RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 13 Januari 2020

APA BEZA BANTAHAN PENYOKONG PH DENGAN PEMBANGKANG DALAM KES PENDEDAHAN AUDIO NAJIB?

Walaupun pendedahan oleh SPRM tentang rakaman audio percakapan yg melibatkan Najib-Rosmah serta beberapa orang penting kerajaan terdahulu adalah satu modal besar buat PH, namun ramai dari pimpinan PH sendiri merasa tidak senang dgn cara SPRM tersebut. Di kalangan penyokong PH sendiri ramai yang mendesak Latheefa Koya letak jawatan kerana peristiwa ini.

Sudah tentu Pembangkang lebih lagi. Hadi Awang macam biasa akan merapu dan terkial2 mencari dalil bahawa rakaman audio tidak boleh jadi 'saksi". Haha..bukan saksi la lebai, tapi boleh jadi sebahagian dari bukti saja.

Apa beza di antara penentang Latheefa Koya di dalam PH dengan Pembangkang? Bezanya, kami di dalam PH mahu kerajaan profesional, adil dan berintegrati. Mereka yang menentang tindakan SPRM itu di kalangan PH hanya mahu sebarang bukti yang mahu ditampilkan atau didedahkan perlulah dibuat di tempat yang betul iaitu di mahkamah, bukan di media secara terbuka walaupun tindakan itu amat menguntungkan politik PH.

Manakala, bantahan oleh Pembangkang terhadap SPRM berkaitan pendedahan rakaman perbualan Penasihat Bn, Najib dan isterinya Rosmah, bukan kerana integriti atau keadilan, tetapi kerana "malu" saja. Mereka rasa malu sebab selama ini pertahankan Najib dan menggelarnya "Bossku" , tiba2 dikantoikan oleh SPRM. Siapa sangka, "Bossku" itu ada "Boss" yang lebih power di rumahnya. Pembangkang rasa moral mereka jatuh sekarang dan pandangan rakyat kepada mereka semakin terhakis apabila Najib yang dilantik sebagai Penasihat itu rupa2nya takut bini. Bagaimana seseorang yang "wala'" kepada bini boleh dilantik untuk menasihat parti? Ini yang memalukan Bn, sebab itu mereka bantah.

Di zaman Bn perintah, apa yang tidak mereka dedahkan di media secara terbuka kepada rakyat untuk memalukan musuh2 politik mereka? Tilam, cadar dan bantal dgn tompokan air mani pun mereka usung dan tayangkan di TV untuk menfitnah lawan politik mereka. Video hitam putih yang digunakan untuk fitnah Anwar pun mereka jadikan bahan utama di dalam TV dan akhbar. Berulangkali mereka tayang di media2 kawalan mereka. Sekarang, bila terkena di atas batang hidung sendiri, baru mereka kenal apa itu "keadilan"?

PH, di dalamnya masih ada pimpinan dan penyokong yang akan terus mengkritik sebarang tingkah laku yang tidak betul oleh kerajaan meskipun dari segi politik ianya menguntungkan PH. Kami tidak wala' seperti walaun yang wala' kepada lebai Hadi.

3 ulasan:

  1. TILAM BANTAL AIR MANI BERTOMPOK KERJA ATOK
    FAKTA BANGANG MCM NI PUN KO NAK SPIN KEWW..!?
    KO ORANG TAK PUAS ATI NGAN ATOK KAU KANNN..!!
    ACAH2 POWER BANG NON ATOK BUAT BANGANG LEWWW..!!

    kikikikiki.... ko tak puas ati kat atok pasal peralihan kuasa ko gebang pasal bossku... kikikiki..

    BAHANA ATOK RENTA@FOSSIL PURBA PUNYA KUASA
    ACAH2 POWER JMBATAN BENGKOK BUAT2 LUPA
    ACAH2 POWER SUMA NEGARA ATOK CARI GADOHHH SAJA..!!
    ACAH2 POWER FOSSIL PURBA KUASA PIBG LAGI POWER GILER



    KIKIKIKIKI...


    FORMULAACAHPOWER = HAAH TEPUK + BMF

    BalasPadam
  2. Azmin dibebaskan dr sebarang tuduhan liwat, nampaknya Anwar nak jadi PM semakin kelam.

    BalasPadam
  3. Atuk memang lupa daratan bila dikelilingi oleh kroni2 yg tamak haloba. Tak pernah bersyukur dgn pemberian reziki dari Allah. Dosa dan pahala tak kira walau pun di hujung usia.

    BalasPadam