RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 27 Julai 2018

RAFIZI, ANAK DIDIK ANWAR YANG 'NAKAL' TETAPI BIJAK


Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Presiden Keadilan di dalam pemilihan Parti Keadilan pada bulan September nanti, setakat ini belum ada mana-mana Negeri atau Cabang Keadilan yang menerimanya dengan berat hati, bahkan hajatnya itu disambut dengan penuh kegembiraan dan bersemangat sekali oleh ahli-ahli Keadilan keseluruhannya.

Tidak terbayangkan oleh kita, Keadilan yang dipimpin oleh isteri beliau Dato' Seri Wan Azizah semenjak tahun 1999 telah berjaya mengharungi berbagai rintangan dan dugaan dan akhirnya muncul sebagai parti yang paling cemerlang melalui keputusan PRU14 yang lalu, tentulah parti keramat yang wujud atas semangat reformasi yang dibawa oleh suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim akan lebih gemilang dan terbilang lagi apabila parti ini diambil alih oleh bakal PM yang ke 8 itu nanti.

Kesedian Kak Wan untuk memberi laluan kepada suami tercintanya untuk bertanding jawatan Presiden parti sekali lagi membuktikan keikhlasan dan kekuatan jiwa dan pengorbanan beliau demi parti. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Kak Wan tanpa memikirkan kepentingan dirinya. Beliau sedar, sudah sampai masanya 'baton' diserahkan kepada Anwar kerana Anwar juga telah berkorban segala-galanya untuk rakyat dan parti tercinta ini.

Saya menjangkakan, hampir pasti Anwar akan memenangi pemilihan kali ini tanpa bertanding. Sejarah akan tercipta apabila Anwar dinobatkan sebagai Presiden Keadilan dan kemungkinan jawatan Ketua Umum bakal dimansuhkan. Apabila Anwar berada di posisi itu kelak, saya yakin parti ini akan lebih kuat dan bersatu padu. Kekuatan parti ini juga akan membantu kekuatan Pakatan Harapan sepertimana Anwar berjaya menyatukan dan memperkuatkan Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Persoalannya, siapa akan berada di sebelah beliau selaku Timbalan Presiden? Sudah pasti ini satu persoalan yang menarik kerana Keadilan memiliki terlalu ramai tokoh yang berwibawa di kalangan tua, pertengahan dan golongan muda. Namun demikian, dua sosok tubuh di dalam Keadilan iaitu Timbalan Presiden sekarang, Azmin Ali dan Naib Presiden iaitu Rafizi Ramli adalah nama-nama yang disebut untuk bersaing bagi merebut jawatan nombor dua di dalam parti.

Azmin memiliki kelebihan sebagai bekas MB Selangor yang berjaya mempertahankan negeri yang terkaya itu selepas beliau menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim sehingga mencapai kemenangan besar di Selangor pada PRU14 baru-baru ini. Apatah lagi sekarang beliau dilantik sebagai Menteri Ekonomi di dalam kabinet Tun M. Bermodalkan sebagai bekas MB dan Menteri kanan, kekuatan dan pengaruh beliau idak boleh dipandang sepi.

Rafizi Ramli, seorang tokoh yang menjadi idola ramai anak muda merentasi kaum dan parti. Beliau dipilih menjadi Naib Presiden Keadilan bukannya melalui lantikan. Ada yang menyebut, sekiranya beliau juga berpeluang untuk menjadi MB di Selangor, beliau juga mampu mengukir nama yang hebat kerana beliau seorang anak muda yang kreatif, bijak serta berani. INVOKE, merupakan hasil dari kreativitinya untuk menentukan strategi menentang rejim yang memerintah waktu itu dapat diperbagaikan. Tidak hairanlah INVOKE sentiasa menjadi sasaran pihak musuh kerana mereka tahu strategi ini bisa melemahkan mereka.

Seorang pendebat, kritis dan 'budak nakal' yang kadangkala membuatkan Kak Wan pening kepala dengan gelagatnya. Di sebalik 'kenakalannya', tersembunyi seribu kebenaran. Oleh kerana memperjuangkan kebenaran itu, Rafizi sanggup menghadapi risiko besar samada dipandang serong oleh beberapa pimpinan parti atau dijadikan mangsa kezaliman oleh sang Penguasa waktu itu. Berbelas kes mahkamah beliau hadapinya dengan tenang dan beliau rela terpelanting dari menjadi calon PRU14 baru-baru ini demi memperjuangkan prinsip beliau iaitu menentang kemungkaran Kleptokrasi.

Bukan sahaja melalui INVOKE yang beliau bina atas titik peluh dan wang ringgit sendiri serta bantuan dari rakyat yang bersimpati, Rafizi juga banyak menghabiskan masanya menjelajah ke setiap pelusuk negeri terutamanya di kawasan-kawasan Parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Harapan sebelum PRU14 yang lalu. Bahkan, beliau dilihat seolah-olah tidak serius untuk bertahan di Parlimen Pandan kawasannya sendiri tetapi sanggup membantu rakan-rakan di kawasan lain. Alhamdulillah, masyarakat di Pandan memahami perjuangan beliau dan redha dengan usaha yang beliau lakukan. Buktinya, rakyat di Pandan terus beri sokongan kepada Pakatan Harapan dengan majoriti yang besar kepada Kak Wan pada PRU14 yang lalu.

Sikap kritikalnya terhadap sesuatu perkara sukar untuk beliau tinggalkan. Beliau banyak mengkritik dan mendedahkan berbagai kepincangan kerajaan terdahulu seperti skandal NFC, Tabung Haji, KWAP, LTAT, Felda dan berbagai lagi skandal termasuk skandal terbesar iaitu 1MDB yang hingga kini di dalam siasatan. Kebanyakan isu-isu ini didedahkan dengan berani oleh Rafizi sehingga beliau terpaksa berdepan dengan mahkamah dan terpaksa lupakan dahulu Kerusi Parlimen Pandan. Baginya menjaga hak rakyat seluruh negara itu lebih penting dari menjaga kepentingan dirinya di Pandan.

Kritikan beliau bukan sahaja kepada pihak lawan. Beliau juga mahu partinya dan Pakatan Harapan tidak lari dari landasan. Beliau tidak takut untuk menegur mana-mana pimpinan parti yang beliau rasakan perlu ditegur. Beliau juga sanggup menerima teguran dari orang lain. Bahkan, kita masih ingat selepas PRU14 dan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya, beliau adalah orang yang pertama menegur PM, Tun M sewaktu PM mengumumkan senarai Menteri di Kementerian terkanan. Teguran beliau jika dilihat dari sudut positif, ianya memang wajar kerana Pakatan Harapan perlu kekalkan prinsip rundingan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Sepertimana teguran yang beliau buat itu secara positif dan jujur, begitulah juga Tun M menerima teguran tersebut secara positif.

Begitulah sedikit gambaran yang sempat saya fikirkan di dalam penulisan ini berkaitan Rafizi Ramli. Tidak ramai tokoh politik yang ada karisma seperti beliau. Seringkali beliau ditegur oleh Anwar kerana 'kenakalannya' tetapi Anwar tidak dapat menyembunyikan kehebatan anak muda kelahiran Terengganu ini. " Beliau anak muda, semangatnya lebih dan sedikit 'nakal' tetapi beliau budak bijak dan tidak harus diketepikan pandangannya". Itulah kata-kata yang pernah Anwar luahkan tentang anak muda ini.

Keadilan tentunya bertuah memiliki tokoh hebat seperti Anwar Ibrahim yang tiada sesiapa boleh mengatasi pengalamannya sebagai tokoh politik yang telah diuji dengan fitnah sepanjang lebih separuh dari usianya. Keadilan perlu kepada sosok tubuh seperti Anwar, kalaupun tidak sehebat ujian yang dihadapi oleh Anwar, tetapi sekurang-kurangnya mesti ada pengganti yang berprinsip, bijak dan berani seperti Anwar. Pada saya, merit itu ada pada Sdr Rafizi Ramli.

28 ulasan:

  1. Ayat "beliau budak yg bijak"..adalah ayat yg sama digunakan pak lah backing budak tingkat 4 satu ketika dulu. Kenapa harus diganggu azmin ali? Dulu masa mula2 azmin ali pegang jawatan mb selangor ganti khalid ibrahim, ramai yg musykil kebolehan beliau. Sekarang, terbukti pencapaiannya membanggakan. Dari segi kerja dan politik. Bersabarlah rafizi..adakalanya kamu nampak gelojoh dalam tindakan. Apa alasan nak rebut jawatan timbalan presiden?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jaga-jaga bontot kamu,pizi...nanti kena rodok plak...

      Padam
  2. Anon 2:27, apa hal pula ni, saudara? Sedap mulut betul kamu mengatakan Rafizi gelojoh, ya. Apa sebenarnya niat kamu? Nak memecahkan PKR? Rilekslah. Biarlah Rafizi bertanding. Semarakkan demokrasi. Buanglah perangai buruk yang ada DNA UMNO/BN tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. DNA PKR hasil kacukan DNA UMNO ngan DNA PSRM.. DNA UMNO yang terserlah nyer.. lagi mau kencing...

      Padam
    2. azmin ada dna umno tetapi rafizi tiada langsung...itu kelebihan rafizi

      Padam
    3. Rafizi Pondan apa ke bagus sangat kaki kencing dan fitnah...mulut longkang...cepat naik kerana mulut longkangnya

      Padam
  3. Amboi mahligai seni....melenting begitu sekali....guano gamak...orang sekapong ke sedara mara....he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama segetong..

      Padam
    2. Rafizi disokong Anwar VS Azmin disokong ayah angkatnya(Madey)...kita tengok sapa yg kena...

      Padam
  4. Jangan ada sifat seperti umno. ketua perlu dipertahankan...biarlah dia nk bertanding jadi apa. Itu tak penting kerana perlu buktikan dalam PKR tak ada puak2 dan jugak kroni2 ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu dari origin nya dari situ..
      Guper tu ler perangai nyer..

      Padam
  5. Bukan nak promote rafizi..memang byk bdk2 muda.. idola dia org rafizi..rupa kehidupan dr sekolah lagi..hingga dia masuk keadilan.. dia org lagi tahu dr aku.. yg dah berusia ni..rupanya INVOKE memainkan peranan penting dlm pru 14 itu hari.. walau pun kajian tak 100% tepat..tp byk di belakang kajian itu di guna pakai.. aku rasa kajian INVOKE pru dulu tu.. yg menyebabkan rafizi.. berani bertanding tim presiden.aku pun terfikir.. bagaimana cara azmin melawan rafizi..dgn cara rafizi politik alaf baru..bagaimana obama kulit hitam pertama jadi presiden di usa..cara2 begitu rafizi.. lakukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. INVOKE: PAS dapat telur pada PRU14..
      hihihohihihihih..
      Membodek bodek jer tuuu..

      Padam
  6. Nakal yer..
    Nakal ada makna tuu

    BalasPadam
  7. Islam tak menentang pun demokrasi..Sebab tu bila disebut pemilihan parti, maka akan ada yg tampil utk bertanding...matlamatnya supaya kita dapat memilih yg terbaik utk satu2 jawatan..kenapa Tanpa nama atau si Anon ni nak melalut?

    BalasPadam
  8. Ya.rafizi perlu menang atas prinsip2 yg dipegang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nuar-Fizi... gandingan sensasi...
      #bijaknakalgebu

      Padam
  9. Kalau rafizi kalah, boleh ke anwar jangan buat lawak lantik dia pegang jawatan lain? Yang kalah harus terima kekalahan. Tak guna esok lusa kalau rafizi kalah, anwar lantik dia jadi setiausaha agung pkr, hari-hari kerja rafizi hentam azmin ali. Maklumlah sebab tiada tugas lain.

    BalasPadam
  10. raikan demokrasi. Kalau Rafizi kalah, Anwar lantik apa2 jawatan rasanya x jadi masaalah. Baik Azmin maupun Rafizi ada kelebihan masing2. Rugi jika kebijakan antara mereka berdua di sia-siakan kerana tidak sehaluan dlm mengemudi parti. Masing2 kena buang ego demi parti dan rakyat yg menyokong perjuangan.

    BalasPadam
  11. Kahkahkahkahkah...
    kecoh....

    BalasPadam
  12. pro mahadir vs pro anuar...

    BalasPadam
  13. Apa perlunya Anwar memberi restu kepada Pizi untuk bertanding jawatan tu kalau tidak untuk mencantas pengaruh Tu M dalam PKR. Kalau Azmin mempertahankan jawatan tu, pastinya ia adalah sesuatu yang ditunggu2 bukan saja oleh ahli2 PKR tetapi juga oleh rakyat Msia. Kartel Azmin nampak kelangsungan mereka dalam PKR bukan jika Azmin terus jadi Timnbalan Presiden, tapi sebagai presiden parti tu. YB Zuraida sebagai penyokong kaut Azmin beria2 mendesak aagr Azmin bertanding melawan Anwar dan pastinya ahli2 kartel tu juga akan menawarkan diri bertanding jawatan timbalan, Naib presiden, ketua wanita serta ketua pemuda. Calon2 telah diatur sejak lama lagi , lobi dalam kalangan grass root telah dilakukan dengan giat.. menunggu masa untuk bertanding aje. Tun M nampak jika Azmin bertanding presiden dan menang, kedudukan dia sebagai PM tidak akan dicabr oleh sesapa pun. Azmin yg juga proksi Tun, jadi presiden PKR aakn melenyapkan sebarang tuntutan dari ahli2 PKR ke atas jawatan PM ke 8. Azmin bakal jadi TPM, ganti Kak wan dan seterusnya PM in waiting. Anwar...terus lenyap dari persada politik negara dan takkan bangkit selama2nya.

    BalasPadam
  14. #sokongrafizi
    #pintarnakalgebu

    BalasPadam
  15. Halo,
    nama saya ialah Siti Aminah dari Indonesia, saya cadangkan semua orang di sini harus berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang sebenar dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang kerana berada dalam hutang.

    Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat seorang kawan yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat dipercayai iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam Kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut ketika memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Alicia Radu

    Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda harus menganggap diri anda sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain selepas anda menerima pinjaman anda.

    BalasPadam
  16. Abang semakin cuak dan gelisah,maka lahir ucapan yg bermakna yg tersurat dan tersirat didalamnya....

    1.Yg tersurat.."saya akan bersama dan menyokong pembangkang jika kerajaan yg adasekarang melakukan rasuah dan tidak amanah"

    2.Yang tersirat..."saya akan menyokong dan bersama pembangkang jika Tun Madey tidak melepas baton PM dan melengah-lengah serahan jawatan PM kepada abang Non.

    Banyak tindak-tanduk Tun Madey meresah dan melukakan abang Non antaranya...

    1.Tindakan Tun Madey melantik Tun Daim sebagai Penasihat Kerajaan yg dulu abang Non sifatkan Tun Daim sebagai org paling korup di Malaysia

    2.Tindakan Tun melantik Tan Sri Rahim Noor sebagai kosulat mengenai hubungan Malaysia-Thailand kerana dahulunya Tan Sri Rahim Noor melepuk mata Abang Non sampai Lebam.

    3.Tindakan Tun Madey melantik Azmin Ali,seteru politik dan org yg tidak disukai abang Non dalam PKR kedalam beberapa jawatan penting dalam kerajan dan GLC

    4.Yg terbaru,tindakan kerajaan memberi kontrak pembekalan petrol dan diesel kepada syarikat Petron milik anak Tun Madey yg pernah dikutuk habis-habisan oleh abang Non.

    Semua tindakan Tun Madey meresahkan dan melukakan hati dan tahap kejantanan abang Non. Janji Tun Madey untuk melepaskan baton PM boleh saja dimungkiri dan diserah kepada org lain terutama kepada anak angkat Tun Madey

    Situasi ini meresahkan dan buat abang Non cuak...ini tak boleh jadi ni...maka terpacul abang Non untuk menyegera utk menjadi ahli parlimen seboleh2 dlm bulan oktober ini...mana tau Tun Madey mungkir janji ataupun Tun Madey meninggal mengejut...tentu saja jawatan PM diserahkan pada org paling kanannya.

    Sama-sama kita tengok drama terhebat abad ini...kita tengok sapa yg kena...

    BalasPadam
  17. Kenyataan terbaru daripada peguam Tan Sri Shafie Abdullah bahawa Tun Madey memain peranan yg penting dalam usaha memenjara Abang Non dalam kes liwat kedua itu

    BalasPadam