RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 13 Februari 2020

MENJAWAB HUJAH DR MAZA BERKAITAN JANJI PERALIHAN KUASA PM

Kita tahu Dr Maza bukan orang politik, beliau hanya seorang Mufti. Tidak salah seorang Mufti mahu berbicara soal politik kerana politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Cuma, agak pelik sejak kebelakangan ini selepas PH menjadi kerajaan, suara Dr Maza lebih banyak bercakap soal politik sehingga kita terlupa beliau seorang Mufti. Bahkan, suaranya tentang politik lebih lantang berbanding sewaktu beliau berada di situ di bawah kerajaan Kleptokrasi.

Perubahan ini terjadi kerana di bawah kerajaan PH, keterbukaan untuk bersuara itu diberikan jauh lebih baik berbanding di era kerajaan Kleptokrasi sebelum ini. Oleh kerana itu, semuanya berani bersuara tanpa rasa takut dan bimbang. Alhamdulillah, itu wajar diberi pujian oleh Mufti sepatutnya. Bayangkan, bekas Ketua Polis Negara pun ada yang berani menjelajah ke hulu ke hilir membakar isu perkauman. Baiknya kerajaan PH sekarang.

Saya mahu menjawab hujah Dr Masa seperti yang tersiar di Malaysiakini. Dr Maza menimbulkan persoalan wajarkah janji itu dipenuhi jika meibatkan hak orang lain? Beliau cuba untuk menggambarkan wajarkah janji dibuat untuk jawatan PM ke 8 kepada Anwar, sedangkan jawatan itu bukan milik anwar mahupun Tun M, tetapi milik rakyat. Maksudnya, wajarkah janji itu dipatuhi?

Baik, saya petik kembali persoalan2 dari Dr Maza: Beliau berkata,

1. “Persoalan yang patut kita fikirkan, dalam sistem negara ini, jawatan perdana menteri sebenarnya milik siapa?

2. "Siapakah yang berhak menentukan? Siapakah yang berhak berjanji?

3. "Siapakah yang betul atau salah jika berjanji? Siapakah yang betul atau salah jika menuntut janji? PM? Parlimen? Rakyat?" Soal mufti Perlis.

Saya mahu menjawab soalan beliau yang pertama. Jawatan PM adalah milik seseorang yang telah diberi mandat oleh rakyat di dalam PRU. Di dalam konteks negara kita, parti yang terbanyak memenangi Kerusi Parlimen maka itulah parti pemerintah untuk menjadi kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Maka, parti tersebut akan memilih seorang calon untuk menjadi PM. Sekiranya diperkenankan oleh YDP Agong, itulah PM bagi kerajaan.

Bagi PH, sebelum PRU14 lagi, kita telah umumkan kepada rakyat melalui kempen2 kita bahawa sekiranya PH memerintah kerajaan, kita akan melantik Tun M sebagai PM, WAn Azizah sebagai TPM dan Anwar akan mengambil alih PM ke 8 setelah beliau dibebaskan dari penjara dan dibenarkan untuk menjawat jawatan di dalam politik. Ini adalah janji PH disepakati di dalam PH dan diumumkan secara terbuka tawaran dan janji ini kepada rakyat sebeum PRU14 lagi. Apabila Parlimen dibubarkan, jawatan PM bukan lagi milik sesiapa tetapi akan diserahkan kepada rakyat untuk menentukannya berdasarkan janji2 oleh semua parti yang akan bertanding.

Ertinya, jika rakyat setuju dengan janji2 dari PH itu, maka rakyat akan mengundi PH dan jika rakyat mahu Umno/Bn terus memimpin dengan Najib sebagai PM dikekalkan, maka rakyat akan memilih Umno/Bn. Hasilnya, kita tahu rakyat majoriti memilih PH iaitu bersetuju bahawa PM sementara sebelum Anwar adalah Tun M. Itu jelas. Sebab itu, Kak Wan tidak mengambil jawatan tersebut apabila ditawarkan oleh YDP Agong meskipun Kak Wan adalah Presiden Keadilan iaitu logo parti yang digunakan oleh PH di dalam PRU14 kerana Kak Wan amat mematuhi janji2 di dalam PH. Sekiranya Kak Wan menerima jawatan PM waktu itu, maka Kak Wan dianggap munafik kerana melanggar janji2 yang telah dipersetujui bersama.

Persoalan kedua oleh Dr Maza, jawapannya mudah. Siapakah yang berhak menentukan? Parti2 yang bertanding adalah berhak menentukan siapa calon PM dan mereka juga berhak membuat janji sesama mereka asalkan janji2 tersebut dihebahkan secara terbuka kepada rakyat untuk rakyat nilai dan buat pilihan. Tidak timbul rakyat dikhianati di atas pilihan mereka dan parti2 di dalam PH juga jangan khianati janji2 mereka di dalam soal jawatan PM ini.

Soalan ketiga dari Dr Maza juga mudah. Siapa yang betul dan salah jika berjanji? Tiada sesiapa yang bersalah di dalam membuat janji kecuali yang melanggar janji2 yang telah dibuat. Berjanji di atas sesuatu perkara yang diharuskan adalah betul dan baik, tetapi menjadi haram dan munafik jika melanggar janji2 itu tadi. Apabila janji telah dibuat, tidak salah mana2 parti di dala PH menuntut janji2 itu dilaksanaan dan rakyat juga tidak salah untuk menuntut janji2 tersebut untuk ditunaikan kerana mereka memilih parti berkenaan kerana percaya kepada janji2 yang telah disampaikan kepada mereka sebelum PRU14 lagi. Di dalam soal peralihan kuasa ini, rakyat sedar akan janji2 yang telah dihebahkan.

Soal siapa salah jika janji2 ini tidak ditunaikan, jawapannya juga jelas iaitu Majlis Presiden yang patut menanggung kesalahan ini kerana janji2 ini dibuat oleh mereka. Parlimen tidak bersalah, jauh sekali rakyat tidak boleh dipersalahkan. Adalah menjadi satu kesalahan besar dan khianat jika ada mana2 pimpinan dari PH yang telah mengikat janji2 ini cuba untuk memungkiri janji2 tersebut atau sengaja membuat helah bagi melambat2kan proses peralihan kuasa seperti yang dijanjikan.

Jadi, tidak timbul serah jawatan PM jika pemiliknya (rakyat) tidak setuju kerana rakyat telah buat keputusan memilih PH berdasarkan janji2 PH termasuk janji peralihan kuasa PM tersebut. Soalnya sekarang, adakah janji2 itu dipatuhi?

Saya sarankan agar Mufti Perlis ini mencari maklumat yang tepat tentang senario sejak awal sebelum PRU14, bagaimana PH dibentuk dan bagaimana serta mengapa perjanjian tentang peralihan kuasa ini dibuat sebelum beliau cuba untuk mengulas isu tentang peralihan kuasa ini yang beliau sendiri tidak mengetahui butiran dan asasnya. Jika beliau sangka peralihan kuasa tentang PM ini sama seperti di era kerajaan Umno/Bn, maka beliau perlu banyak lagi belajar tentang politik khususnya pendekatan, prinsip dan dasar di dalam PH. .

2 ulasan:

  1. Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours

    Over 160,000 women and men are utilizing a easy and SECRET "water hack" to lose 2 lbs each night in their sleep.

    It is easy and works every time.

    Here's how you can do it yourself:

    1) Hold a drinking glass and fill it half glass

    2) And now do this strange HACK

    so you'll be 2 lbs lighter when you wake up!

    BalasPadam
  2. Tuan, Mohon jawab Dr. Maza untuk artikel yang ni pula
    https://www.sinarharian.com.my/article/77420/BERITA/Nasional/Tiada-siapa-boleh-dituduh-pengkhianat-kata-Mufti-Perlis

    BalasPadam