TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Ahad, 11 Disember 2016

MP KUANTAN TIDAK PERLU POHON MAAF KEPADA KEEGOAN MEREKA

MP KUANTAN, YB Fuziah Salleh (Kak Gee) kini menjadi sasaran Pas Kuantan pula.  Komentar beliau berkaitan Himpunan Solidariti terhadap Rohingya yang disertai oleh PM, Najib Razak, Zahid Hamidi, Hadi Awang, Ustaz Tuan Ibrahim, Pemuda Umno, Pemuda Pas, anggota-anggota Kabinet, pimpinan Pas serta majoriti ahli-ahli Umno dan beberapa ahli Pas di samping ribuan warga Rohingya dianggap oleh Pas Kuantan sebagai menghina pimpinan mereka.

Adakah status yang dicatatkan oleh Kak Gee seperti di bawah ini menghina pimpinan Pas apabila mereka sendiri terjebak dengan 'game' Najib?  Kak Gee mencatatkan;

" Eksekutif paling berkuasa dlm negara ialah seorang Perdana Menteri. !!

Dia boleh pilih untuk putuskan hubungan diplomatik dgn Myanmar. Hantar pulang Ambassador Myanmar di Malaysia contohnya. 

Dia boleh pilih untuk beri tekanan kpd United Nations untuk masuk dan bantu warga Rohingya.
Dia boleh gerakkan OIC. 

Dia boleh gesa negara ASEAN untuk tekan kerajaan Myanmar supaya tidak membisu dlm isu Rohingya.

Dia juga boleh minta persatuan ulama sedunia untuk bersuara.
Dia boleh mintak rakyat Malaysia ramai2 menekan Aung San Su Kyi melalui petition rakyat.
Dan dia boleh buat dasar Boycott Myanmar. 

Tapi MO1 negara kita ni pilih untuk berhimpun secara aman!!!
Tak pernah ada pihak kerajaan dimana2 dlm dunia tunjuk perasan dlm negara dia sendiri ...kerana pihak kerajaan ada KUASA untuk berbuat sesuatu .. they ARE in the position to DO Something! 


Susah betul saya nak faham Politik Matang yg ni !!! " (FB 05 Dis 16)




Di dalam status lain yang sama, Kak Gee mengulas kenyataan Us Tuan Ibrahim yang menyatakan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana Umno tidak akan serah Kerusi kepada Pas dan Pas juga tidak akan serah Kerusi kepada Umno.  Us Tuan juga mengulas tentang betapa pentingnya 'Satu lawan satu".

Ulasan Kak Gee berbunyi;

"Umno tidak akan beri kerusi kepada PAS & PAS tidak akan beri kerusi kpd Umno - Bab ini Saya setuju dgn TITM.
( Tapi kalau Pas lawan 3 penjuru bagaimana pulak? Adakah itu bermaksud Pas bersaing dgn Umno dan bersaing juga dgn party lain yg juga bersaing dgn Umno? Bila pecah undi siapa yg untung? Ermm 🤔
Nak dengar juga pendapat TITM dlm hal ni )"  

Adakah ini kenyataan Kak Gee yang Pas Kuantan merasakan menghina pimpinan mereka sehingga Pas Kuantan meminta Kak Gee memohon maaf atau Pas Kuantan tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Keadilan Kuantan?  Apakah sebelum ini Pas Kuantan atau YDPnya yang juga PJ Pas Pahang dan Adun Tg Lumpur, YB Us Rosli tidak pernah bercakap tentang Keadilan?  Bahkan di dalam kuliah beliau pun Ustaz ini selalu sentuh Keadilan, Amanah dan Dap.  Di dalam kuliahnya pun Ustaz ini pernah ugut Keadilan, jika Amanah bertanding di Kerusi Pas, maka Pas akan bertanding di Kerusi Keadilan.  Ada mana-mana pimpinan Keadilan yang mendesak beliau minta maaf?  

Pada aku, komen Kak Gee itu betul dan tepat.  Jika Pas merasakan komen itu tidak betul, sila tegur dan beri hujah yang betul.  Mengapa perlu ada ugutan dan menunjukkan sikap ego?  Sebenarnya kerjasama dan hubungan Keadilan Kuantan dan Pas Kuantan sudah lama dingin.  Soal mahu hentikan kerjasama itu tidak memberi apa-apa makna di dalam keadaan kerjasama yang tidak lagi wujud.  Masing-masing sudah lama membuat hal masing-masing. 

Aku tabik dengan Kak Gee yang tidak melatah dengan ugutan Pas Kuantan itu.  Teruskan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai MP yang dipilih oleh rakyat.  Penduduk mengenali Kak Gee seorang wanita yang kuat bekerja, walaupun satu ketika berada agak lama di katil hospital namun kembali berjuang membela nasib rakyat.  Beliau seorang MP yang aktif di Parlimen dan aktif di kawasannya.  Banyak permasalahan khususnya di Kuantan telah berjaya beliau bawa ke Parlimen. 

Biarkan rakyat menentukan parti manakah yang konsisten menentang kezaliman Umno/Bn dan parti manakah yang telah menggembirakan Umno/Bn iaitu parti yang semakin menghampiri ajalnya.

22 ulasan:

  1. Jgn di layan walaun2 pigs ni..depa dah meroyan..x ada sokongan dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa dah ahli? 1000org kali 10 kuasa 3....fuyoo...byknye sokongan....kbat...kbat

      Padam
  2. Selepas 13 Dec ini, PH dan Bersatu dah bolehlah asingkan jenama pas ini dari sebarang program kerana keberadaan puak2 ini diragui kerana mereka mungkin menjadi tali barut kpd dumbnoh, kerana segala tingkah laku dan gaya pemimpin utama mereka seolahnya sebahgian dari komponen bn. Jadi jgn sesekali meletakkan kepercayaan, kerana semasa dlm pakatan pun masih sanggup menikam dari belakang, apatah lagi kini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti pru14 pas join kami tau...kah kah kah...tu lah dia nuduh org lain makin dedak...sendiri makan kahak sendiri x perasan...perasan...perasan

      Padam
    2. Ini bkn tikam blkg...ini tikam don2...pan jgn harap nk bertanding kt slgr...sekian

      Padam
    3. Cuba tanya lim anak...klu dh sign agreement dgn pas...pastu buat mcm x pernah sign...itu tikam apa?

      Padam
  3. pas dah meroyan....
    poltik matang...matang la sangat...
    jawab dengan alasan menasabah fikiran bukan jawab dengan ugutan

    BalasPadam
  4. pas dah meroyan....
    poltik matang...matang la sangat...
    jawab dengan alasan menasabah fikiran bukan jawab dengan ugutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas bangang....pas bodoh...pas merempat...kami xnak pas lagi...tapi...pas...nnt join kami yea....ni contoh meroyan tahap ludah jilat ludah jilat ludah jilat ludah jilat ludah jilat...uwekkkk

      Padam
  5. Pas masih lg pilihan terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik antara yg makan dedak..

      Padam
    2. kurrr...kurrr..kurrr mana natang nie.. dedak dah makan.. nak bg skrip

      Padam
    3. Pasal pokok manggis jgn cuba nk komen2 k...tu tok garu kami...dia maksum...so no debate...sbb tu dia berhak kekal jadi km walaupun dlm kes mahkamah lagi...kalau org lain mmg kami dan siat2...kami hina...kami keji...umpama tiada prinsip...apa2pun...prinsip tidak terpakai kpd tuan garu kami...allim almaksumi al finangi...

      Padam
    4. Sendiri mkn kahak tu igt2 sikit...aiya...talak sihat wooo

      Padam
  6. PAS kena pump oleh umno utk bertanding di Permatang Pauh supaya PKR tak bermaya lagi sbb pemimpinnya kalah, itu andai mereka. PH jgn lupa pula letak calun di Marang,Pancur, Pasir Pekan, Jengka dll. Akan berlaku 3 penjuru. Calun PAS juga in sya Allah akan kalah juga dan masa tu PAS akan tahu tinggi dan rendahnya langit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kt slgr pun org x sudi...chaittt...lg mau ckp besarkan kan...mmg depa xde maruah betui...hish...igt selangor pkr punye ke

      Padam
    2. Kalau kau dah rasa lim anak beranak tu boleh jamin kesejahteraan kau dunia akhirat...nk kata apa lagi..

      Padam
  7. Alhamdulillah PAS tetap istiqomah!! Anak muda bersama PAS. Pimpinan pkr n ppbm masih ade hati lg dgn PAS.kesian. mohon khadam ph n ppbm sekolahkan pimpinan mereka supaya x perlu pujuk PAS lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pujuk ada had nya. takkan sampai menyembah.

      hadi pun terhegeh2 pd najib. tp belakang ckp nk lawan umno. najib pun pening dgn pas.

      akhirnya PH atau BN akan tolak pas. dan pas mati terkubur tanpa nisan. dan berjayalah syiah memperguna hadi utk hancurkan sebuah gerakan islam yg sgt dihormati satu ketika dulu.

      apakah penyokong pas masih buta terhadap permainan syiah ini?

      ini bukan semata2 cerita politik Malaysia tetapi lebih dr itu , ia adalah campur tgn syiah dalam politik umat islam.

      syiah melemahkan gerakan islam. kerana itu bila lahir amanah, hadi sgt murka kerana gerakan islam sudah diganti yg baru.

      heran sungguh lah jika masih ada yg tidak sedar2 hadi membawa agenda syiah ke dlm politik Malaysia.

      Padam
    2. Pakatan Haprak bab memujuk dan melutut ni tiada had selagi apa yang dihajat tak dapat.

      Kat Malaysia ni dah berapa ramai pengikut syiah tak pulak mereka ni sibuk memuji TGHA.

      Dalam PAN la sebenarnya yang ramai berfahaman syiah, diam je.

      Syiah tu bukan Islam ke?

      Terang-terang ksfir penyembah berhala takpe pulak kau sanjung. Memang bahlol la.

      Padam
  8. jgn sokong pas lagi.. pas berfikrah syiah yg sgt bahaya kepada Negara.

    bahaya syiah bukan main2. mcm api dlm sekam tunggu masa nk meletup.

    lebih2 lagi setelah pas membodek umno utk kuasa. kita punyai alasan sgt kuat utk tolak pas.

    BalasPadam
  9. Saya sebagai penyokong pas amat bersetuju utk pas lawan 3 penjuru di kerusi selain pkr pada pru 14 nanti.. buat pkr harap tiada lagi calon sosialis dan pil kuda..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini