RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 6 Mac 2017

BERUNDING DENGAN PAS SATU IJTIHAD ?

BIARKAN MEREKA BERIJTIHAD UNTUK SEBULAN DUA SAJA LAGI

Ada yg bertanya, apa strategi dan motifnya beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan yg masih berdamping dengan Pas dalam beberapa program?

Jawapannya;

1. Sudah tentu Pas tidak akan berdamping dengan Amanah kerana Amanah menjadi penyebab luka parah kpd Pas sehingga kini. Pas juga tidak akan berdamping dgn Dap (Kecuali Sgor atas faktor keduniaan) kerana secara jelas Pas telah istihar tiada hubungan lagi dengan Dap melalui muktamarnya walaupun tanpa bahas.

2. Pas sedaya upaya cuba untuk menunjukan bahawa parti itu masih lagi dilihat parti Pembangkang yg kononnya untuk melawan Umno/Bn juga, maka rakan yg masih ada untuk Pas layan adalah Keadilan dan PPBM. Parti IKATAN, kawan sah kpd Pas ibarat tidak wujud pun.

3. Di dalam Keadilan dan PPBM pula, terdapat beberapa pimpinan yg masih merasakan ada peluang untuk membawa Pas bersama dalam barisan Pembangkang bagi merealisasikan satu lawan satu dengan Umno/Bn di dalam PRU14 nanti. Justeru itu, mereka cuba untuk menunjukkan sikap ingin berbaik dengan Pas agar lembut hati Pas. Walaupun ramai yg tahu dan yakin, tindakan ini tidak akan berjaya kerana ramai yg telah mengenali Pas, perangai dan tabiatnya. Namun bagi aku ianya satu ijtihad iaitu berbaik dengan Pas untuk satukan Pembangkang.

4. Ijtihad ini telah dicuba oleh Amanah, bahkan Kit Siang pernah mencuba ijtihad ini, namun gagal, bezanya pimpinan Dap dan Amanah tidak meneruskan ijtihad tersebut kerana bagi mereka banyak membuang masa untuk cuba berbaik dengan Pas. Dap dan Amanah ingin melihat sejauh mana beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan masih 'keras hati' untuk meneruskan ijtihad mereka.

5. Aku sedikit pun tidak merasa khuatir tentang tindakan dan ijtihad beberapa pimpinan tersebut. Bagi aku, sekuat mana pun mereka berusaha untuk memujuk Pas agar berada dalam satu barisan Pembangkang bagi menjatuhkan rejim zalim Umno/Bn, akhirnya yg diguna pakai oleh Pas nanti adalah 'Fatwa Hadi". Itu pemutusnya.

6. Apakah 'Fatwa Hadi"?. Hadi telah menyatakan tiada hubungan Tahalluf Siyasi dengan mana2 parti yg bekerjasama dengan Dap dan Amanah. Itu fatwanya. Cuma, fatwa ini akan berkuatkuasa pada Muktamar Pas pada bulan April ini nanti. Pada Muktamar Pas nanti, jika Hadi tidak buat U-Turn, maka tentunya Pas akan wartakan 'fatwa Hadi" tersebut kecuali Hadi buat "U-Turn".

7. Kesimpulannya, segala usaha beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan untuk membawa Pas menyertai pakatan Pembangkang akan menjadi sia-sia dengan 'fatwa Hadi' pada Muktamar Pas nanti. Kecuali, PPBM atau Keadilan sanggup buat kerja bodoh meninggalkan Dap dan Amanah hanya untuk bersama Pas.

8. Aku yakin, mustahil Keadilan akan meninggalkan Dap dan Amanah. PPBM, aku tidak berani memberikan keyakinan kerana PPBM adalah parti baru yg mungkin belum kenal 'siku dan lutut' Pas lagi.

9. So, jangan bimbang. Pas tetap akan bersendirian dalam PRU14 nanti dan kita mesti bersedia bertanding lebih dari 3 penjuru. Kalau tidak percaya, tunggu Muktamar Pas akan datang. Biarkan beberapa pimpinan ini dengan ijtihad mereka dalam tempoh sebulan dua saja lagi sebelum "Fatwa Hadi' diwartakan.

10 ulasan:

  1. Betul tu bang.
    Kata putus ditangan lebai Hadi.
    Lebai Hadi dh bg klu
    Takkan tak faham2
    Mmg betul buang masa.

    BalasPadam
  2. dlm soal bermusuh ,hadi tidak akan Tarik balik. kebencian terhadap amanah dap akan terus kekal.. tidak boleh dirayu lagi.

    dlm soal duit.. ini mungkin boleh melembutkan hati hadi. tp dgn syarat.. PH ade ke lebih 90j utk Tarik pas?

    mesti lebih 90j, baru pas berubah arah.

    hari ini dpt 91j.. esok pemimpin pas kata umnu sudah lari dari perjuangan maka tolak umnu.

    tp kalau lepas tu umnu bagi pulak 92j.. maka u turn lagi.

    esok lusa Negara china bagi pula bellion2.. terus ulamak pas jadi sifu berjubah kung fu

    BalasPadam
  3. Rosaknya perjuangan menegakkan agama di Malaysia ni kerana sikap mr presideng tu!!!

    BalasPadam
  4. Akan ada lg pembersihan dlm muktamar nanti sspa2 yg x wala dgn presideng..

    BalasPadam
  5. Fatwa Hadi yg katakan tak akan bertahaluf dgn DAP hanya keluar selepas TG Nik Aziz meninggal dunia. Pelik..

    BalasPadam
  6. 1992...Barisan Altelnatif.PAS berpisah dgn DAP.Masa tuu TGNA masih ada.Sebabnya PAS nk hudud.Jika nk DAP sayang....
    Jgn sentuh soal: Hudud/Haram Arak,judi/Negara Islam
    #Jika PAN sebut soal ni pun...DAP akan marah.(Tapi PAN tak akan sebut laa)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tang buat fitnah kat pan, hang memang hebat. Tang kelepet duit potongan gaji cikgu agama, tang sapu tanah cina kapir buat tugu banjir, tang ambik rm cina penanam sayur melaka..... sonyap!!

      Padam
    2. Lapor saja pada SPRM,Polis,..apa2 saja.Lapor.Lapor.Cakap saje tak guna.Kami org PAS menanti utk buang pemimpin yg rasuah,tipu,yg tak betul.Cakap saja Tak guna.Lapor...Lapor...Lapor... Tolong la Lapor la wei.

      Padam
  7. Syukurlah PAS memilih tidak bersama DAP yg diiktiraf oleh parti pembangkang lain melalui:

    1. Kaki kelab malam menerajui Maqasid Syariah.

    2. Kafir mengetuai mesyuarat tapis fatwa.

    3. Kafir mengetuai penentangan kpd RUU 355.

    4. Kafir dan munafik mahukan Dr Zakir Naik ditangkap.

    5. Hak golongan LGBT utk bekerja demi menyara "pasangan hidupnya" diperjuangkan.

    Keh keh!

    BalasPadam
  8. Salam' saya Delfiyanti. Kebetulan saya disini Cuma mau Berbagi saran' Bagi Teman-teman yang lagi ada masalah.Faktor Ekonomi atupun Masalah Hutang piutang. yang sedang jadi beban pikiran dan sulit untuk di selesaikan Silakan Hubungi Nmr ini.
    (082 344 445 588) atas nama Mbah Jonoseuh. Silahkan minta bantuan Sama Mbah dan sampaikan keluhkesah anda sama Beliau. Karna Bantuan Mbah Jonoseuh sudah saya buktikan sendiri Selamah ini..
    Dan Untuk Bantuan yg Biasa Mbah jonoseuh berikan Yaitu

    ANGKA TOGEL
    PESUGIHAN
    DANA GHAIB..
    Dan masih banyak Bantuan yg lainnya.
    Terimah kasih silaka anda coba Dan Membuktikan sendirih..!!!

    BalasPadam