RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 13 Julai 2009

PENGUMUMAN BESAR PAS HARI INI, ADUN UMNO MASUK PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS dijangka akan mengumumkan sesuatu yang besar dan bermakna buat pengundi di Manek Urai hari ini. Sebelum ini, TPM telah mengumumkan `pakej rasuah' pilihanraya kepada penduduk Manek Urai termasuk untuk membina sebuah jambatan JIKA Umno menang. Apakah Pas juga akan `merasuah' pengundi-pengundi di Manek Urai seperti yang telah dilakukan oleh parti rasuah tersebut? Apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh Pas tidak beberapa jam lagi?

Angin bertiup kencang di Manek Urai membawa berita bahawa terdapat Adun dari Umno akan menyertai PR samada Pas atau PKR. Jika angin tersebut membawa berita benar, maka terpaksa pula TPM menarik balik janji untuk membina jambatan di kawasan Manek Urai. Dan, jika berita itu hanya sekadar untuk `mengecut'kan perut-perut pemimpin Umno di Manek Urai yang sudah sememangnya `kecut' itu, maka strategi Pas ini sudah dianggap bijak. Kini, pemimpin Umno yang bertungkus lumus berkempen di Manek Urai sejak berminggu yang lalu semakin lemah semangat mereka. Kempen oleh Umno di sana semakin tawar dan beberapa tokoh Umno yang lazimnya turun membantu untuk berkempen di dalam pilihanraya tidak menampakkan batang hidung mereka.

`Katak peliharaaan' mereka seperti raja sesumpah atau raja kotak tidak kelihatan seperti biasa. Mungkin sudah hilang semangat atau tiada lagi modal untuk raja sesumpah untuk berkempen. Mungkin tiada lagi rahsia atau pendedahan terhadap DS Anwar yang boleh beliau canangkan di Manek Urai. Atau, terdapat arahan dari pihak atasan melarang raja sesumpah turun berkempen kerana sejarah telah membuktikan bahawa raja sesumpah sentiasa membawa `sial' atau `suwey' kepada Umno.

Bagaimana pula dengan raja katak dari Pasir Mas? Pada awal kempen, raja katak yang masih tiada perasaan malu menumpang kerusi Pas ini kelihatan agak galak berkempen di Manek Urai ini. Beliau adalah calon Bebas tetapi berkempen untuk Umno di sini. Tetapi akhir-akhir ini raja katak sudah tidak larat lagi untuk mendendangkan lagu buat Umno. Mungkin raja katak sudah mulai insaf betapa bodohnya beliau bersusah payah berkempen untuk Umno sedangkan Umno itulah yang menendang beliau keluar dari kerusi Ketua Umno Bahagian Pasir Mas suatu ketika.

Kini, hanya seorang pemuda rasuah yang terkontang-kanting bekerja kuat berkempen ke hulu ke hilir untuk mendapatkan simpati pengundi Manek Urai. Pemuda yang menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu cuba untuk meyakinkan pengundi di Manek Urai betapa Umno mahukan perpaduan bersama Pas demi agama. Mungkin beliau berharap agar Pas lupakan saja soal rasuah yang melibatkan dirinya itu. Itu bukan rasuah tapi politik wang sahaja. Politik wang halal buat Umno, buktinya mereka yang terlibat seperti Ketua Pemuda Umno dan Ali Rustam tetap diberi kedudukan penting di dalam Umno dan kerajaan.

Tanpa pengumuman penting pun, Pas tetap menjadi pilihan pengundi di Manek Urai. Ini adalah kerana mereka memilih Pas bukan kerana individu, kebendaan atau kepentingan diri mereka semata-mata. Mereka memilih Pas adalah kerana bagi mereka Wajib memilih parti yang berjuang untuk Islam. Mereka menolak Umno bukan kerana tidak percaya kepada janji jambatan baru oleh TPM itu tetapi kerana Umno sentiasa menolak Islam secara syumul. Apalah ada pada jambatan yang tidak akan kekal itu jika dibandingkan dengan kemuliaan Islam?

Mudah-mudahan angin yang bertiup di bumi Serambi Mekah akan terus membawa berita baik buat kita. Bagi pengundi-pengundi di Manek Urai, tunjukkan keberanian anak Kelantan jati yang sebenar dan jangan mudah lembik tengkuk dengan hanya sebuah jambatan yang pelannya pun tak dilakarkan lagi itu. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. TOKOH-TOKOH UMNO TANPA KEMALUAN BUKAN SAJA TAK NAMPAK BATANG HIDUNG MALAH BATANG APA PUN TAK NAMPAK ,HANYA DEPA NAMPAK 'DUIT' LA KALU NAK PI KEMPEN PUN ! TADAK DUIT TADAK KEMPEN ,MUNGKIN DEPA FIKIR RAKYAT MU BANGANG KOT NAK RASUAH JAMBATAN BOLEH DAPAT SOKONGAN TAPI KINI 'RASUAH'DAH POPULAR & MUSLIMIN/MUSLIMAT YANG BENAR TAKUT MAKAN RASUAH ATAU AMBIL RASUAH ,TAK MACAM ...SENDIRI TAU LAA !

    BalasPadam