RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 20 Julai 2016

KENYATAAN AZMIN YANG MENGELIRUKAN

AKU nak tegur sedikit kenyataan MB Sgor, Azmin Ali di dalam kenyataan beliau dlm isu Konsert Selena Gomez yg khabarnya bakal diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Azmin dipetik sebagai berkata " Seksi itu ciptaan Tuhan, maka jangan teruja". Kata beliau. 

Aku berpendapat, "seksi' itu bukan ciptaan Allah. sebaliknya yang Allah cipta adalah 'kecantikan dan keindahan' pada seseorang. Orang yg cantik tidak semestinya 'seksi' begitu juga orang yg sering bergaya 'seksi' tidak semestinya cantik.

Rupa paras itu memang ciptaan Allah, tetapi tingkah laku dan perangai di dalam menggunakan ciptaan Allah itu tidak seharusnya dikatakan adalah ciptaan Allah. Apakah satu hari nanti kita mahu sebut gaya 'lucah' itu juga ciptaan Tuhan?

Jika konsert tersebut untuk menghiburkan masyarakat yg bukan Islam di Selangor, maka tiada masalah pun. Jika dikhuatiri ada masyarakat yg berugama Islam akan hadir ke konsert berkenaan, aku cadangkan agar MUIS atau JAIS atau pihak Istana keluarkan arahan agar mengharamkan Orang2 Islam menjejakkan kaki ke konsert berkenaan. Tiada masalah aku rasa, keluarkan arahan menyeluruh sepertimana ada arahan agar mengharamkan MP dari Dap menjejakkan kaki ke dalam masjid di Selangor, boleh kan?

2 ulasan:

  1. Mintak mufti keluar fatwa..umat islam yg pegi konsert ke..kelab makam ke..kafir harbi

    BalasPadam
  2. Betul la tu sexy itu cptaan Allah. Sexy itu ialah tarikan sex. Kalau tiada tarikan sex macamana manusia nak membiak. Masalahnya ialah sexy di gunakan di tempat salah macam gomez tu. Contoh berpakaian sexy yakni berpakaian untuk menarik perhatian sex. Ataupun menyimpan janggut untuk menarik perhatian uztazah untuk kita kahwini. Simpan janggut walaupun dengan tujuan untuk kahwin denganuztazah di masa hadapan pun salah juga sebab masih belum isteri. Simpan janggut agar sexy di mata bini tak apa malah dapat pahala lagi. DI satu sudut apa azmin cakap tu betul tapi salahnya lagi besar sebab secara tak lansung mengalakkan sexy di salahgunakan.

    BalasPadam