RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 7 Oktober 2016

SOLIDARITI BEBASKAN ANWAR 12 OKT - WAKIL RAKYAT KEADILAN WAJIB TURUN !!


ANWAR adalah pilihan PH untuk menjadi PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya.  Pengiktirafan ini berulangkali disebut oleh pimpinan dari Dap dan Amanah, apatah lagi oleh Keadilan yang mana Anwar adalah Ketua Umumnya.

Tentang pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau sinonim disebut "Bersatu'. mereka ada hak untuk menamakan siapa sahaja untuk menjadi PM kerana kita yakin proses demokrasi akan menentukan siapa PM berpandukan siapa pilihan majoriti di dalam Parlimen nanti.  Sehubungan itu, langkah awal yang wajib kita lakukan adalah bebaskan Anwar terlebih dahulu.  

Pada 12 Oktober 2016 ini, Anwar akan mengemukakan permohonan semakan semula sabitan kes liwat ke atasnya bertempat di Istana Kehakiman, Putrajaya.  Anwar kini merengkok di dalam penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes liwat terhadapnya.  Satu dunia percaya bahawa Anwar telah difitnah mengikut hukum akal mereka, apatah lagi jika mengikut hukum Islam.  Mereka yakin Anwar adalah mangsa konspirasi dan banyak negara menuntut agar Anwar dibebaskan.

Sekiranya kita yakin bahawa Anwar tidak bersalah, adalah menjadi kewajipan kita bersama untuk bersolidariti menandakan sokongan terhadap bakal PM tersebut.  Rakyat terutamanya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, khususnya yang masih simpati dengan Anwar dan keluarganya serta mahu Anwar kembali kepada rakyat wajiblah turun beramai-ramai.  Tunjukkan kepada rejim bahawa insan bernama Anwar ini tetap di hati rakyat.  Ini bukan isu peribadi.  Ini isu kezaliman dan keadilan.  

Pada 12 Okt ini nanti, sewajibnya seluruh Wakil Rakyat dari PH, terutamanya dari Keadilan mesti turun dan bawa seramai mungkin rakyat di kawasannya.  Jangan lupakan jasa Anwar sehingga kamu berada di tahap ini.  Rakyat akan melihat dan menilai samada kamu seorang Wakil Rakyat yang mengenang budi atau tidak.  

4 ulasan:

  1. Sekiranya DSAI benar2 tidak bersalah, saya pun turut ingin bersolidariti bersama utk menuntut pembebasan beliau walaupun hanya dari jauh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu alaikum.wr.wb..saya ibu dahayu member MBAH SERO
      angka yang MBAH SERO berikan kemarin 4d SGP (2536) TGL 17 NOVEMBER 2016 tembus 100% syukur alhamdulillah dapat (280.juta) terima kasi banyak MBAH atas bantuannya saya sudah bisa melunasi hutag-hutang sama rentenir bahkan saya sudah buka usaha bagi teman-teman pecinta nomor togel mau menang seperti saya hubungi MBAH SERO di nomor hp 082 370 357 999

      Padam
  2. Lebih baik pakat2 gi makan gulai tempoyak patin kat temerloh dpd buang masa utk perjuangan terhadap orang yg tolak hudud !

    BalasPadam
  3. Lebih baik tolak orng yg kunun nak hudud tapi berbaik2 dengan pemerintah zalim buat kerja tak kena dengan tempatnya.

    pemimpin kenakan gst, tak kawal harga barang.......... sedangkan pemimpin sendiri dan pegawai2 kerajaan boros(bertahun2) tak terkawal.

    BalasPadam