RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 16 Julai 2009

PARAH TOK NAN YAAKOB KALAU CAMNI

KUANTAN - Heboh diperkatakan oleh rakyat Pahang di sana-sini, tentang negeri ini yang bakal "muflis" sedikit masa lagi akibat saman menyaman gara-gara "janji palsu" kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika sebelum ini saman difailkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang dikenali sebagai Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, yang menyaksikan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besarnya Dato' Seri Adnan Yaakob diarahkan membayar saman sebanyak RM63 juta gara-gara ingkar terhadap perjanjian konsesi balak. Malah, baru-baru ini juga rakyat Pahang dikejutkan dengan berita sebuah anak syarikat kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) iaitu Astana Golf & Country Club disita gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman sebanyak RM30 juta kepada Agro Bank. Maka kini, satu lagi kejutan berlaku bilamana dua buah syarikat menfailkan saman berjumlah RM233 juta. Saman dibuat oleh syarikat Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu (M) Sdn Bhd (RM24 juta). Saman telah difailkan terhadap Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, berkaitan kes yang sama seperti SGM iaitu "ingkar janji" tentang isu pembalakan di negeri ini. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan rakyat Pahang di seluruh dunia sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi layak untuk mentadbir negeri, kerana mereka sengaja mencipta hutang piutang yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata kelak.

[Melihat kepada apa yang berlaku ini, maka terbuktilah juga kepada kita bahawa sememangnya puak-puak UMNO BN di Pahang adalah memang "kaki belit" dan "putar alam". Perjanjian yang sudah dimeterai mudah sahaja mereka batalkan dan pinda sesuka hati. Penipuan ini adalah amat mengecewakan rakyat Pahang sebenarnya. Malah, kes balak ini sememangnya sudah sinonim dengan Kerajaan Negeri Pahang. Saban waktu kita mendengar ada saja balak yang dicuri serta dirompak. Seolah-olah mereka yang terlibat mendapat lesen daripada pihak berkenaan. Akhirnya segala hasil mahsul yang sepatutnya dinikmati oleh generasi akan datang terus hilang dan terhakis. Pemimpin UMNO BN yang bertanggungjawab semua ini, kerana mereka sedar apa yang berlaku sejak sekian lama tetapi gagal mengambil langkah yang sewajarnya. Maka itu PDO tidak hairan dengan berita saman terbaru yang melibatkan pihak terbabit. Semoga ianya bakal menjadi pengajaran buat semua].

Sumber: Pahangdaily

2 ulasan:

  1. Assalamuaikum..... saudara, dalam coretan yang lepas, saya ada menulis sedikit tentang perkembangan di negeri Pahang. Pahang bukan bakal tetapi sudah lama muflis dek kerana kerakusan Umno dari zaman DS Najib menjadi MB sampai ke zaman Adnan dan paling teruk ialah dizaman Tun khalid Yaacob......... salam berjuang dari saudaramu.
    musafirlalu.blogspot.com.my.

    BalasPadam
  2. There is always two sets of laws in any state.....to the poor and to the top!

    BalasPadam