RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 14 Julai 2009

PAS: 'Kita sudah menang 2,000 undi'


Jul 14, 09 3:48pm
Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

Sementara itu, Mohd Fauzi yang tiba di markas PAS Manek Urai pada jam 4.40 petang tadi, disambut dengan laungan 'Allahu Akbar' oleh para penyokong parti itu.

Malah, mereka turut mengucap tahniah kepada beliau yang lebih dikenali dengan nama Abe Uji di kalangan masyarakat tempatan.

Beliau kelihatan gembira dan bersama-sama dengan para penyokong parti itu mengangkat tangan sambil sekali lagi melaungkan 'Allahu Akbar'.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, Mohd Fauzi berdepan dengan calon BN, Tuan Aziz Tuan Man.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon PAS, Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394.

Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan