RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 11 Julai 2016

TV3 SUKU GASAK KELANTAN PULA, MAHU KATA APA?

MENGAPA masih ada yang masih bodoh percaya kepada TV3 suku?  Ada yang guna TV3 suku ini untuk jatuhkan sesama Pembangkang, malahan sanggup bersekongkol dengan TV3 suku untuk menghentam Dap.  Kalau mereka itu dari puak Umno, aku tidak hairan sangat.  

Waktu PRK Sg Besar dan K.Kangsar, setiap malam puak-puak ini berganding bahu dengan Umno untuk menghentam Dap dan Amanah, terutamanya.  Peliknya, tidakkah mereka kenal haramjadah yang bernama TV3 suku itu?  

PRK dah pun selesai dan Umno seronok dengan keputusan yang mereka perolehi.  Bagaimana pula dengan puak yang lagi satu yang bersekongkol dengan Umno gunakan TV3 suku sepanjang kempen tersebut?  Menangkah?  Atau, meningkatkah undi mereka?  Berbaloikah hanya memberi alasan kita kalah di dunia, tapi menang di Akhirat.  Apa jaminan kamu akan menang di Akhirat bila kamu tewas di dunia?  Adakah Allah minta kita cari jalan untuk tewas?

Berita jam 8 mlm sebentar tadi, teruk kerajaan Kelantan kena belasah oleh TV3 suku.  Isu banjir mereka mainkan dan memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri.  Jangan lupa, bukan Dap yang menerajui Kelantan.  Setelah kamu bersama-sama Umno melanyak Dap di dalam PRK baru-baru ini, kini media mereka melanyak kerajaan negeri Kelantan.  Tidakkah isu air ini lebih hebat di Pekan, kawasan Parlimen Najib?  Di Kedah juga ada kampung yang digelar "Kampung Tanpa Air".  Siapa perintah Pahang dan Kedah?  Mengapa mereka serang Kelantan?  Kamu masih tidak sedar lagi?

Umno tidak pernah tahu berkawan.  Mereka akan berkawan dengan kita bila mereka ada kepentingan.  Bila mereka rasa tidak lagi penting, mereka akan lanyak kita secukupnya.  Sekarang, Kelantan dihebahkan satu negeri di bawah Ulamak yang gagal urus air.  Mana penting, air atau hukum hudud?  Itu mainan mereka.  Tidak faham dan tidak kenal lagi Umno?  

16 ulasan:

  1. Ulamak konon..kalau dah bangang..10x kena tipu..pun masih bangang lagi..

    BalasPadam
  2. Ambo oghe kelate..pru14 nati..ambo sokong Amanah..Allahuakbar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambo pun samo....PIS akan hilang 20 undi next PRU...

      Padam
  3. Bila Hadi nak berambus menerajui PAS?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas ramai ulamak bongok akhir zaman... satu sen tak guna, mampuih lagi baguih !

      Padam
  4. hadi mau kelantan jadi mcm terengganu...diperintah oleh gang pinky...
    kah kah kah kah

    AMANAH bersedia utkpertahankan kelantan....

    harapkan hadi....ke laut la jawabnya...

    kah kah kah kah

    BalasPadam
  5. Mmg Kelantan gagal uruskan masalah air. Nak minum kena gi beli air dlm botol, nak basuh pakaian kena hantar dobi. Habis tu Air Kelantan utk apa? Utk mandi, kalu yg rambut dah putih jadilah ia Mat Saleh Melayu, nak basuh lepas buang air besar terasa belengas punggung tu. Kalu org complain jawapan yg diberi adalah bodoh melebehi dari orang asli. Ni lah jadi pemerentah yg cerdik tak boleh nak tumpang, bodoh tak leh ajar.

    BalasPadam
  6. Bukan umno yg jahat tp pas yg bodoh.Slogan umno dahulu kini selamanya memperbodohkan pas..slogan pas pula dahulu kini selamanya kena perbodoh dek umno.kahkahkah

    BalasPadam
  7. Untaa dan keldai dah kena main. Padan muka mung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi ajak tg hj baghal tangkap sotong kat jepong la...

      Padam
  8. Pas kena patuk tv3 lagi.
    Padan muka mung.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dan tahniah pada PAS dan ahli, pendukung dan penyokong PAS! Hebat betul PAS ni..Lagi kuat dikutuk, dihina disepak terajang..lagi makin ramai rakyat simpati dan join jadi ahli PAS..Heran betul aku..! agak akulah sebab PAS ni ada Allah dan Rasul! Keyakinannya pada Allah dan Rasul cukup mantop!..Jom kita sama2 jadi ahli PAS..Tinggalkan UMNOBN dan PH (Parti Hampeh)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebas balak, ambik duit cikgu yik, sapu tanah, kafirkan orang, mengdapigskan orsng, membarua, menghanjing dan membabikan orsng ..... itu bukan sifat parti yg ada tuhan dan rasul. Itu sifat syaitan.

      Padam
    2. Pas nak kejasama dgn ph sbb dah takut akan hilang kelate...haha

      Padam
    3. x ape!!! tuan2 cakap n tulislah apa yg didedahkan!! semua x de bukti!! x jadi kudis pung!!! kah..kah..kah..Allah dan Nabi kan ade..Ape barang yg ade dgn Umno/bn/ph...senyum 3x!!Tuan2 pasti tenang dan sentiasa berwawasan jauh....

      Padam
  10. Kelantan memang dipimpin oleh ulamak tahi kucing...mereka tak tahu tadbir tp tahu cara nk rasuah balak byk2 sampai bukit bergondol.

    BalasPadam