TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Sabtu, 18 Julai 2009

SUDAH TERLAMBAT WAHAI PAK LAH

Nasihat Pak Lah kepada Umno Kelantan sudah terlewat - Nik Aziz

Muhammad Yusri Amin

Fri | Jul 17, 09 | 6:48:53 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Julai (Hrkh) - Nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Umno Kelantan supaya meneruskan projek pembangunan di Manek Urai biar pun Barisan Nasional (BN) kalah dianggap sebagai terlambat.

Sedangkan semalam Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed menjelaskan parti itu tidak lagi terikat dengan janji-janji membangunkan Manek Urai seleps kalah Selasa lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dihasrat Abdullah hanya boleh berlaku di zamannya mengetuai kerajaan.

"Tetapi apa yang kita hairankan mengapa beliau cepat sangat hendak berhenti dan memberi jawatan kepada orang lain. Sedangkan rakyat pilihnya untuk lima tahun.

"Mana boleh (begitu), kita orang politik. Kena guna politik sikitlah. Saya tak setuju lama dah beliau berhenti. Berhenti buat apa, kita dilantik lima tahun," katanya ketika ditemui selepas kuliah mingguannya di Medan Ilmu pagi tadi.

Mantan perdana menteri itu hari ini dilaporkan mahu khidmat kepada rakyat Kelantan diteruskan biar pun BN tewas di Dun Manek Urai.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan Pak Lah.

Beliau juga berkata, Umno tidak perlu mengumumkan kepada rakyat mahu melaksanakan pembangunan di Manek Urai kerana ia sudah menjadi tugas agensi dimiliki kerajaan pusat iaitu Kesedar.

Ini kerana kata beliau Manek Urai terletak di bawah Kesedar yang mendapat banyak peruntukan daripada kerajaan pusat.

"Manek Urai berada dalam kawasan Kesedar. Tetapi kenapa pula Umno memperalatkan agensi itu untuk menabur janji pembangunan ketika menghadapi pilihan raya sahaja.

"Kenapa hendak tunggu menang dahulu baru hendak membangunkan Manek urai. Rakyat sekarang bukan 50 tahun dahulu, mereka semakin ramai dan cerdik,". - mj _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan