin bersatu, hanya dengan satu syarat iaitu kita mesti kenal musuh utama kita dan jatuhkan musuh utama terlebih dahulu sebelum kita berbicara tentang apa yang boleh kita lakukan untuk menjayakan dasar parti kita masing-masing.

Aku yakin, Umno/Bn pasti berkubur di dalam PRU14 nanti jika semua parti pembangkang iktiraf Umno/Bn adalah rejim yang wajib ditumbangkan.  Politik matang seharusnya matang di dalam bertindak mendepani musuh.  Banyakkan kawan, kurangkan musuh.  Cari jalan untuk berbaik dan bersatu bukannya cari jalan untuk berpecah.

4 ulasan:

  1. Tp aku x yakin dgn hadi bahalol tu..mesti x setuju..sbb x dpt mkn dedak lpas nih..dasar ulamak dedak..

    BalasPadam
  2. Din..engko dgn Parti Engko jgn perasan lar...pegi mampos same PKR...baru cuit ckit dh terlompat2 mcm berok...gile talak punyer PKR..puiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Camne plak dgn parti pas yg terkinja2 dgn humno tu..

      Padam
  3. salah tu... umno terkinjal2 kat pas.....PKR ibarat mcm bohsia sasau ler...umno die nak...PAS pun die...tapi semua tak nak kt PKR...sebab dh braai..wakakakaka

    BalasPadam