RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 14 Julai 2009

UNDI UMNO UNTUK MELAYU, UNDI PAS UNTUK ISLAM, PILIH MANA SUKA

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA jam sahaja lagi kita akan merayakan satu kemenangan untuk rakyat khususnya di Manek Urai. Walau apa pun keputusan di dalam PRK Manek Urai hari ini, kemenangan ternyata di pihak Pas kerana kita berjaya mendidik rakyat jelata dengan moral dan maruah diri. Umno pula berjaya mendidik pengikut mereka dengan kesenangan duniawi semata-mata walaupun apa yang mereka pernah janjikan banyak yang tidak mereka tunaikan. Tulisan berkaitan kemenangan Umno atau Pas di Manek Urai ada diulas di SINI. Itulah beza Umno dengan Pas dan kerana perbezaan itulah yang menyebabkan Umno dan Pas tidak mudah untuk bersatu atau berpakat, jauh sekali untuk bersama di dalam pembentukan kerajaan.

Bukan mudah untuk mendidik rakyat agar tidak terpesona dengan kemewahan dan kebendaan, tetapi Alhamdulillah, berkat usaha berterusan Pas di Kelantan maka kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Aziz mampu bertahan begitu lama. Apakah rakyat Kelantan tidak mahu kepada kemajuan dan pembangunan? Mustahil, kerana Islam juga menuntut ke arah kemajuan dan pembangunan. Tetapi Islam mengajar bahawa setiap kemajuan dan pembangunan mestilah berpaksikan Islam. Jika tidak, apa bezanya kerajaan komunis China atau Soviet yang maju itu dengan negara Islam? Iran adalah sebuah negara Islam dan mereka juga lebih maju dan kuat serta disegani oleh musuh-musuh Islam terutamanya Israel dan Amerika Syarikat. Apakah di Iran kemajuan mereka tercapai dengan membelakangkan Islam?

Ini lah perkara yang sering menjadi perbalahan di antara Pas dan Umno. Umno inginkan perpaduan berlandaskan perkauman iaitu bertujuan untuk memperkuatkan orang-orang Melayu. Pas pula mahukan perpaduan berlandaskan Islam kerana Islam amat releven untuk semua kaum. Selagi Umno tidak mahu meletakkan Al-Quran di tengah-tengah meja perundingan, selagi itulah Umno jangan bermimpi untuk berpakat dan bersatu dengan Pas. Apa pula bezanya penyatuan Pas dengan PKR dan DAP? Terlalu jauh bezanya jika dibandingkan dengan Umno walaupun Umno terdiri dari orang-orang Melayu dan Islam.

Pas sedia bersama PKR dan DAP kerana mereka tidak menentang usaha Pas di dalam memperjuangkan Islam seperti apa yang telah dilakukan oleh Umno kepada Pas. Benar, terdapat seorang dua di dalam DAP atau PKR yang menyatakan tidak menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas, tetapi mereka yang bersuara itu bukan dari orang Islam dan mereka berkata demikian kerana kejahilan mereka terhadap Islam. Ini berbeza dengan Umno, mereka yang bersuara dan menentang Islam itu adalah umat Islam bahkan ada di antaranya merupakan golongan cerdik pandai agama. Pas tidak boleh menerima kenyataan ini di mana orang Islam sendiri menolak perjuangan Islam.

Jika benar Umno komited untuk memperjuangkan Islam, sudah pasti telah lama Islam didaulatkan di bumi negara ini kerana Umno sudah terlalu lama memegang kuasa. Tapi ini tidak berlaku sama sekali. Umno hanya menjalankan tuntutan Islam secara berpilih-pilih dan lebih tumpukan kepada tuntutan fardhu Kifayah seperti mendirikan Masid, Bank Islam, Universiti Islam dan sebagainya. Di mana tuntutan Islam terhadap kehidupan sosial serta perundangan? Sistem pendidikan juga bercelaru. Di bawah Umno, Islam tidak dijadikan sistem yang Syumul.

Pas tiada pilihan lain dan terpaksa memohon bantuan dari rakan-rakan seperti PKR dan DAP untuk meneruskan perjuangan Islam di negara ini. Penentangan terhadap Islam daripada orang yang bukan Islam atau jahil tidaklah begitu besar kesannya daripada penentangan dari orang-orang Islam serta yang berilmu seperti Umno. Maka, berpandukan kepada maslahah itu, Pas lebih wajar berada bersama PR. Jika benar Umno inginkan perpaduan yang dianjurkan oleh Islam, Umno perlu dibubarkan dan duduk bersama di dalam Pas. Jika ini tidak dapat dilakukan oleh Umno, maka berkewajipan bagi Pas untuk terus berusaha menarik seramai mana mungkin ahli-ahli Umno untuk bersama Pas. Biarkan mereka yang degil dan ingin menentang Islam itu terus berada di dalam parti yang dianggap keramat bagi orang Melayu itu. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!

    Tenang-tenangkan diri...
    Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com
    Terima kasih

    Krulayar

    BalasPadam