RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 12 Julai 2009

Pas yakin tambah majoriti di Manek Urai:Nasharuddin


nasha
KUALA KRAI - Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yakin Pas dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan
majoriti undi yang lebih besar berbanding pilihan raya umum 2008.

"Saya yakin Pas akan dapat menambah majoriti (di Manek Urai) berdasarkan rentak (mood) hasil kemenangan pilihan raya kecil (Parlimen) Kuala Terengganu dan Bukit Gantang baru-baru ini.

"Pas telah berjaya membangkitkan isu membabitkan kehidupan seharian penduduk Manek Urai dan Umno sebaliknya tidak banyak membawa isu yang yang relevan dengan penduduk di sini," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat dhuha bersama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para penyokong Pas di Masjid Perial dekat sini hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Pas Ismail Yaacob menewaskan calon Barisan Nasional Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Mengenai dakwaan beliau tidak disenaraikan untuk berkempen bagi Pas di Manek Urai kerana wujud hubungan tegang dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu kerajaan
perpaduan baru-baru ini, Nasharudin berkata ia hanyalah andaian yang sengaja dicipta oleh Umno.

Katanya selama ini beliau memilih untuk berdiam diri kerana percaya media di negara ini tidak akan melaporkan perkara sebenar.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Mohd Fauzi Abdullah, 50./-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. Sudah semestinya...dapat juga mencelikkan mata hati penagih UMNO dalam PAS..

    www.duniacacamarba.blogspot.com

    BalasPadam