RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 13 Julai 2009

RAKYAT DIUTAMAKAN?????JAMBATAN ATAU UNDI PAS

Sunday, July 12, 2009

PILIH BENDERA,JAMBATAN HILANG.PILIH JAMBATAN PAS TERGADAI.BERAT UNTUK PENGUNDI MANIK URAI.MUNGKIN SELAMA INI MASYARAKAT MANIK URAI SUKAR UNTUK HIDUP JIKA TIADANYA JAMBATAN.MAKA KERANA ITU MEREKA MEMILIH PARTI PAS.BAGAIMANA DENGAN "RAKYAT DI UTAMAKAN"............NAMPAKNYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN,BIKIN TAK SERUPA CAKAP..................UNDI LAH PAS.


Masih lagi terngiang-ngiang di telinga rakyat Malaysia bahawa rakyat di utamakan.Namun semalam Timbalan Perdana Menteri seolah-olah terlupa slogan yang baru diperkenalkan.Ianya seolah-olah satu ugutan kepada rakyat untuk mendapatkan kemudahan dalam negara ini.Kali ini dikawasan yang 100% pengundi Melayu.

Jika kaum India sudah mendapat janji-janji untuk melahirkan 10,000 usahawa belia kaum India, kaum Cina mendapat juga hadiah iaitu biasiswa yang dulunya di katakan hanya kepada kaum Melayu, Kini kaum Melayu mendapat satu jambatan baru di Manik Urai ...tetapi dengan syarat iaitu Undi Umno/Bn maka baru jambatan dibina.

Jika dilihat kepada janji-janji ini, maka jelaslah bahawa Bn/umno ini tidak pernah mengotakan janji-janji mereka melainkan memancing,mengugut,dan kini secara terus terang membelakangi pula seruan Pm Dato Seri Najib dengan mengenepikan seratus peratus cogankata rakyat diutamakan.Maka janji-janji Muhyiddin Yassin ini berupa satu ugutan.Jika pengundi mahukan jambatan, maka undi Bn,jika memilih bendera PAS maka jambatan tidak akan dibina.Maka susah kembalilah penduduk Manik Urai kerana tidak mahukan jambatan, malah mungkin undi ini juga membuktikan mereka tidak mahukan Umno/Bn lagi.

Keputusan pilihanraya ini nanti kita akan melihat bagaimana rakyat di Manik Urai yang sudah 5 penggal di bawah PAS sanggup atau tidak untuk tidak mengundi PAS dan memilih jambatan.....jika tidak keputusan akan jadi 5-0................

PETANDA PAS MENANG SEMAKIN HAMPIR

Monday, July 13, 2009

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 14 Julai ini dilihat bakal memberi kemenangan mudah kepada PAS. Statistik terkini yang PDO terima daripada pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM) menyatakan bahawa peratus sokongan rakyat terhadap PAS kini meningkat kepada 65%, manakala BN hanya 35% sahaja. Jika senario ini berterusan maka sudah pastilah PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya ini nanti. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong kemenangan besar ini pasti akan berlaku. Antaranya ialah sikap "bangang" para pemimpin UMNO dan kerajaan BN yang "cakap tak serupa bikin". Malah, mereka masih terus mengalunkan "lagu rentak lama" di Manek Urai. Biarpun mereka tahu bahawa strategi itu bakal memerangkap diri mereka sendiri. Namun, dek kerana pemikir dan penasihat pilihanraya yang langsung tidak boleh "berfikir secara waras" sebenarnya, maka mereka terus menerus menyajikan adengan yang sama tanpa mahu mengambilkira pandangan rakyat itu sendiri. Bukti jelas dapat dilihat dalam beberapa perkara. Terkadang terfikir juga dibenak fikiran kita, apakah mereka sedar atau tidak segala apa yang dilakukan ini agaknya. Antara bukti jelas yang bakal membawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai ini ialah :-

Umumkan Tawaran Yang Perbodohkan Rakyat


Mutakhir ini, nampak benar pemimpin UMNO begitu kemaruk untuk menang di Manek Urai. Igauan badi kekalahan dalam hampir kesemua pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum ke-12 lalu masih terpahat dalam ingatan. Bahkan, ia juga menyebabkan pemimpin UMNO dan BN menjadi "takut" serta "fobia" untuk berhadapan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya secara demokrasi. Lantaran itulah, mereka amat takut jika DUN Perak dibubarkan. Malah, mereka juga menjadi "dayus" dan "bacul" untuk berhadapan dengan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti sebelum ini. Memang sudah nasib badan, mahu atau tidak pilihanraya kecil Manek Urai perlu disertai bagi mengelakkan malu yang lebih besar. Dengan segala jentera pilihanraya yang ada, serta bantuan daripada SPR, PDRM, KEMAS, JASA serta lain-lain agensi yang diperalatkan sewenang-wenangnya oleh mereka itu pun mereka masih takut berhadapan dengan "suara rakyat". Akhirnya terpaksalah menggunakan strategi ampuh dan mudah dibaca iaitu "kebajikan buat rakyat". Kononnya "rakyat diutamakan", walhal semuanya itu hanyalah omongan kosong semata-mata. Malah tindakan Najib mengumumkan berbagai insentif buat rakyat semalam, jelas sekali bagi memancing undi pilihanraya kecil Manek Urai sebenarnya. Malah, sebelum itu Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihanraya Manek Urai juga telah membuat pengumuman yang sedikit melegakan rakyat. Iaitu berkaitan permansuhan PPMSI yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012. Ini semua adalah "gula-gula pilihanraya" yang bertujuan untuk memperbodohkan rakyat. Maka itu, kita yakin semua ini tidak akan memberi kesan yang positif buat UMNO. Malah, rakyat akan lebih benci kepada mereka kerana masih mahu "menipu" di depan mata, biar pun mereka tahu rakyat bukan semuannya boleh "dibutakan mata dan hati" seperti puak-puak UMNO karat itu sebenarnya !!/Sumber: Pahangdaily

'Tukar agama seketika tak apa' - kata petugas Umno

Wartawan Kita
Sun | Jul 12, 09 | 6:37:05 pm MYT

KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - "Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai.

Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri.

Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah.

"Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini.

Menurutnya, setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200.

Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi.

Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi. - mj/mks. _Harakahdaily

APA PENGUMUMAN PAS PULA? RASUAH JUGA KAH?

Lepas BN, PAS pulak nak 'gempak' hari ini

12 Jul 2009 11:57PM

KUALA KRAI: Pas berkata, janji dan pengumuman mengenai projek pembangunan Barisan Nasional (BN) kepada penduduk di Manek Urai, tidak akan mengubah keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan itu Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, berkata Pas juga dijadual membuat satu pengumuman penting untuk rakyat di Manek Urai esok, bagaimanapun beliau enggan memberi sebarang petunjuk mengenai apa yang bakal diumumkan itu.

Bercakap pada sidang akhbar harian di Markas Induk Pas Manik Urai di sini hari ini, Abdul Fatah berkata, semua pengundi parti itu yang berada di luar Kelantan sudah dihubungi dan mereka berjanji untuk pulang menyokong calon parti itu Selasa ini.

Maklumat risikan oleh Pas, katanya menunjukkan bahawa sokongan pengundi Manek Urai terhadap parti itu meningkat setiap hari tetapi beliau enggan menyatakan peratusannya walaupun didesak oleh wartawan.

"Isu-isu tempatan yang diketengahkan berjaya menambat hati pengundi baru termasuk pengundi atas pagar berdasarkan kaji selidik yang dibuat," katanya yang juga Adun Bukit Tuku, Kelantan.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. / Bernama


Pas dijadual membuat satu pengumuman penting untuk rakyat di Manek Urai hari ini

Ahad, 12 Julai 2009

LIHAT VIDEO INI - PAS MAHU SELAMATKAN GADIS ISLAM SEPERTI INI

Ini gadis Melayu Islam mungkin dari Terengganu jika didengar tutur bicara mereka. Inikah yang dibanggakan oleh kerajaan sekarang yang terus menolak Islam? Pas kini berusaha untuk menyelamatkan insan malang seperti ini. Marilah kita bersama Pas.

MANEK URAI - KITA SEMAKIN HAMPIR


Fatah: PAS hampir capai sasaran menang

Dua hari menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, PAS yakin telah hampir mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut, kata Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Fatah Harun.

"Setakat ini, pada pusingan pertama, sasaran kita sudah sampai. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri... kita kena terus juga (berusaha) supaya berada di tahap yang dikehendaki," katanya dalam sidang media harian PAS.

"Hendak kata seratus peratus tidak bolehlah, tetapi hampir sampai ke matlamat dan sasaran kita," tambahnya.

Mengulas lanjut peluang PAS, Fatah berkata, culaan mendapati pengundi Manek Urai yang berada di luar DUN itu, akan menyokong parti itu seperti dalam pilihanraya umum lalu, walaupun tidak diberikan sebarang subsidi untuk pulang mengundi.

"Kita tidak ada apa-apa subsidi. Barangkali yang tuntut tambang itu bolehlah kita ikhtiar bayar," katanya sambil berkata kumpulan itu telah dihubungi melalui pelbagai kaedah, termasuklah mengadakan
pertemuan, panggilan telefon dan SMS.

Malaysiakini difahamkan, terdapat 1,300 pengundi parti itu di luar Kelantan. Manakala 400 lagi berada dalam negeri, tetapi di luar Manek Urai.

Difahamkan juga, penyokong Umno di luar Kelantan pula seramai 500 orang.

Mengenai kemungkintan berlakunya penipuan melalui pengundi hantu, Fatah berkata perkara itu "bukanlah isu sangat" di Manek Urai kerana penduduk kampung di sini saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

'Kejutan PAS'

"Penduduk kampung berbeza dengan penduduk bandar. Kadang-kadang (kediaman sejauh) sebatu, dua batu mereka sudah kenal. Kalau di bandar, kadang-kadang jiran pun tidak kenal.

"Sebab itu, kalau ada pengundi tak betul, (mereka) akan dikenalpasti oleh ejen pengundian kita," katanya yang juga anggota biro politik PAS negeri.

Sementara itu, disoal tentang "kejutan" PAS yang dijanjikan sebelum ini apabila memasuki tahap akhir kempen, Fatah masih mahu berteka-teki mengenainya.

"Itu rahsia," katanya, sambil memberitahu esok merupakan masa yang paling sesuai bagi mengumumkannya.

Beliau bagaimanapun menyifatkan kejutan itu tidak seperti "pengumuman besar" Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang dijadualkan diumum jam 3 petang ini di Manek Urai Lama.

"Kita ada cara lain. Bukan bermakna hendak seimbangkan dengan (pengumuman) BN. Kalau tidak ada timbalan perdana menteri pun (buat pengumuman pun), kita akan buat juga sesuatu."

Diminta mengulas ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat ini, Fatah berkata:

"Saya tidak boleh hendak jangka (kehadirannya). Perdana menteri tidak hadir, kemungkinan dia sudah tahu melalui risikannya, isu Altantuya yang berlaku sebelum ini, memang kita simpan.

"Kalau dia mari, kita akan gunakan isu ini. Setakat ini kita akan bekukan dulu isu ini."/Malaysiakini

UMNO DALAM KEADAAN YAKIN TAK YAKIN?

Keyakinan Umno masih longgar di Manek Urai
Posted on Sunday, July 12 @ 05:00:00 MYT by Paktam
Oleh Mohd Zuharman

Keyakinan Umno masih longgar menghadapi lawannya pada pertandingan pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai 14 Julai ini walaupun sebahagian kepimpinannya tetap mengatakan peluang Umno di Manek Urai cerah.

Ia diakui Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, berdasarkan Manek Urai adalah kubu kuat PAS di samping penyandangnya sebelum ini, Ismail Yaakub, mempunyai pengaruh tersendiri di kawasan berkenaan

Mustapa berkata, Umno belum berada dalam keadaan selesa untuk merampas Dun Manek Urai, tetapi seluruh jentera parti dan saf kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan partinya.

Mengulas mengenai pengaruh calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, tidak sama seperti Allahyarham Ismail Yaakub, beliau berkata itu adalah satu faktor yang memberi kekuatan kepada BN.

“Pada masa ini kita belum selesa lagi, kita mesti bekerja kuat. Pengaruh calon yang baru ini tidak sama dengan Allahyarham Pak Su Wel, ini akan memberi kekuatan kepada kita.

“Kalau hendak ditafsirkan dalam bentuk angka ianya agak sukar, tapi memandangkan setiap hari saya berjumpa dengan orang kampung, ramai yang berminat untuk bersama kita,” jelasnya kepada media di pusat operasi BN ketika ditanya peratus awal sokongan kepada BN.

Dalam pada itu, Mustapa tidak menolak isu pemansuhan Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan memberi lebih sokongan kepada Umno.

Beliau yakin tindakan itu dapat memberi kelebihan kepada BN walaupun terdapat di kalangan guru bertarik tali dengan isu tersebut.

“Kita harap ini membantu kita kerana ramai guru yang berpengaruh dan kita tahu ramai juga guru yang tidak bersetuju dengan PPSMI. Apapun bagi saya satu undi mereka berubah dan menyokong BN amat dihargai. Itu penting bagi kita,” katanya.

Mustapa menegaskan isu PPSMI dan royalti minyak dimainkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam kempennya tidak menjejaskan sokongan pengundi Manek Urai kepada BN.

Menurutnya, dalam isu royalti, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menjelaskan Petronas akan memberi kenyataan bagi merungkai keadaan sebenar situasi yang berlaku.

Isu royalti minyak kini menjadi isu utama PAS dan hingga kini ia gagal dikendalikan dengan baik oleh BN. Yang terbaru, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mencabar Mustapha berdebat tentang isu ini.

Namun sehingga kini, Mustapha belum memberikan responnya./Detikdaily

Komen - Keyakinan tu biasalah. Berapa banyak keyakinan kita dengar sebelum ini. Hakikatnya, mereka yakin tapi masalahnya rakyat yang tidak yakin lagi dengan Umno/Bn.


KITA BUKAN HENDAK HADIAH, KITA TAK NAK NAJIB!!


Di kedai kopi ka, dalam SMS ka, bila orang tanya fasal "hadiah" sempena 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri, saya hanya jawab, "kita bukan nak hadiah, kita tak nak Najib".

Kita tak nak Najib, tak nak Umno, tak nak Barisan Nasional.

Ambik contoh lagu ni, saya tak nak orang yang ketagih Umno. Tiba-tiba dia tejumpak saya, dia kata, "nah, ana sedekah kat anak anta RM50".

Laa, aku bukannya nak duit hang RM50 ka RM500 ka. Aku tak nak kat hang!!

Tu orang tu duit dia sendiri dia nak sedekah. Ni guna duit negara, duit rakyat, berlagak macam duit dia pulak! Ada akai ka macam tu?!!/Penarikbeca.blogspot

Jika Anwar Ibrahim dipenjarakan

Posted on Saturday, July 11 @ 12:34:16 MYT by Paktam

oleh: Mohd Hasbie Muda

1. Pembicaraan DS Anwar Ibrahim masih belum selesai. Terbaru, ia ditangghasbieuhkan ke 15 Julai kerana peguam Sulaiman Abdullah masih belum sihat sepenuhnya.

2. Saya berdoa semoga kebenaran timbul jua. Samada kebenaran milik Saiful atau milik Anwar, itu soal kedua. Yang penting ia (kebenaran) hadir dalam perbicaraan kali ini.

3. Bercakap tentang Anwar, dia mungkin akan disabitkan bersalah. Kalau itu berlaku apa akan jadi pada Pakatan Rakyat?

4. DAP dan PAS memang punyai dua kutub berbeza. Payah nak bertemu apatah lagi bersama. Setakat ni hanya Allahyarham Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim saja yang mampu mengikat mereka (dengan izin Allah). Tanpa mereka atau pemimpin yang sepintar mereka, barangkali DAP dan PAS akan kembali berseteru.

5. PAS dan DAP yang berseteru adalah rahmat besar buat UMNO-Barisan Nasional (UBN). Pasca PRU 1999, DAP tewas teruk termasuk Kit Siang dan Karpal Singh. Waktu itu keadaan masih harmoni. Sesudah PAS kehilangan Ustaz Fadzil, suhu hubungan mereka semakin membahang. DAP keluar Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan agenda Negara Islam tajaan PAS.

6. Perang mulut mereka di media pun tak kurang hebatnya. Paling parah bilamana Ustaz Hadi melabelkan Kit Siang dan Karpal Singh sebagai ‘ubat tamat tempoh’. Dalam PRU 2004, PAS pula yang menderita. PAS kalah teruk termasuk Ustaz Hadi dan Timbalannya Ustaz Nasha kalah di Marang dan Besut. Pada waktu itu , Anwar Ibrahim belum dibebaskan.

7. Pada tahun 2004, Anwar Ibrahim dibebaskan. Dalam tempoh 2004 hingga 2006, beliau banyak membuat anggangement dengan pimpinan PAS dan DAP. Anwar dihentam juga sebab banyak dilihat keluar ke luar negara. Namun dalam masa yang sama, beliau berusaha menyatukan parti pembangkang terutama PAS dan DAP.

8. Natijahnya, PRU 2008 parti pembangkang tidak bertembung sesama sendiri. Kemenangan besar diraih dalam pilihanraya.

9. Anwar Ibrahim bukanlah faktor mutlak, namun dia juga adalah antara faktor penyumbang. Memang PAS ada sejarah hitam dengan dengan Anwar. Siapa tidak kecewa bilamana beliau memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya meninggalkan PAS yang terkial-kial pada tahun 1982. Pada waktu itu, PAS ibarat melukut di tepian gantang. Tiada siapa berminat. Kaderisasi PAS di kampus-kampus juga pernah tergugat dengan pengaruh Anwar.

10. Namun usah dinafikan Anwar juga banyak berjasa kepada PAS. Kemenangan 27 kerusi dalam PRU 1999 banyak disumbangkan gelombang Reformasi pada ketika itu yang Anwar gerakkan. Begitu juga dengan kemenangan 23 kerusi (tidak termasuk Ibrahim Ali) dalam PRU lepas.

11. Apapun, saya berharap kebenaran milik Anwar. Tetapi antara Anwar dan kebenaran, saya tetap memilih kebenaran./Detikdaily

————-

*Penulis ialah Pengerusi Economics Student Leaders Council (ECONS), sebuah badan pemikir dan NGO bebas terutamanya dalam isu-isu sosio-ekonomi negara, mengembangkan pemikiran kritis dalam politik dan ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Blog Pencak Bicara MHM kini menjadi ruang analisis dan perkongsian beliau.

MEMANG DIA BUKAN ANAK JANTAN

Debat bersama Dr Mujahid, Khairy menghilangkan diri
Mohd Sabri Said
Sat | Jul 11, 09 | 4:05:54 pm MYT

PULAU PINANG, 11 Julai (Hrkh) - Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

"Takut dengan bayang-bayang sendiri," demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu.

Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi.

Selain Khairy, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya juga tidak hadir dalam debat yang mengulas isu; 'Wacana Minda Perpaduan Ummah'.

Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya. - mks._

Pas yakin tambah majoriti di Manek Urai:Nasharuddin


nasha
KUALA KRAI - Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yakin Pas dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan
majoriti undi yang lebih besar berbanding pilihan raya umum 2008.

"Saya yakin Pas akan dapat menambah majoriti (di Manek Urai) berdasarkan rentak (mood) hasil kemenangan pilihan raya kecil (Parlimen) Kuala Terengganu dan Bukit Gantang baru-baru ini.

"Pas telah berjaya membangkitkan isu membabitkan kehidupan seharian penduduk Manek Urai dan Umno sebaliknya tidak banyak membawa isu yang yang relevan dengan penduduk di sini," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat dhuha bersama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para penyokong Pas di Masjid Perial dekat sini hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Pas Ismail Yaacob menewaskan calon Barisan Nasional Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Mengenai dakwaan beliau tidak disenaraikan untuk berkempen bagi Pas di Manek Urai kerana wujud hubungan tegang dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu kerajaan
perpaduan baru-baru ini, Nasharudin berkata ia hanyalah andaian yang sengaja dicipta oleh Umno.

Katanya selama ini beliau memilih untuk berdiam diri kerana percaya media di negara ini tidak akan melaporkan perkara sebenar.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Mohd Fauzi Abdullah, 50./-- BERNAMA