RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 3 Julai 2016

MUHYIDDIN TIDAK LAYAK MENJADI KETUA PEMBANGKANG

BERITA yang menyebut Muhyidin Yasin akan menganggotai Pakatan Harapan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang ternyata satu berita yang palsu.  Ini disahkan sendiri oleh YB Khalid Samad selaku Pengarah Komukasi Amanah di mana beliau menyebut isu ini timbul apabila beberapa kenyataan dari Mazlan Aliman telah disalah petik.

Muhyiddin sebenarnya tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Kak Wan, jauh sekali untuk menggantikan DSAI.  Beliau tiada kekuatan dan auranya untuk memikul tugas berat selaku Ketua Pembangkang.  Jika sekadar beliau adalah penentang Najib, beliau tidak layak untuk tugas itu kerana tugas Ketua Pembangkang bukan sekadar mahu jatuhkan Najib tetapi Ketua Pembangkang mesti membawa Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno/Bn seterusnya melengkapkan PH untuk mengambil alih Putrajaya.  Muhyiddin tiada komitmen ini.  Mahathir yang jauh lebih hebat dari Muhyiddin pun tiada komitmen ini.

Apakah Muhyiddin boleh diterima menyertai PH?  Jawapannya, tentu boleh kerana PH tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang ingin bersama perjuangan PH.  Apakah Muhyiddin bersedia untuk mengiktiraf DSAI adalah bakal PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya?  Apakah Muhyiddin bersedia untuk menerima Kak Wan selaku Ketua Pembangkang?  Apakah Muhyiddin bersedia dan akur dengan prinsip2 yang termaktub di dalam PH?  Jika tidak bersedia, Muhyiddin boleh lupakan hasrat untuk bersama PH.


6 ulasan:

  1. Mana mana orang yg satu ketika adalah musuh politik dan kini terbuang dari lingkungannya, jangan diambil menganggotai keahlian parti kerana mereka itu hanya akan berjuang untuk kepentingaannya sahaja
    Parti baru yg dianggotainya hanya dianggap sebagai batu loncatan dan yg pastinya orang2 seperti itu hanya akan membantutkan perjuangan asal mana mana pertubuhan
    Tak kirala yidin ke madet ke mukris ke, tak payah layan
    Kalau sebelum ini perjuangan tetap berlaku maka sekarang tanpa mereka bukanlah apa apa, tak jadi kudis pun pertubuhan tanpa mereeka. Mereka hanya parasit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka boleh dijadikan rakan sekutu PH utk melawan BN..mereka juga ada sedikit pengaruh rakyat yg boleh membantu PH ke putrajaya..wakaupun sekarang nmpak mcm undi pembangkang berpecah namun insyaallah Allah maha perancang dan Dialah sebaik baik perancang.kemenangan pasti hak.milik PH jika Dia mengkehendakinya.

      Padam
  2. Najib jadi apa pun tak boleh..tak boleh harap..

    BalasPadam
  3. Muhyidin lebih layak jd ketua pembangkang utk pakatan

    Sebab tiba pru14 pas dan umno akan ajak pkr join sekali dan kartel azmin akan umum pkr kluar pakatan dan lantik azmin pemangku presiden pkr

    Cepat dap amanah lantik muhyi ketua pembangkang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa xmungkin,kalau kartel Azmin join bn pun xramai yg akan ikut.mungkin sebahagian kecil shj kartel Azmin yg ikut tp tetap memecahkan lagi ph..setakat ni belum nampak sape2 layak ganti tempat ketua pembangkang,wan azizah pun xlebih dr puppet je.

      Padam
    2. kak wan ni lembab..
      takde ciri2 kepimpinan langsung..
      tengok prk pun berpecah..
      macam mana nak jadi ketua pembangkang..
      kalau nak lantik tu..
      tengok dulu parti yang dia pegang..
      ok ke tak..
      tolonglah.. jangan jadi tolol..

      Padam