RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 17 Julai 2009

SETELAH TIADA KUASA, PAK LAH CADANG MANSUHKAN ISA?

Kerajan wajar pertimbang mansuh ISA - Abdullah

SINTOK - Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang kini sering dikaitkan dengan segala persepsi negatif, dan digantikan dengan satu perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan di samping mempertahankan hak asasi rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) Menteri Dalam Negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," katanya di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepada beliau di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Katanya sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah pun dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah berkata beliau percaya kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk mengehadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafsirkan anugerah yang diterimanya hari ini sebagai pengiktirafan komuniti akademia kepada wawasan, pendekatan dan kaedah kepimpinan beliau.

Katanya falsafah demokrasi mencerminkan pengiktirafan kepada aliran falsafah yang amat dekat dengan pendirian dan prinsip kepimpinan yang beliau pelopori. - Bernama/Sinar

3 ulasan:

  1. Ular tedung pun kalau dah tak ada bisa boleh buat main, bukan apa teringat benggali silap mata jual ubat bisa ular. ..mana tahu..tangkal punya dalam..!!!

    BalasPadam
  2. kalau masa muda2 BODOH bolehlah terima sikit,tp kalau dah tua2 BODOH memang malanglah jadi manusia.......

    BalasPadam