RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 23 November 2019

MENGAPA REFORMIS BERKUMPUL SEKALI LAGI ?


Saya masih ingat, pada bulan Februari 2017 kumpulan reformis telah mengadakan konvensyen mereka di IDCC Shah Alam bagi menuntut pembebasan DS Anwar Ibrahim. Konvensyen julung kalinya diadakan itu tanpa diduga turut dihadiri oleh Tun M yang dilihat begitu berani untuk berhadapan dengan penyokong tegar DS Anwar.

Meskipun saya insan kerdil yang bukan dari kumpulan aktivis reformasi jauh sekali digelar Otai Reformasi, saya turut hadir ke konvensyen tersebut untuk memberian sokongan padu kepada para penyokong tegar DS Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di penjara Sg Buloh. Pada awalnya sedikit membimbangkan apabila ketibaan Tun M ke dewan itu seolah-olah tidak dialu-alukan oleh kumpulan penyokong tegar DS Anwar yang memenuhi dewan IDCC Shah Alam kerana kita pun tahu mengapa berlakunya sedemikian. Mereka tidak patut dipersalahkan kerana kehadiran Tun M pada hari itu ibarat ' luka lama berdarah kembali".

Walau bagaimanapun, para reformis masih memiliki jiwa yang bersih dan adab kesopanan yang diajar oleh tokoh reformasi DS Anwar Ibrahim. Akhirnya, mereka menyedari bahawa kehadiran Tun M ke situ adalah juga untuk membantu mereka menjatuhkan rejim zalim Umno/Bn. Kunci utama untuk membebaskan Anwar dari penjara adalah mesti jatuhkan rejim Umno/Bn terlebih dahulu. Apakah salah jika Tun M hadir untuk memberikan 'peluru' kepada kita? Apakah di kala usia Tun M yang sudah lanjut itu kita tidak memberikan ruang untuknya menebus kesilapan lampaunya? Tun M telah diberikan penghormatan untuk berucap dan saya masih ingat kata-kata Tun M pada hari itu, " Jeritan reformasi dan laungan bebaskan Anwar tidak bermakna sekiranya Umno/Bn tidak ditumbangkan".

Alhamdulillah, rejim kleptokrasi Umno/Bn telah pun tumbang pada 09 Mei 2018. Tun M telah diangkat sebagai PM sepertimana perjanjian di dalam PH. Saya tahu, para reformis terlalu berat untuk menerima Tun M sebagai PM, tetapi mereka masih meletakkan keyakinan dan prasangka baik bahawa Tun M sekarang bukan Tun M di kala tahun 1998. Mereka tahu tidak masuk akal insan yang berada di dalam penjara ketika Umno/Bn tumbang diangkat terus untuk menjadi PM. Maka, prasangka baik "husnu Zon" mengatasi segala-galanya. Para reformis berkorban demi Anwar Ibrahim.

Ahad ini (24 Nov 2019) di IDCC Shah Alam bakal menyaksikan para reformis tanahair berhimpun sekali lagi. Tidak seperti kali pertama dahulu, kali ini mereka berhimpun di saat kerajaan sekarang adalah kerajaan PH dan Anwar Ibrahim kini telah menjadi Ahli Parlimen. Mengapa perlunya berhimpun? Ya, bagi para reformis adalah reformasi sebenar kuncinya ada pada DS Anwar Ibrahim bakal PM ke 8. Tokoh yang tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan reformasi jalanan tidak akan berjaya untuk mewujudkan reformasi tulen. Bahkan, ada tokoh yang dulunya lantang menjerit reformasi dan menggertak mahu merobohkan tembok penjara untuk membebaskan Anwar, tetapi apabila diuji dengan pangkat, jawatan dan kedudukan, tokoh-tokoh ini lupa kepada agenda reformasi dan paling dahsyat sekali sanggup menghina DS Anwar Ibrahim.

Maka, konvensyen reformis ini wajib diadakan juga kerana tidak semua orang ingat kepada agenda reformasi. Para reformis ingin mengingatkan mereka bahawa pejuang reformasi tidak lapar kepada jawatan dan kedudukan, mereka cuma mahu agenda reformasi itu direalisasikan segera dan Anwar patut diberikan peluang segera untuk membuka kunci reformasi yang didambakan itu. Sekiranya para reformis sebelum ini sanggup berkorban dan memberikan keyakinan kepada Tun M untuk memimpin negara setelah Umno/Bn ditumbangkan, sudah tiba masanya Tun M pula berkorban dan memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim. Itu sahaja yang dituntut oleh pejuang-pejuang reformasi, bukannya jawatan mahupun kontrak.

Ayuh para pejuang reformasi !! Di saat Anwar diserang dari luar dan dalam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi benteng mempertahankan anak cheruk To' Kun ini. Marilah kita beramai-ramai memenuhi dewan IDCC Shah Alam bagi menyatakan sokongan padu kita kepada DS Anwar Ibrahim. Persetankan para pengkhianat yang telah buncit perut memakan laba hasil darah dan keringat DS Anwar Ibrahim.

Kita bertemu di Shah Alam. Lawan Tetap Lawan !!

18 ulasan:

  1. Jika Tun M cuba doublecross dsai sekali lg, harap majlis presiden PH tahu apa nak dilakukan. Spt kata khalid samad, MP PH yg akan menentukan siapa PM berikutnya, BUKAN Tun. Kerajaan PH bukan spt BN dan bukan milik Tun. Para pengundi pru14 AMANAHKAN kpd MP PH. Harap para reformis make it clear kpd semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis madu sepah dibuang.
      Anwar tumpang nasib TM. Tanpa TM anwar tak mungkin merasa jwtn pm. Banyak kali pru diketuai anwar semuanya gagal. TM sekali masuk terus ph menang.
      Bodoh dan bangang lantik manusia yang makan tido dalam penjara tanpa buat apa terus kepada pm.
      Semoga kalah teruk pru15.

      Padam
    2. Klu sedap sgt dok dlm penjara makan tidor sj, mai aku sumbat ko ke dlm penjara. Biar ko rasa nikmatnya. Bodoh punya macai Tun

      Padam
  2. Penipu kawan perompak.

    Alangkah malangnya, spt api dalam sekam musuh azali PKR Brother Anwar Bin Ibrahim terlalu percaya dengan insan bernama Mahathir.

    DOLU ATOK KATA 2 TAHUN AJER
    SKANG SUSAH PULAK NAK KATE
    LIDAH BERCABANG TU KO NAK CAYE..?
    PUII..! JUMPA ULAR JUMPA PARIA
    AGAK2 NAK KATOK YANG MNA DOLU YER..!?

    kikikikiki...!!

    Sudahlah wujudnya nama PKR itu adalah untuk melawan kezaliman Mahathir ketika Anwar dipenjarakan dan dianiaya seluruh keluarganya oleh insan berkuasa ketika itu.

    Tetapi melayu memang mudah lupa, Anwar mudah sangat lupa kikiki..!!, dia lupa sampai lebam biji mata dia masa dalam penjara, takkan dia sudah jadi hilang ingatan.

    Masa dia dipenjarakan kerana isu liwat, ketika gerakan ingin mendesak Najib turun pada tahun 2015 berkumandang, Mahathir menyusun perjalanan untuk menjatuhkan Najib, wujudkan PPBM, menjadi rakan parti lain, DAP, PAN, PKR, menjadi kawan dengan jenama Pakatan Harapan.

    Ikutkan kemenangan PH semasa PRU lepas adalah kerana Mahathir, tiada siapa dapat menyangkal hal ini, Anwar sedar atau tidak, mengapa Mahathir beriya inginkan Putrajaya kembali, selain berdendam dengan Najib, strategi panjang Mahathir ini adalah untuk menengelamkan terus jenama PKR dan presidennya.

    Sekarang nampak bukan PKR dalam kerajaan PH ibarat langau yang tiada apa-apa?

    Isu pecah dua antara kem Azmin dan Anwar sendiri lebih nampak akan keretakan maksimum parti PKR sebenarnya.

    Rakyat menyambut kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU ke-14 dengan sejuta harapan. Harapan mereka, Malaysia Baru tanpa kronisme, nepotisme, rasuah dan salah guna kuasa. Malaysia Baru dengan barisan Kabinet yang sangat berintegriti, berjiwa besar dan sangat prihatin masyarakat.

    Malangnya bukan itu yang mereka dapat.

    Bahkan negara sentiasa dalam keadaan bergolak. Lantaran PH juga sedang bergolak. PKR sedang bergaduh teruk sesama sendiri. Bersatu sedang diasak rapat. DAP semakin menunjukkan belang. PAN pula baru belajar cara bermesyuarat agung.

    Adakah Tun Mahathir mampu terus bertahan di dalam PH? Mampukan DAP dan PKR terus bersabar dengan karenah Tun Mahathir? Adakah Tun Mahathir akan digugurkan secara paksa? Apakah pula strategi Tun Mahathir seterusnya?

    Selamat datang ke fasa terbaru pergolakan di dalam PH.

    Buat Anwar, anda sudah nampak permainan Mahathir untuk mengenakan anda buat kali keberapa pun tidak tahu, masih tidak sedar-sedar?

    Baik jadi kayu jelah kalau tidak melawan.. kikikikikiki..!!

    Bila kepala penipu berkawan kepala perompak... lu fikir sindri ..!!

    Padan lah muko ...!!


    formulaturunharga =#bmf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku selagi anwar tak berani bersumpah laknat tak pernah suntut sepol dan memuki chinadoll aku tak pandang muka pm ke8 tu.

      Padam
    2. Kalau TM tak join ph jangan harap ph akan menang. Tiada jasa anwar dlm pru14. Dia makan tido jer dlm penjara sg buluh masa tu.
      Dia cuma tumpang nasib TM jer.
      Yg para macai dia berkokok nak TM lepaskan jawatan hanya macam ayam penuh taik di ekor.

      Padam
    3. Habis knp Tun bersepai di tanjong piai. Hebat sgt la tu. Tun tengah panas skrg. Sebab tu lah jgn angkuh sgt dan belajar merendah diri serta kotakan kata. Hentikan lu punya AUTA Tun! Hanya Allah yg berhak sombong dan angkuh

      Padam
  3. Reformis ! Reformis ! Kamu dpt apa? Bini dia 100K, anak dia-50K , Dia - 50K sebulan...Kamu dpt apa ? Melayu dgn melayu gaduh...diorang tepuk tangan...Agama,bangsa & negara..entah kemana ? Fikir...! Diorg yg kaya tttp kaya ! Engko ? !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib, kak ros, hadoi kaya raya, ko dapat apa?? Brim??

      Padam
  4. Dia org tetap kaya, kamu dpt apa?
    Mantap la 2.43 pm. Terbaik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib kaya ko dapat apa? Brim?

      Padam
  5. jangan lupo bagi liputan ari ni di sas alam .. rakam video oramg ramai dan ucapan pemimpin kita

    BalasPadam
  6. Hari ini, Anwar Ibrahim menunjukkan kepada Mahathir khususnya bahawa dia mempunyai kekuatan yang tersendiri. Malah dia turut memberikan isyarat, sekiranya Mahathir berterusan mengharapkan Azmin Ali yang semakin terpinggir dari PKR, Mahathir akan mengalami nasib yang jauh lebih teruk berbanding yang dihadapi oleh Najib Abdul Razak dan Zahid Hamidi, dua orang yang paling didendami oleh Mahathir selepas Anwar.

    Di Sarawak, Anwar Ibrahim tidak peduli dengan ugutan atau gertakan fraksi Azmin Ali terutama sekali yang melibatkan AMK. Ketiadaan Baru Bian, sekutu utama Azmin Ali di Sarawak dengan kumpulannya, tidak menghalang Konvensyen PKR Sarawak daripada berjalan lancar dan Anwar sendiri datang ke Sarawak dengan jet peribadi yang diperolehinya sewaktu dia masih berada di dalam penjara kerana jenayah liwat.

    BalasPadam
  7. Senarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatan

    PERLIS (tiada)

    KEDAH (8)

    Kulim Bandar Baharu – Menteri (PKR)
    Kubang Pasu – Timbalan Menteri (PPBM)
    Pokok Sena – Timbalan Menteri (AMANAH)
    Sungai Petani – Pengerusi BBC (PKR)
    Merbok (PKR)
    Alor Setar (PKR)
    Kuala Kedah (PKR)
    Padang Serai (PKR)

    PENANG (10)

    Bagan – Menteri (DAP)
    Tanjong – KM Pulau Pinang (DAP)
    Bukit Mertajam (DAP)
    Batu Kawan (DAP)
    Bukit Bendera (DAP)
    Jelutong (DAP)
    Bukit Gelugor (DAP)
    Bayan Baru (PKR)
    Balik Pulau (PKR)
    Permatang Pauh (PKR)

    PERAK (14)

    Parit Buntar – Menteri (AMANAH)
    Gopeng – Timbalan Menteri (PKR)
    Lumut – Timbalan Menteri (AMANAH)
    Teluk Intan – Timbalan Speaker (DAP)
    Bagan Datuk – Ketua Pembangkang (PPBM)
    Taiping (DAP)
    Padang Rengas (UMNO)
    Sungai Siput (PKR)
    Batu Gajah (DAP)
    Ipoh Barat (DAP
    Ipoh Timur (DAP
    Beruas (DAP)
    Kampar (DAP)
    Tanjung Malim (PKR)

    SELANGOR (17)

    Pandan – Timbalan Perdana Menteri (PKR)
    Shah Alam – Menteri (AMANAH)
    Kuala Selangor – Menteri (AMANAH)
    Kota Raja – Menteri (AMANAH)
    Puchong – Menteri (DAP)
    Subang – Menteri (PKR)
    Sungai Buloh – Timbalan Menteri (PKR)
    Sepang – Timbalan Menteri (AMANAH)
    Damansara (DAP)
    Hulu Selangor (PKR)
    Selayang (PKR)
    Hulu Langat (AMANAH)
    Bangi (DAP)
    Subang (PKR)
    Petaling Jaya (PKR)
    Kapar (PKR)
    Klang (DAP)

    WILAYAH (7)

    Seputeh – Menteri (DAP)
    Segambut – Timbalan Menteri (DAP)
    Cheras (DAP)
    Kepong (DAP)
    Setiawangsa (PKR)
    Bukit Bintang (DAP)
    Lembah Pantai (PKR)

    MELAKA (2)

    Tangga Batu (PKR)
    Kota Melaka (DAP)

    NEGERI SEMBILAN (5)

    Port Dickson – Bakal PM (PKR)
    Seremban – Menteri (DAP)
    Rasah (DAP)
    Rembau (UMNO)
    Tampin (AMANAH)

    JOHOR (12)

    Simpang Renggam – Menteri (PPBM)
    Kulai – Timbalan Menteri (DAP)
    Iskandar Puteri (DAP)
    Segamat (PKR)
    Sekijang (PKR)
    Labis (DAP)
    Ledang (PKR)
    Bakri (DAP)
    Kluang (DAP)
    Tebrau (PKR)
    Pasir Gudang (PKR)
    Johor Bharu (PKR)

    PAHANG (4)

    Raub – Timbalan Menteri (DAP)
    Kuantan – Timbalan Menteri (PKR)
    Temerloh – Timbalan Menteri (AMANAH)
    Bentong (DAP)
    TERENGGANU (1)

    Besut (UMNO)

    KELANTAN (1)

    Gua Musang (UMNO)

    SABAH (8 )

    Kota Kinabalu (DAP)
    Putatatn (PKR)
    Keningau (STAR)
    Ranau (PKR)
    Tenom (DAP)
    Sandakan (DAP)
    Tawau (PKR)

    SARAWAK (12)

    Selangau – Menteri (PKR)
    Mas Gading (DAP)
    Kuching (DAP)
    Sibu (DAP)
    Stampin (DAP)
    Puncak Borneo (PKR)
    Lubok Antu (PKR)
    Saratok (PKR)
    Sarikei (DAP)
    Julau (PKR)
    Lanang (DAP)
    Miri (PKR)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu benar, segera desak madey supaya berundur secara baik. Kena beri dia sedikit muka. Klu dia nak main kasar, anta pun boleh main kasar.

      Padam
  8. Kem Anwar mengatakan Azmin hanya mempunyai 99 sokongan sahaja sedangkan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang Azmin memerlukan minimum 112 kerusi parlimen.

    Ugutan Tun untuk merombak kabinet rupa rupanya adalah untuk mendesak menteri menteri dikalangan parti Amanah agar menyokongnya dan berpaling tadah kepada Anwar.

    Menurut Kem Anwar ugutan tersebut membuktikan Tun masih kekurangan sokongan dikalangan ahli parlimen.

    Sekiranya Anwar membuat undi tidak percaya terhadap Tun didalam parlimen nanti peluang untuk menjatuhkan Tun amat cerah.

    Anwar nampak selesa dengan jumlah sokongan majoriti ahli parlimen terhadapnya.

    Cuma mereka hairan kenapa Anwar masih ragu ragu untuk meneruskan konspirasi menjatuhkan Tun secara terbuka.

    Di satu sudut negara, MB perak pula terus bermaharajalela melakukan onar kerana beliau tahu Tun tidak mampu untuk menegurnya kerana nilai satu undi Ahli Parlimen adalah tersangat penting diwaktu Anwar sedang berkira kira mahu mengadakan undi tidak percaya kepada Tun.

    Perbalahan Anwar vs Tun akan membuatkan nilai ahli parlimen melonjak naik.

    Ada yang mengatakan kini nilai satu maruah ahli parlimen sudah mencecah 25juta.

    Salah satu cara untuk mengalahkan Tun adalah menyasarkan pada kehidupan mewah anak cucunya sepanjang pemerintahan. Menyerang anak cucu Tok Wan adalah peluru senyap yang menumpaskan diktator Malaysia.

    BalasPadam
  9. rombakan kabinet dapur dijangja hujung depan sidamg Apex ... hahah makna kata 10 Mei 2020 tak ada peralihan kuasa la tewwwuuww


    kikikiki... menyirap lagi darah bang non kite...!!

    BalasPadam
  10. Anowar TAKKAN jadi PM! Berangan lar selamaa 20 tahun lagi!

    BalasPadam