RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 18 Julai 2009

95 % RESPONDEN NTV 7 SOKONG BADAN BEBAS SIASAT KEMATIAN BENG HOCK

Di dalam satu undian SMS Edisi 7, 95% responden berpendapat badan bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian teo Beng Hock yang dikatakan jatuh dari bangunan SPRM semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keghairahan Umno-BN memperalat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengundang padah dengan kematian seorang saksi dalam tahanan mereka.

Beliau berkata SPRM bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan operasi besar-besaran memburu dan menyiasat adun-adun Pakatan Rakyat.

"Saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku alat pimpinan UMNO satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor," kata Anwar.

"Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan! Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock," tambahnya lagi.

Sementara itu PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, semalam.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.

Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.

"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.

Tambah beliau lagi, Teo menemui ajal ketika masih dibawah pengawasan SPRM dan kerana itu suruhajaya tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mendiang.

Salahuddin juga menjelaskan bagi pihak PAS, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mediang Teo./Tranungkite.Net

1 ulasan:

  1. tubuh suruhanjaya, buat siasatan, cetak buku siasatan jual buku dapat untung habis cerita...sampai bila??

    BalasPadam