RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 19 Julai 2019

ADAKAH PELAKU DI DALAM VIDEO ITU JUGA DIUPAH?


Saya membaca kenyataan KPN di dalam Malaysiakini yang menyatakan bahawa terdapat bayaran upah melibatkan ratusan ribu ringgit bagi menghasilkan video Sandakan yang diviralkan itu.

Lojikkah untuk merakam atau menghasilkan video berkenaan dibayar upah? Jawapannya lojik kerana manusia boleh diupah untuk berbuat apa sahaja samada bertujuan baik atau buruk. Tidak mustahil orang yang merakam atau mengedarkan video berkenaan diupah walaupun mengikut kata Haziq, beliau adalah di dalam video itu dan pasangannya "Anymous" yang menyerupai seorang menteri kanan itu sendiri merakamkannya untuk simpanan peribadi.

Soal merakam dan mengedar video berkenaan memang lojik jika dikatakan telah dibayar upah. Pihak PDRM tentunya ada bukti kuat untuk mengatakan terdapat upah ratusan ribu ringgit dan menjadi tanggungjawab PDRM untuk menahan dan membawa pihak yang membayar upah dan menerima upah itu ke muka pengadilan. PDRM tidak boleh berhenti setakat mengumumkan sahaja.

Sekiranya pembuat video itu diupah, bagaimana pula 'pelakon' yang terdapat di dalam video yang disahkan ketulenannya itu? Apakah kedua-dua pasangan itu juga turut diupah melakukan aksi jijik berkenaan? Jika diupah juga, apa tujuan mereka? Saya rasa tidak masuk akal 'pelakun' di dalam video itu diupah hanya untuk mengaibkan diri sendiri. Jika tidak diupah tetapi telah dikhianati kerana aksi mereka telah dirakam curi, adakah perbuatan mereka itu tidak salah? Melakukan perbuatan sumbang sesama jenis tetap satu kesalahan samada diupah mahupun tidak.

Orang ramai sekarang berfikir adakah perbuatan sumbang itu benar-benar berlaku dan siapa mereka? Jika dikatakan perbuatan seperti yang Haziq dedahkan itu tidak berlaku, maka tidak timbul isu diupah. Mahu upah apa jika benda itu tidak wujud? Tapi, pihak Polis kata ada upah. Ertinya memang wujud. Andainya kita berfikir bahawa ada upah dibayar untuk cipta video palsu atau 'fake', bagaimana pula dengan kenyataan yang sebut video itu tulen? Tulen bermakna tidak fake.

Orang ramai tidak kisah samada perbuatan itu dirakam curi atau sengaja dirakam. Perbuatan haram tetap haram samada diupah atau tidak. Yang memberi upah, yang menerima upah dan paling penting yang 'beraksi' itu mesti dibawa ke muka pengadilan. Ini satu tanggungjawab pihak berkuasa untuk mencari jawapannya tanpa rasa takut dan bimbang. Selagi isu ini tidak mempunyai jawapan dan kesudahan, maka fitnah akan berleluasa.

6 ulasan:

  1. Kita mahu pemimpin yang bersih. Bersih dari semua sudut. Bukan bersih dari satu aspek sahaja.

    BalasPadam
  2. pi tengok madame taussaud. semua muka bolih buat asal ada bararan

    BalasPadam
  3. video bukan fake tapi actor nya fake.

    BalasPadam
  4. Suruh je la azmin dan anwar buat kenyataan terbuka bahawa mereka tidak pernah sekali pun memasukkan zakar mereka ke dalam dubur mana-mana manusia sama ada lelaki mahupun perempuan sepanjang hidup mereka.

    Tak payah bersumpah pun, cukup hanya kenyataan. Letih la ayat-ayat politik 'ini fitnah jahat', 'ini cubaan mematikan kerier politik saya', etc. Tak payah datangkan bukti pun. Sumpah dan bukti pakai la masa kat mahkamah.

    Simple je woi

    BalasPadam
  5. Bila Ayat AlQuran dipermainkaan..!! Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memetik sebaris ayat suci al-Quran yang diterjemahkan maksudnya kepada pengikut akaun Twitter untuk tatapan umum.

    Timbalan Presiden PKR yang sedang berdepan tuduhan fitnah hubungan seks sejenis berkongsi mesej al-Quran yang menjelaskan mengenai pentingnya menolak tuduhan dusta dan berbaik.

    Ia merupakan "ayat 12 daripada Surah An-Nur bersempena solat Jumaat dengan hashtag #TwitJumaat#JumaatSA atau #Sayyidul Ayyam yang membawa maksud Penghulu segala hari.

    Ayat terjemahan itu berbunyi “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata:” Ini ialah tuduhan dusta yang nyata” (An-Nur:12)#JumaatSA.

    Bila kemaruk kuasa ... persoalan ayat ini ada lelaki dan perempuan.. bukan sesama jantan atau sesama perempuan..!!

    Dalam video itu jelas sesama lelaki .. homosex dari Bangsa Sodom..!!

    Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kini berdepan tekanan daripada pucuk kepimpinan yang mana beberapa pemimpin dan penyokong mula mendesak beliau letak jawatan atau bercuti sementara siasatan berlangsung

    BalasPadam
  6. Filem P.Ramlee 3 Abdul (kebetulan IGP pun ada nama Bedul jugak kikiki..) sesuai sangat dengan senerio politik Malaysia.

    Bahana IGP Jadi Perkakas Politikus Usang Dan Kuno dan outdated. Inilah yang akan berlaku apabila si Bedul menjadi barua ahli politik usang, kuno dan outdated.

    Anda akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya *(seperti cerita Tiga Abdul ketika Abdul Wahub lakonan Allahyarham P.Ramlee membunyikan loceng untuk memanggil khadamnya).*

    Apabila Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid Bedul pun kena buat apa sahaja, asalkan ikut nafsu si renta politikud usang, kuno dan outdated termasuk menyelamatkan Azmin. Dan itulah apa yang Hamid Bedul buat dengan begitu patuh sekali.

    Dailog 3 Bedul (Tipah Koyak AG dan IGP) jerit Si renta politikus kuno outdated


    Politikus Kuno : Khadammmm semuaa..!!! sila turun srkaranggg..!!

    3 Bedul bergegas turun tangga sambil berebut turun jatuh ke lantai

    3 Bedul : Ya Tuan politikus kuno..!! Ada apa tuan politikus kuno..

    Politikus Kuno : Kau pergi rumah jemin sekarang dan kau orang suma cakap sama dia ... wahai wak jemin selagi kau jilat bontot aku kau selamat wahai wak jemin... Pergiiii nowwee...!!

    3 Bedul : Baik lah politikus kuno outdated intan payung kunyit itam hawaw merecik masam..

    Politikus Kuno. : Khadam semua pergiii srkaranggg.. lembab bodoh punya khadam makan gaji buta saja...

    3 Bedul. : Baik lah tuan politikus kuno.. kami khadam bodoh bangang mohon pergi dolu...!!

    Sambil 3 Bedul berebut keluar pintu rumah si politikus usang kuno outdated jerit lagi


    Politikus Kuno. : Wooiii khadam bodoh semua ... dah jumpa wak jemin .. kim salam kat Anwar Aljuboori dengan pesanan kat Aljubori... "Jangan Mimpi nal jadi PM..!!" lagi satu jangan lupa pergi sana bawa panji kunyit itam sekali... Ada Fahammmmm khadam semuaa..!!!


    3 Bedul. : Faham tuan politikus kuno usang outdated ..kami bawa skli panji kunyit hitam hawaw merecik masam..



    kikikiki... pantun tak ada ari ni dialoug ajer ari nih...




    miajalipahJR

    BalasPadam