RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 13 Julai 2009

APA PENGUMUMAN PAS PULA? RASUAH JUGA KAH?

Lepas BN, PAS pulak nak 'gempak' hari ini

12 Jul 2009 11:57PM

KUALA KRAI: Pas berkata, janji dan pengumuman mengenai projek pembangunan Barisan Nasional (BN) kepada penduduk di Manek Urai, tidak akan mengubah keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan itu Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, berkata Pas juga dijadual membuat satu pengumuman penting untuk rakyat di Manek Urai esok, bagaimanapun beliau enggan memberi sebarang petunjuk mengenai apa yang bakal diumumkan itu.

Bercakap pada sidang akhbar harian di Markas Induk Pas Manik Urai di sini hari ini, Abdul Fatah berkata, semua pengundi parti itu yang berada di luar Kelantan sudah dihubungi dan mereka berjanji untuk pulang menyokong calon parti itu Selasa ini.

Maklumat risikan oleh Pas, katanya menunjukkan bahawa sokongan pengundi Manek Urai terhadap parti itu meningkat setiap hari tetapi beliau enggan menyatakan peratusannya walaupun didesak oleh wartawan.

"Isu-isu tempatan yang diketengahkan berjaya menambat hati pengundi baru termasuk pengundi atas pagar berdasarkan kaji selidik yang dibuat," katanya yang juga Adun Bukit Tuku, Kelantan.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. / Bernama


Pas dijadual membuat satu pengumuman penting untuk rakyat di Manek Urai hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan