RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 17 Julai 2009

HENDAK KAHWIN, TAPI BUNUH DIRI ?

Teo sepatutnya berkahwin esok
Jul 16, 09 9:00pm
Teo Beng Hock yang dijumpa mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam tengahari tadi, sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Teo adalah setiausaha politik exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Lim yang seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas Teo berkata: "Tidak ada orang yang berfikiran wajar, akan membunuh diri sehari sebelum dia akan kahwin".

Menurut Lim, seluruh negara terperanjat dengan "kes pertama kematian dalam tahanan SPRM" itu.

"Reputasi SPRM adalah di tahap terendahnya. Ia harus meyakinkan keluarga Teo dan rakyat bahawa tidak wujud sebarang perbuatan jenayah (berhubung kematian Teo)," katanya ketika mengulas kematian Teo itu.

Teo disoal siasat SPRM sejak semalam berhubung siasatan terhadap dakwaan berlaku salahguna peruntukan bagi kawasan pilihanraya tujuh ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Ean Yong juga tidak percaya Teo telah membunuh diri.

"Dia akan berkahwin, jadi mengapa dia nak bunuh diri," katanya yang jelas sedih dengan pemergian Teo.

Menurutnya, Teo kelihatan seperti biasa sebelum pergi ke pejabat SPRM semalam.

"Dia nampak tenang. Sebelum ke pejabat SPRM, (peguam M) Manoharan dan saya bercakap dengannya bagaimana hendak menjawab soalan.

"Jika ada sebarang masalah, saya yang sepatutnya (berdepan dengan tindakan). Saya tidak nampak mengapa dia hendak bunuh diri," katanya.

Beberapa orang lagi pemimpin Pakatan turut mengulaskan kejadian kematian Teo./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. Yong amat sedih membaca kejadian ini. Yong terfikir, adekah ini satu lagi cara SB untuk melaga2kan orang Cina dengan orang Melayu setelah kes babi di Kedah kantoi? Kalau betul, inilah cara pengkhianat negara yang nak memporak-perandakan negara. It is treason of the highest order. Yong tak kenal SETPOL ini. Tapi Yong tetap menyeru Polis, sila siasat dengan telus. Sila tegakkan keadilan untuk rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  2. ini sesutu yang pelik dan perlu suruhanjaya diraja untuk menyiasatnya

    BalasPadam
  3. jgn suruh suruhanjaya diraja perak pulok...kang sibuk harussani lak...

    BalasPadam
  4. aduh! takziah wt famili mendiang. malunya SPRM. kt spg renggam pn de kes..nseb idup lg..siasat..jgn x siasat..

    BalasPadam