http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Gambar berpuluh ribu berhimpun Anti Anwar.....hehehehe...
| Peguam bantah teori Teoh bunuh diri | ||
|
| Ali Hashim Fri | Aug 14, 09 | 6:40:08 pm MYT | |
| PERMATANG PAUH, 14 Ogos: Selepas para pengikut Umno berdemonstrasi menyokong kenyataan timbalan presiden mereka, Tan Sri Muhyidin Yasin, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berdemostrasi hari ini bagi membantah Muhyidin.
Mereka mengadakan demonstrasi secara aman itu di hadapan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tadi. Demonstrasi yang disertai para penyokong Pakatan Rakyat (PR) itu diadakan bagi membantah tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan Umno yang menggelarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat. Sepanduk dengan pelbagai luahan rasa oleh penyokong-penyokong PR seperti 'Siapa Pengkhianat', 'Siapa Yang Sebenarnya Mengkhianati Bangsa' dan juga laungan takbir turut memenuhi ruang. Demonstrasi tersebut turut disertai oleh penyokong-penyokong bukan Melayu yang turut bersimpati dengan kenyataan yang tidak sepatutnya dihemburkan oleh seorang pemimpin negara. Terdapat juga suara-suara yang berkata sekiranya ada pasukan polis atau FRU yang hadir sudah pasti keadaan aman akan menjadi kelam-kabut dan dipenuhi dengan kacau bilau sepertimana yang berlaku dalam program ceramah Mansuhkan ISA di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam baru-baru ini. _/Sumber: Harakahdaily |
| Rohaizat Othman calon BN di Permatang Pasir | ||
|


| Mohd Khalil Abdullah Thu | Aug 13, 09 | 1:01:15 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Setiap wajah jelas menampakkan reaksi ingin tahu. Bukan satu, bukan juga puluhan, malah bukan jua ratusan tetapi ribuan membanjiri lokasi ceramah untuk mendengar sendiri daripada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Isu khianat menjadi tumpuan. Semua yang hadir menanti apakah jawapan Anwar terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno sejak kebelakangan ini. Beralaskan akhbar lama, ada yang baru, masing-masing mencari tempat strategik untuk mendengar sendiri jawapan daripada mantan Timbalan Perdana Menteri itu. "Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. "Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi. Beliau menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau-lampau. Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama. "Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?" soal Anwar. Sebaliknya Anwar menegaskan Umno dan BNlah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama. "Orang Melayu diperbodohkan kerana Umno hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar. Beliau juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci. "1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya. "Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,"soal Anwar lagi. - mks._ |


Debat antara Ketua Pemuda UMNO dan rakan sejawatannya dari PAS mengenai isu rasuah di Malaysia ditetapkan pada 13 Ogos ini. Debat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu hanya akan berlangsung jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri turun membahasakan topik dan tidak mewakilkan tugasnya pada pihak ketiga “Pemuda Pusat mengambil keputusan bersetuju supaya Ketua Pemuda hadir pada 13 Ogos di Dewan Perhimpunan Cina dengan syarat Ketua Pemuda UMNO turut hadir. Kita akan tarik diri sekiranya selain daripada Ketua Pemuda Umno hadir,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi. Perbahasan itu bertajuk: Rasuah dan Masa Depan Malaysia, Dimana Peranan Pemimpin Muda Politik.
[Perdebatan amat baik dilakukan untuk menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi tulen. Namun, beranikan menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin untuk menghunus keris bagi menyahut seruan ini?. Kami yakin 100% yang Khairy tidak akan berani berdepan secara "anak jantan" dengan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi yang cukup dikenali dengan kelantangan dan suara serta fakta yang tegas serta jelas itu. Jika Khairy berani tampil, maka memang beliau sengaja menempah "maut" berhadapan dengan Ustaz Nasharuddin itu nanti]./Pahangdaily
