RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 15 Julai 2009

MAKLUMAT MENGELIRUKAN PRK MANEK URAI - KECUAIAN ABDUL FATAH HARUN?

Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Pas masih lagi diberi kepercayaan oleh pengundi-pengundi di Manek Urai dengan kemenangan tipis sebanyak 65 majoriti. Biarpun bukan sedikit yang memperkatakan bahawa Pas akan tumbang kali ini, ternyata Pas mampu bertahan meskipun menghadapi suasana pilihanraya yang penuh dengan amalan sogokan pembangunan dan ugutan kebendaan oleh Umno/Bn. Ternyata Manek Urai masih mempunyai rakyat yang bermaruah dan mereka tidak kesemuanya `lapar' kepada sebuah jambatan yang dijanjikan itu.

Tahniah buat Abe Uji walaupun hanya seorang Peraih Ikan,beliau mampu menewaskan seorang tokoh muda profesional yang bijak pandai dari Umno itu. Di atas kertas, sememangnya calon Umno tersebut punyai peluang yang besar untuk memenangi PRK Manek Urai kali ini tambahan pula dengan berbagai janji yang ditaburkan oleh TPM beberapa hari sebelum ini. Pas masih mampu bertahan walaupun parti tersebut dikatakan masih belum sembuh dari `penyakit' dalamannya semenjak muktamar yang lalu. Bayangkan jika Pas tidak menghadapi sebarang masalah dalaman dan bayangkan juga jika Umno tidak mengamalkan rasuah pilihanraya. Siapa boleh menafikan tawaran untuk membina jambatan bernilai 7 ke 10 juta SEKIRANYA Bn menang adalah satu rasuah pilihanraya?

Di sebalik kemenangan ini, apa yang paling mengecewakan adalah tahap profesionalisma Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun yang dilihat begitu lemah dan cuai di dalammenyampaikan maklumat yang tepat atau hampir tepat. Sebagai contoh, sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Abdul Fatah Harun memberikan maklumat dengan berkata "jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini. "Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN. “Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya. Kenyataan beliau ini dibuat pada jam lebih kurang 3 petang di mana masih ada 2 jam lagi masa untuk mengundi. Di mana beliau memperolehi angka sebesar itu untuk dihebahkan kepada media? Apakah beliau terlalu yakin sehingga membuat perkiraan sendiri tanpa menunggu selesai waktu pengundian? Tidakkah kenyataan beliau selaku Pengarah Pilihanraya Pas akan dianggap satu kenyataan rasmi oleh media?

Oleh kerana kecuaian dan kesilapan beliau itu menyebabkan berita-berita yang disebarkan oleh media termasuk media alternatif turut memberikan laporan dan maklumat yang bukan sahaja tidak tepat malahan jauh dari apa yang sebenarnya. Kenyataan yang terlalu awal dan tidak bijak oleh Abdul Fatah sedikit sebanyak turut mempengaruhi jentera-jentera pilihanraya Pas kerana mungkin mereka sudah merasa selesa dengan pengumuman oleh Pengarah mereka sendiri, sedangkan masa pengundian masih panjang ketika itu. Tidak salah jika ada yang menganggap Abdul Fatah berbohong dengan maklumat yang diberikannya.

Mungkin ramai di antara pihak media termasuk bloggers yang merasa terkilan dengan cara Abdul Fatah ini kerana maklumat yang selalunya tepat atau hampir tepat yang dilaporkan kepada orang ramai sebelum ini ternyata kali ini jauh berbeza. Majoriti 2000 yang diperolehi oleh Pas yang dikatakan selesa oleh Abdul Fatah rupa-rupanya hanya mendapat majoriti 65 sahaja. Kita tidak kecewa dengan majoriti yang kecil itu kerana kita hanya mahu melihat Pas talkinkan Umno di Manek Urai, tetapi kita amat kecewa dengan prestasi dan standard Pengarah Pilihanraya Pas tersebut.

Ini satu pengajaran buat Pas untuk melantik sesiapa bagi mengetuai pilihanraya di masa-masa akan datang. Tokoh tersebut mestilah yang boleh merancang strategi dengan baik serta mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan bijak. Saya melihat Abdul Fatah tidak mempunyai kreteria-kreteria tersebut. Bagi saya secara peribadi, Pas menang di dalam PRK Manek Urai ini tetapi tidak bagi Abdul Fatah Harun. Beliau sebenarnya gagal di dalam melaksanakan tugas beliau. / wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. salam tuan

    ada baik nye tu dia umumkan akan menang dengan majoriti 2000 supaya tambah kuat semangat, itu lah cara dan strategi berperang, walaupun saya yang berada di KL ni merasakan PAS hanya akan menang majoriti yang sedikit.

    BalasPadam
  2. Salam tuan,

    Saya setuju dengan artikel tuan. Izinkan saya berkongsi pandangan,antara hikmah majoriti rendah sebegini adalah:-

    1. Pimpinan perlu bermuhasabah sesama sendiri, dlm keadaan PRK lain majoriti bertambah kenapa di Kelantan berkurang?

    2. Ingatan kepada pimpinan supaya tidak terlalu yakin dengan tinjauan dan cula undi. Lihat sahaja kenyataan Pengarah Pilihanraya Negeri yang begitu yakin akan menang majoriti lebih kurang 2000. Maafkan saya tetapi ianya kelihatan tidak berhati-hati dan sangat cuai.

    3. Ingatan dari kerajaan atas langit supaya bersatu hati. Bukan lagi rahsia bahawa pimpinan PRK Kelantan cuba meminggirkan YAB Presiden & YB Timb. Presiden di MU. Sebagai manusia, sedikit sebanyak akan timbul kecil hati dan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada 'keberkatan' jamaah.

    4. Mood pengundi yang susah dijangka.

    5. Kenyataan pimpinan mengenai strategi parti dalam pilihanraya. Untuk apa menyatakan kepada masyarakat umum bahawa keselamatan dipertingkatkan pada pukul 3pm-5pm (2 jam terakhir)?? Banyak lompong yang boleh diisi di situ (samada oleh pemerhati (baca:pendokong parti) dan parti lawan)

    6. Allah melarang terlalu mengagungkan manusia biasa walau sehebat mana pun dia. Kita menghormati seseorang atas dasar taqwanya tetapi jangan anggap seolah-olah semua tindakannya betul belaka.

    Apapun menang tetap menang walau 1 undi. Takbir!!

    BalasPadam
  3. pilihanraya adalah seperti satu peperangan, strategi adalah penting. jentera pas kali ini memang lemah kerana sebelum ini di prk lain tinjauan hampir tepat. ataupun ada penyelewengan dibilik pembuangan undi yang tak dapat dikesan?

    BalasPadam
  4. Mana boleh hang salahkan abe tah... dia adalah antara tokoh yang digeruni oleh umno kelantan. abe tah adalah besan tok guru. abe tah adalah anak didik arwah datok asri. abe tah adalah mertua ust nik abduh. segala sepak terajang umno dlm poket abe tah. cakap bebaik sikit. nanti kang kena gam cam ust nasha ( dak leh masuk negeri kelantan).

    BalasPadam
  5. ambo setuju nge TBO...buke nok back up abe tah, tapi ni lebih pado psikologi, kito keno kuak, walaupun kito mene majoriti kacil...cekak kito nok biar BN Umngok dan media dio sere moral kito hok low lepas mene kecil...ambo sure abe tah dah tau awal yg PAS akan mene nge majoriti kecil..

    BalasPadam