RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 21 November 2019

KEKALAHAN PH DI PRK TG PIAI MENUNJUKKAN ADA 'PRIMA FACIE" PERLUNYA PM 8 SEGERA


Terlebih dahulu tahniah kepada BN dan Pas yang telah berjaya melalui calonnya dari MCA di PRK Tg Piai. Syabas kepada parti-parti berkenaan kerana telah berjaya menambah satu Kerusi Parlimen untuk wakil MCA dan berjaya mengurangkan satu Kerusi Melayu Islam di Parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Almarhum Md Farid (Bersatu).

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (MCA) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi seperti yang telah diumumkan beberapa jam yang lalu di mana beliau telah memperolehi 25,466 undi daripada 128 saluran undi. calon PH, Karmaine Saidini (Bersatu) hanya memperoleh 10,380 undi.

Terbukti, setakat ini SPR telah berjaya mengendalikan pilihanraya dengan adil. Kerajaan PH tidak tergamak untuk gunakan SPR hanya kerana mahu kemenangan. Syabas, media perdana kerajaan juga tidak berbuat apa-apa untuk menangkis propaganda Pembangkang dan berkelakuan seperti 'malaikat'.

Syabas tidak terhingga kepada pengundi-pengundi tua di Tg Piai terutamanya yang berugama Islam kerana mereka akan dapat pergi umrah tidak lama lagi seperti yang dijanjikan oleh calon MCA. Paling penting, sekiranya ada usul berkaitan pemantapan atau dasar tulisan jawi mahupun RUU Akta 355 yang akan dibawa oleh kerajaan PH di Parlimen nanti, satu suara menentang dari wakil MCA ini sudah tentu menggembirakan buat Umno dan Pas. Kita tahu pendirian MCA di dalam isu ini.

Bagi PH pula, isyarat telah diberikan oleh rakyat di Tg Piai. Sebagaimana kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, kekalahan PH kali ini adalah untuk kita bermuhasabah tentang dasar-dasar dan janji-janji PH. Anwar hanya boleh beri pandangan termasuk di Parlimen kerana beliau hanya seorang Ahli Parlimen dan tidak mahu menganggu tugas PM sekarang.

Sejak awal lagi saya menulis apakah wajar PM selaku Pengerusi PH termasuk perangkap perkauman Umno dan Pas apabila beliau hadir di dalam Himpunan Maruah Melayu menjelang PRK Tg Piai? Mungkin beliau merasakan dengan kehadirannya akan dapat membantu kekuatan PH terutamanya dari kaum Melayu? Jelas, PH terus hilang sokongan Melayu dan PH bernasib baik kerana terdapatnya masyarakat kaum Cina yang hanya memikirkan tentang PH dan melupakan tindakan Tun M itu lantas memberikan undi kepada calon Bersatu. Mereka berikan undi juga kepada calon Bersatu walaupun di dalam hati kecil mereka tercalar dek kerana tindakan Tun M bersama Umno dan Pas di dalam program bersifat perkauman tersebut. Nasib baik ada juga pemimpin Dap dan Anwar yang turun ke kawasan mereka untuk memujuk agar lupakan seketika rasa amarah mereka demi PH. Namun, ianya tidak cukup untuk PH kerana bukan itu sahaja isu besar yang meyebabkan PH kalah di Tg Piai.

Rata-rata impikan perubahan besar yang dapat dirasai oleh rakyat semua peringkat. Tidak perlu kita tunggu rakyat melihat Najib masuk Sg Buloh baru kita boleh menang. Rakyat mahu perubahan segera, tunaikan janji PRU14 dan jikalau tidak mampu laksanakan sekarang kerana kekangan kewangan, jangan tinggalkan terus. Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Gunakan media perdana sebaik mungkin bukan untuk menfitnah tetapi nyatakan kebenaran di samping menjadikannya saluran untuk menangkis propaganda Pembangkang.

Jika kerajaan PH sekarang ini tidak mampu lagi berbuat apa-apa, maka isyarat di Tg Piai adalah kerajaan PH perlukan nakhoda baru. Kekalahan 4 PRK di dalam tempuh setahun setengah bukan isyarat yang baik untuk PM sekarang. Sudah sampai masanya PH memikirkan untuk melaksanakan janjinya iaitu Anwar mengambil alih PM. Tidak perlu kita memaksa Tun M di dalam usianya sekarang bagi menebus maruah kita. Mungkin Tun M telah kehabisan idea sekarang dan kita perlukan idea baru. Beliau telah lakukan yang terbaik pada fikirannya tetapi tidak mencukupi kerana kunci 'reformasi' itu berada di tangan Anwar Ibrahim.

5 ulasan:

  1. Mesej Dari Tg Piai: Rakyat Sudah Muak Dengan Fitnah Jijik Dan Janji Palsu Pakatan

    “Sekarang ini PH hadapi masalah integriti yang tak dapat mereka perbaiki sebab mereka adalah sebuah parti yang naik atas dasar persepsi berbohong dan fitnah jijik..Belum lagi agenda Pluralisma Murtad COMANGO toksik@ Marina Gereja dan Syiah dilontarkan diruang ini.

    BILA FITNAH JIJIK JADI SANTAPAN
    RAKYAT SUDAH TERMAKAN UMPAN
    MAHACAI JADI KUDA TUNGGANGAN
    SKG MENDAPAT KARMA FITNAHAN

    Kekalahan PPBM disambut dengan gembira oleh penyokong pembangkang dan diketawakan oleh pemimpin DAP.

    Perut rakyat lapar, disuruh ikat, penjawat awam yang rajin dikatakan pemalas, askar yg bermatian berjuang dikatakan makan tidur, polis menjaga keamanan dituduh mainan politik. Fitnah jijik masih dijaja jadi senjata utama.

    Sepanjang 20 tahun PKR@Brother Anwar Bin Ibrahim, Tun Mahathir dan sekutu mereka mengasut dan menabur FITNAH jijik dan politik kebencian rakyat termakan hasutan.

    Sedang memcari sebab2 mengapa DAP sangat beria-ia menjadi Brother Anwar Bin Ibrahim PM ke - 8. Tentu ada sebabnya...!!?
    Perlu diingatkan supaya jangan jadi seperti Melayu PAP di Singapura yaa..!! Apa yang mereka dapat...!?

    Amerika Syarikat akan dapat pangkalan tentera di Port Dickson banyak lagi yang akan dirasakan. Haramjadah mendapat..!! Ingat lagi kah Bekas pemimpin Melayu DAP mendedahkan segala maklumat DAP bila berkuasa nanti..!!??

    Apabila berkuasa, pemimpin PH jadi lebih tamak...20 tahun dihidangkan fitnah jijik dan persepsi dng formula yang menghayalkan. Bila berkuasa semua formula, janji lansung tak mampu di terjemah kan ke alam reality.

    Baru seminggu, kes Setiausaha Politik Mat Sabu berjaya keluar dari muflis, sebanyak RM500,000 dibayar.

    Sajian kes² mahkamah yg berlambak tidakpun menggembirakan rakyat. Keputusan menggugurkan kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas, bercanggah dng Perlembagaan Persekutuan.

    Bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim, mendakwa penjelasan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Tommy tidak terbabit dalam keputusan menggugurkan kes berkenaan, bertentangan dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

    “Jika betul kata Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC bahawa Tommy Thomas selaku Peguam Negara tak terbabit dalam pemberhentian kes rasuah Lim Guan Eng dan rakannya, maka Perkara 145 dicabul."

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan terkejut keputusan, menegaskan keputusan menarik balik kes berkenaan diputuskan Pejabat Peguam Negara.

    Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan membebaskan tertuduh yang juga majikan mangsa pembantu rumah Indonesia Adelina, Ambika MA Shan daripada kesalahan membunuh menjadi tandatanya hingga kini.

    Steven berpandangan bahawa Malaysia memerlukan undang-undang baharu bagi menjaga kebajikan pekerja asing di negara ini dan menggesa agar hak asasi manusia dilindungi tanpa mengira kewarganegaraan.

    Kes kematian Allahyarham Mohamad Adib terang-terang Peguam Negara telah menggunakan ‘kedudukan’ dan ‘pangkat’nya mempengaruhi keputusan penghakiman

    Kes pegawai Salahuddin menerima jam tangan mewah, kes Pemuda PPBM mendapat imbuhan dari bazaar Ramadan, kes penjualan aset kerajaan kepada kroni PH. Ini semua telah membuka mata rakyat bahawa PH bukan mahu membantu rakyat.

    200 hari berlalu kerajaan baru buat apa? Buat hutang, jual aset, potong bantuan rakyat, tambah cukai sambil mulut tak sudah² ratib kerajaan lama jahat itu ini begitu begini. Madey ingat melayu masih bodoo mcm masa dia pm 22 tahun....dia boleh tipu dan kencing melayu sesuka hati..

    Kemenangan Barisan Nasional (BN) dng majoriti 15,086 undi, menyapu bersih kesemua pusat mengundi adalah manifestasi penolakan rakyat pada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh DAP.

    Akhirnya Karma Fitnah Jijik yg ditabur kembali pada si fitnah dan konco konco nya

    what i have done - linkin park

    https://www.youtube.com/playlist?list=RD8sgycukafqQ

    FORMULATURUNHARGA = BMF

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila Macai walaun sembang bab Janji kan. Tetiba teringat plak Kat lawak 20 sen. Buat sidang utk jilat ludah, lepas tu blah tanpa diberi peluang wartawan utk bertanya soalan...

      Padam
  2. Aku tk reti tulis panjang2 . Lagi pun panjang takut tak terbaca . Di pendikkan cerita , anwar hanya mimpi basah ja . Sebelah siang nya mandi . Begitu banyak petunjuk langsong atau tk langsong tkkan tk boleh pikir dlm benak kepala tu . Mimpi lah kamu ...

    BalasPadam
  3. Aku pun selalu gak taK tunai Janji Kat keluarga. Contohnya mcm nak ajak makan luar. Tgh kemas2 bengkel, nak balik la. HP bunyi, bang, Lori b/down Kat subang, dah call balik bini, taK bleh nak pegi, ade keje. Ayat yg selalu bini Aku cakap, kalau tak bleh nak buat, jgn Janji dgn anak2. Kekadang kita tak kecewa kan Satu org je. Kita buat Satu famly rasa mcm kena tipu... Beza keluarga Dan negara, Tapi Itu boleh buat Contoh...

    BalasPadam
  4. Itu bukan tunai janji la ngok...! ada tugas kena buat...

    yg ni selamber dog buat bangang tak tunai janji.... gaji puluh ribu dok mengangkang

    BalasPadam