RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 16 Julai 2009

US AKHIL, TINGGALKAN DUNIA ITU, KEMBALILAH BERJUANG BERSAMA PAS

Ustaz Akhil Hayy Akhirnya Sah Bercerai Hari Ini

IPOH [12.45 pm] - Artis yang merupakan seorang penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya iaitu Maizawati Zainal, 33, di depan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah tengahari ini, selepas 43 hari melalui proses rundingan secara sulh (selesai secara baik), sejak 2 Jun 2009 yang lalu.

[Akhirnya Ustaz Akhil Hayy dibelengu dengan kemelut kontroversi yang pastinya akan terus memusnahkan karier dan kerjaya beliau itu. Inilah akibatnya bila beliau yang sudah berhijrah dari dunia "glamour" sebagai artis, tiba-tiba sanggup kembali ke dunia itu bila menyertai Astro Awani. Program TVnya iaitu "Cafe Akhil Hayy" telah menaikkan kembali populariti dirinya. Namun, akhirnya semua itu ditarik balik. Rumahtangga berantakkan hingga membawa perceraian, malah rancangan TV beliau itu pun kini digantung siarannya. Akhil kini sudah bertukar imej semenjak menjadi popular kembali. Teringat imej beliau ketika menjadi penceramah PAS dulu. Buat Akhil, kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenar. Usahlah terpengaruh dengan dugaan dunia, hingga membawa anda terpaksa berada adalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan fitnah duniawi itu. Sekadar renungan buat Akhil Hayy !].

Sumber: Pahangdaily

9 ulasan:

  1. Akhil Hayy....... MUKO KO DIAT.....

    BalasPadam
  2. aduss, dlm pc aku banyak jugak ceramah dan koleksi akhay hayy ni..

    aku pernah dengar ceramah dia tentang ibu mengandung dan isteri solehah (ayat glamer, cangkul pun cangkulla)

    bila dia dah jadi macam ni, macam tak percaya pulak..kembalikan akhiy hayy yang dulu

    BalasPadam
  3. takder ker orang yang boleh pergi jumpa dia dan nasihat supaya jangan bergelumang dengan dunia artis, tujuan asal nak dakwah dengan masuk ke dalam dunia mereka tetapi diri sendiri pula berantakan, sayang sungguh dengan akhil, dahulu tak pernah miss dengar ceramah beliau ... terhibur.

    BalasPadam
  4. dulu dia ceramah pakai serban
    saya suka..
    nampak ciri2 keimanan..
    tak miss beli cd...
    sekarang.
    asal keluar muka dia kutuk..
    asal kutuk keluar muka dia..
    kembalikan kepada asal encik akhill..
    seruan ikhlas daripada kami..
    untuk sama2 mencari keredhaanNya..

    BalasPadam
  5. jgn salahkn ustaz 2.klu x kerna si gedik celaka semonya selamat

    BalasPadam
  6. Bagi aku Ustaz akil tetap menyokong perjuangan Islam tetapi dia tidak hipokrit.

    BalasPadam
  7. Aku sangat suka dgn ceramah beliau...

    BalasPadam
  8. Lagi tinggi kerjaya ustaz Akhil, lagi tinggi
    pancaroba dan dugaan yg menimpa!
    Beliau pun manusia biasa yg tidak sunyi daripada melakukan kesilapan...bukan Nabi!!!

    Aku simpati dengan beliau!

    BalasPadam
  9. byk tul komen tuk ustaz akhil.. ok lah... xnak backing mana2 pihak..
    tp bukan ke dikatakan, Allah nie lg Dia syg hamba Dia, lg banyk Dia bg dugaan.. prnh dgr x?
    perasan x bila ada org wat slh (pd pndgn dhaif kita jer) kita kutuk kaw2... apa yg kita dpt, dosa jer.. apa yg org tu dpt.. pahala je sbb kutukan kita... renung2 kanlah... "akal yg tidk digunakan akan berkarat"

    BalasPadam