RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 14 Mac 2017

DARI UMNO IA DATANG, KEPADA UMNO DIA PERGI

HANCUR SUDAH LEGASI TEGAR MENENTANG UMNO

Terbaru, ucapan Hadi Awang di Alur Limbat, Terengganu. Apabila secara berterus terang dan terbuka Hadi menyatakan bahawa politik matang Pas adalah hanya untuk perintah Kelantan, Tganu, Kedah dan Selangor saja, manakala lain2 negeri biarlah Umno/Bn perintah atas alasan Pas tidak cukup kekuatan untuk sapu semua.

PH berkali2 tawarkan kerjasama dengan Pas kerana kita faham memang Pas tidak cukup kekuatan sepertimana alasan Hadi itu. Namun, Hadi meletakkan syarat berbagai2 seolah2 parti2 di dalam PH lebih teruk, dahsyat dan zalim dari Umno. Maka jelaslah bahawa Pas di bawah Hadi restu dan redha Umno/Bn terus menjadi kerajaan. Rupa2nya, beliau hanya menanti saat ketiadaan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz untuk beliau laksanakan cita2nya.


Tambah Hadi lagi, Umno pun sudah selesa dengan Pas. Maka, bagi Hadi wajarlah Umno terus memerintah demi Melayu Islam. Kalau ditanya kpd ahli2 dan para penyokong di bawah, pasti mereka akan kata tindakan Hadi itu adalah bijak, tepat dan benar kerana telah dipandu oleh "Solat Istikhorah".

Aku ingin bertanya khabar Ustaz Tuan Ibrahim. Terasa juga ingin bertanya khabar PJ Pas Pahang, Ustaz Rosli Jabar yg aku kenali dulu amat tegar anti Umno nya sehingga dibuat buku yg hampir keseluruhannya menceritakan betapa zalimnya Umno. Buku itu beliau hadiah kpd aku agar aku kenali Umno dan mahu aku tahu mengapa beliau melawan Umno. Sekarang aku dah kenal Umno. Bagaimana pula dengan Ustaz? Aku harap Ustaz Rosli tidak lupa apa yg beliau tulis di dalam bukunya.

Benar, Pas tidak ber'UG' dengan Umno. Umno pun tidak harap Pas ber"UG" dengan parti keris telanjang tersebut. Umno sedar mereka sudah hilang sokongan dari parti2 komponennya seperti MCA, Gerakan dan MIC. Parti2 komponen di Sabah pun menunggu saat untuk dibenamkan oleh Parti Warisan di bawah Shafie Apdal. Siapa lagi yg boleh Umno harapkan waktu parti itu mahu tengelam? Tentulah Pas kerana Umno punyai pengalaman luas di dalam mempermainkan Pas. Arwah Tok Guru Nik Aziz sedar ini dan beliau sering pesan kpd pemimpin2 Pas tentang 'kelecekan' Umno. Beliau pernah berkata, selagi beliau hidup tiada 'kerjasama politik' dengan Umno.

Apakah dengan sengaja membenarkan Umno memerintah di beberapa negeri lain yg lebih banyak dari yg Pas mahu perintah, adakah itu bukan 'kerjasama politik'?.

Sekali lagi kita harus faham, Umno tidak perlu kepada "UG". Umno cuma mahu Pas 'lindungi'nya dari hilang kuasa. Dan, cita2 Umno kini menampakkan hasil yg positif.

Takziah kpd Pas. Dari Umno dia datang, kepada Umno dia kembali.

28 ulasan:

  1. Pas nak perintah kelantan, kedah, terengganu dan selangor?

    Hurmmmmmm.
    Aku sunat lagi sekali.

    BalasPadam
  2. Aku tak nak keluarga dan sedara mara aku mengundi parti yg ahlinya pernah mengkafirkan org islam lain. Aku tak nak keluarga dan sedara aku ikut masuk api neraka kalau sokong mereka.

    BalasPadam
  3. Aku tak nak undi parti yg berpeluk2 dgn kaum syiah

    BalasPadam
  4. Parti angkut sampah.
    Berkhidmat utk sampah je la

    BalasPadam
  5. Nik aziz tak mau kejasama dgn umno.
    Hadi baik2 dgn umno.

    Sapa antara keduanya yg tak betol?

    BalasPadam
  6. Nik aziz bekejasama dgn dap.
    Hadi tak nak kejasama dgn dap.

    Mana satu antara keduanya yg betol? Mana satu yg bangang??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nik aziz betul..hadi yg bangang

      Padam
    2. Nik Aziz tak mahu masuk tong taik.
      Tapi haji hadi la ni seronok nak masuk tong taik..
      Itu bezanya

      Padam
    3. Zaman Nik Aziz..hasilnya bukan Islam mula rapat dgn Islam..
      zaman hadi.. hasilnya bukan Islam jauhkan diri dari Islam..
      yang mana satu betul?

      Padam
  7. punoh legasi tuan guru sebab hadi barua pengkhianatttttt....

    BalasPadam
  8. Setelah lebih 6 dekad kewujudannya, sepatutnya semakin matang, semakin kenal dunia politik, jika kelapa tua semakin lemak berkrim santannya. Maka tentulah ianya semakin digemari, semakin disukai, tetapi.... sayang 1001 x sayang, udah ler menggunakan jenama yg syumul, suci utk mendekati insan2 bagi menyokongnya, tapi la ni ianya benar2 menginsafkan kita yg pernah menyokong dan mendokongnya. Namun tiada kekesalan lantaran kita pernah bersamanya dahulu, bersama berkorban biarpun hanya sekedar memacak sekeping dua bendera, menderma sekedarnya dlm tabung semasa ceramah. Namun kita puas, kita ikhlas. Tapi itu dahulu.....La ni, selepas kemangkatan TGNA, ia telah membawa bersamanya parti pas yg dahulu bersemadi bersamanya dialam barzah itu, yg tinggal kini adalah parti baru, dan parti ini aku berjanji pada diriku, tak mungkin aku serta pamili aku memangkahnya. Ia adalah sebuah parti yg mendokong pemerintah yg selama ini kita tentang sejak lama dahulu.

    BalasPadam
  9. Pemimpin Pas terkeliru akibat maklumat salah ustaz2 muda yg baru nak merasa kesenangan dunia.

    Maklumlah, mengaji di Mesir dulu mana ada mewah2.

    Sekarang le boleh try kereta beso2.

    BalasPadam
  10. Dasar hadi celaka..inilah setan bertopengkan manusia..cintakan dunia..

    BalasPadam
  11. Syukurlah PAS memilih tidak bersama DAP yg diiktiraf oleh parti pembangkang lain melalui:

    1. Kaki kelab malam menerajui Maqasid Syariah.

    2. Kafir mengetuai mesyuarat tapis fatwa.

    3. Kafir mengetuai penentangan kpd RUU 355.

    4. Kafir dan munafik mahukan Dr Zakir Naik ditangkap.

    5. Hak golongan LGBT utk bekerja demi menyara "pasangan hidupnya" diperjuangkan.

    Keh keh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah PAS memilih UMNOBN yang berkuasa di belakangnya tapi tiada kuasa mengawal:
      1. Ada Perasuah Tegar
      2. Melaksanakan Syariah yang telah diluluskan kerajaan negeri seperti di Terengganu.
      3. sepatutnya berkuasa mengawal gejala social yang ada spt LGBT,zina dll.
      4. berkuasa mengubal undang2 murtad dsbg.
      5. sepatutnya mengembalikan hak2 keistimewaan orang Melayu seperti biasiswa pelajar melayu.
      Banyak lagi sory penat menaip.

      Padam
    2. Mana yg menuruti alQuran? Memilih pemimpin Muslim atau pemimpin Kafirun?

      Padam
    3. kalau menurut Al Quran itu faham syeikh tapi...
      Kalau anda berada di kawasan undi antara DAP dengan MCA apakah pilihan anda?
      -DAP terkenal dengan intergriti
      -MCA terkenal bersama kerajaan tidak berintigreti.
      mereka semua ini diatasnya Pemimpin Islam Yang Dipertuan Agong so apa jawapannya?

      Padam
    4. Kalau saya berada dalam situasi itu saya mungkin memilih memboikot kerana kedua2nya sekarang ni sedang bersaing siapa yg paling anti Islam!

      Padam
  12. X payah gebang pasal islam la..kalau yg kena tangkap rasuah semuanya melayu islam..islam jd kambing hitam..yg si lebai pun sokong kerajaan yg tiada integriti..dasar lebai bangsat..mkn duit haram 90juta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yg buat fitnah lagi bahaya kpd Islam spt fitnah RM90 juta ini!

      Padam
    2. saman aje la.. senang.. kenapa takut saman?. berani kerana benar.. walaun kena belajar2 guna otak.. jgn taksub membb buta..

      Padam
  13. harap pengundi2 di sabah dan sarawak sedia berubah. pakatan harapan kena perbanyakan usaha di kedua negeri ini. itu saja talian hayat putrajaya yg ada.. bye bye najib..

    BalasPadam
  14. eloklah pakatan kalah...sampah masyarakat

    BalasPadam
  15. pakatan ni hanya memecahbelahkan orang melayu...

    BalasPadam
  16. Sebenarnya jika pemimpin itu islam, tiada zalimnya. Kalau ada zalimnyapun sesekali sahaja kerana selaku manusia, tak lekang dari kesilapan. Tapi kalau sudah sentiasa zalim, bagi sy islam yg diragui.....

    BalasPadam
  17. yg BETULnya,semasa Tuan guru nik aziz jadi Mursydul am,dia tak pakai kete Porse,tapi zaman Hadi Mursydul am,pakai porshe,pastu nafikan pulak,bila ditunjukkan bukti,dia kata anaknya pakai...INI MACAM ULAMAK BOLEH PAKAI ka..HABIS UGAMA ISLAM JADI TUNGGANG LANGGANG...Bila najib uruskan orangnya beli rumah/kereta untuk bini kedua president PAS,..ITULAH SEBAB GENG2 ULAMAK PAS,BERSAMA NAJIB/UMNO..Sebab mereka semua seudah di JERAT DGN KEMEWAHAN DUNIA. YG jadi macaiii.walaunta kat bawah ni,tarafnya hanya pacak bendera dan pegi demo ru355 sahaja.

    BILA NAK SAMAN 90JUTA TU!!!!!SAMAPAI KIAMAT KA!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan dakwaan kpd PAS tanpa bukti ni oleh para munafikun memang berlambak. PAS hanya perlu menunggu aje bukti2 dikemukakan termasuk dakwaan UG!

      Padam
  18. Salam' saya Delfiyanti. Kebetulan saya disini Cuma mau Berbagi saran' Bagi Teman-teman yang lagi ada masalah.Faktor Ekonomi atupun Masalah Hutang piutang. yang sedang jadi beban pikiran dan sulit untuk di selesaikan Silakan Hubungi Nmr ini.
    (082 344 445 588) atas nama Mbah Jonoseuh. Silahkan minta bantuan Sama Mbah dan sampaikan keluhkesah anda sama Beliau. Karna Bantuan Mbah Jonoseuh sudah saya buktikan sendiri Selamah ini..
    Dan Untuk Bantuan yg Biasa Mbah jonoseuh berikan Yaitu

    ANGKA TOGEL
    PESUGIHAN
    DANA GHAIB..
    Dan masih banyak Bantuan yg lainnya.
    Terimah kasih silaka anda coba Dan Membuktikan sendirih..!!!

    BalasPadam