RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 17 Disember 2009

Harussani condong bela UMNO: Pas


SHAH ALAM - Pas mendakwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria lebih condong membela UMNO apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, pemimpin PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu dan buktinya, Sultan Perak tidak pernah mengambil tindakan kepada PR walaupun pernah dituduh mempersoalkan tindakan baginda.

Menurutnya, Harussani juga gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di Perak, sebaliknya hanya bercakap mengenai kepentingan UMNO sahaja.

“Beliau hanya bersuara sebagai mufti Melayu-UMNO, bukan mufti Islam. Beliau juga condong kepada hukum perkauman apabila menyentuh isu perpaduan Melayu.

“Perlembagaan negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalahgunakan,” katanya.

Kelmarin, Harussani mendakwa tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

Idris berkata, rakyat Perak dan umat Islam di seluruh negara harus bersatu dalam konteks perjuangan Islam yang tidak pernah mengabaikan sebarang kaum dan hak penganut agama lain.

“Pas berharap agar beliau kembali menjalankan tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik,” katanya.

Sementara itu Harussani ketika dihubungi berkata, terpulang kepada Pas untuk menggelar dirinya sebagai mufti Melayu-UMNO kerana bertanggungjawab untuk menegur mana-mana pihak demi kebaikan dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

“Jangan mempersoalkan tindakan raja-raja Melayu dan agama Islam kerana ini adalah tunggak Negara dan tindakan mereka ini sama seperti mahu menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana kepentingan politik semata-mata.

“Saya sangat menekankan perpaduan Islam khususnya orang Melayu dan tidak mahu berlaku perpecahan hanya disebabkan perbezaan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pemimpin PR menyentuh isu sensitif sudah melampau dan beliau berhak menegur daripada membiarkan perkara itu terus berleluasa.

“Kita dapat melihat contoh yang berlaku di negara jiran apabila sentimen perkauman dibangkitkan dan akhirnya rakyat yang akan menderita. Jangan sampai perkara yang sama berlaku kepada Negara kita dan masih belum terlambat untuk mencegah perkara ini,” katanya./Sinar

70 MP BN boikot bajet Najib-PAS

16 Dec 2009

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.

Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

"PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat.

"Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat," katanya.

PAS, katanya, berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan./KLpost

Rabu, 16 Disember 2009

MEMALUKAN- KERAJAAN ` TIGA MAJORITI DAN KERAJAAN 20 MINIT' ?


Misbahul Munir Masduki

Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Najib hilang kredibiliti, ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan.

Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen ?

Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan.

Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan & perbelanjaan yang sewajarnya.

Di Perak bajet 2010 yang dibentang oleh Zambry dibentang dalam masa tidak lebih 20 minit. Bajet yang menelan belanja hampir 1 bilion, dibelanja untuk tempoh satu tahun dibentang dan diluluskan dalam masa 20 minit.

Bayangkan apa akan dan sudah terjadi dengan negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pembentangan bajet seluruh negara di mana bajet yang dibentangkan tidak dibahaskan oleh seluruh adun kerajaan haram BN.

Pakatan Rakyat sejak dari awal sememangnya tidak mengiktiraf pembentangan bajet tersebut, seklipun PR tidak mengambil bahagian, mengapa adun-adun BN tidak mengambil bahagian untuk membahaskan bajet tersebut.

Mengapa adun BN tidak memberi cadangan, pandangan dan kritikan kepada bajet tersebut, kerajaan haram BN pula akan memberi penjelasan dan jawaban-jawaban terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan.

Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor./Harakahdaily

TIDAK HADIR DEWAN, JAWAPAN MAHFUZ DAN DR CHE ROSLI

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan.

Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.

Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.

"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.

"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.

"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.

Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut.

15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.

Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib./Harakahdaily

EXCO KELANTAN DI ROMBAK ?

Nik Aziz nafi akan rombak Exco

KOTA BAHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, barisan Exco Kerajaan Negeri sekarang akan dikekalkan dan tidak akan berlaku sebarang rombakan dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, khabar angin kononnya akan berlaku rombakan adalah tidak benar.

"Saya beri jaminan tidak akan berlaku rombakan exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Mengenai pertukaran beberapa pegawai kanan kerajaan, Nik Aziz berkata, itu adalah perkara biasa dalam memantapkan pentadbiran negeri. –Bernama

Nik Amalina diminta sertai politik

KOTA BHARU- Nik Amalina, anak kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta menyertai parti politik supaya beliau mengetahui asam garam yang ada dalam bidang tersebut.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun ketika mengulas kenyataan terbaru Nik Amalina dalam blognya yang menyiarkan kenyataan supaya salah seorang Exco Kerajaan Negeri meletakkan jawatan berhubung dengan masalah politik dalaman yang berlaku di negeri ini.

Abdul Fatah berkata, Nik Amalina seharusnya bersikap rasional dan tidak terlalu emosional dalam menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap diri dan keluarganya.

“Politik ini sedap kita tengok dari luar, tetapi siapa yang berada di dalam mereka akan tahu, kita boleh komen tanpa batasan dari luar, tetapi implikasinya sangat besar,

“ Oleh itu, saya berpesan kepada adik-adik saya ni supaya berfikir lanjut sebelum melontarkan pandangan,” katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pas Negeri.

Sebelum ini, Nik Amalina yang juga Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman mencabar salah seorang Exco Kerajaan Negeri meletak jawatan.

Melalui tulisan blognya, Nik Amalina berkata “Kalau ditanya saya, tentu saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?”

Nik Amalina menjadi tumpuan ramai apabila blog Ahli Parlimen Pas, Dr Siti Mariah Mahmud menyiarkan suratnya, yang meluahkan perasaan berhubung isu peletakan jawatan suaminya itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Abdul Ariffahmi, yang bergelut dengan kontroversi pelantikannya sebagai peneraju utama PMBK, bercadang menyerahkan notis pada 24 Disember ini sebelum peletakan jawatannya berkuat kuasa 23 Mac depan./Sinar

Harussani condong bela Umno: PAS



SHAH ALAM - Pas mendakwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria lebih condong membela UMNO apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, pemimpin PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu dan buktinya, Sultan Perak tidak pernah mengambil tindakan kepada PR walaupun pernah dituduh mempersoalkan tindakan baginda.

Menurutnya, Harussani juga gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di Perak, sebaliknya hanya bercakap mengenai kepentingan UMNO sahaja.

“Beliau hanya bersuara sebagai mufti Melayu-UMNO, bukan mufti Islam. Beliau juga condong kepada hukum perkauman apabila menyentuh isu perpaduan Melayu.

“Perlembagaan negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalahgunakan,” katanya.

Kelmarin, Harussani mendakwa tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

Idris berkata, rakyat Perak dan umat Islam di seluruh negara harus bersatu dalam konteks perjuangan Islam yang tidak pernah mengabaikan sebarang kaum dan hak penganut agama lain.

“Pas berharap agar beliau kembali menjalankan tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik,” katanya.

Sementara itu Harussani ketika dihubungi berkata, terpulang kepada Pas untuk menggelar dirinya sebagai mufti Melayu-UMNO kerana bertanggungjawab untuk menegur mana-mana pihak demi kebaikan dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

“Jangan mempersoalkan tindakan raja-raja Melayu dan agama Islam kerana ini adalah tunggak Negara dan tindakan mereka ini sama seperti mahu menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana kepentingan politik semata-mata.

“Saya sangat menekankan perpaduan Islam khususnya orang Melayu dan tidak mahu berlaku perpecahan hanya disebabkan perbezaan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pemimpin PR menyentuh isu sensitif sudah melampau dan beliau berhak menegur daripada membiarkan perkara itu terus berleluasa.

“Kita dapat melihat contoh yang berlaku di negara jiran apabila sentimen perkauman dibangkitkan dan akhirnya rakyat yang akan menderita. Jangan sampai perkara yang sama berlaku kepada Negara kita dan masih belum terlambat untuk mencegah perkara ini,” katanya./Sinar

Nik Aziz sudi dilantik 'pemimpin rohani' Pakatan


Jimadie Shah Othman & Andrew Ong


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"

Nik Aziz diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya./Malaysiakini

Bung Mokhtar nikahi pelakon seksi Zizie Ezette?

16 Dec 2009

"Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan," kata pelakon Khaty Fauziah, ibu kepada Zizie Ezette ini berhubung khabar angin yang mengatakan aktres itu telah dilamar oleh seorang ahli politik dari Sabah.

Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan.

"Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan.

“Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty enggan memberikan komen lanjut.

Sementara itu, Zizie gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. Semua panggilan telefon mahupun SMS mStar kepadanya tidak mendapat sebarang respons.

Zizie sebelum ini pernah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan berusia 40-an dari Batu Pahat, Johor setelah hampir tujuh tahun bercinta.

Sementara itu menurut blog Malaysian Instinct ahli parlimen yang dimaksudkan ialah dari Kinabatangan iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin.

Menurut blog tersebut juga majlis resepsi tersebut bakal diadakan esok. / Mstar, KLpos, Malaysia Instinct. Foto: Murai.com.my


Zizie (kanan) gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan

Isnin, 14 Disember 2009

Isu PAS S'gor: JK disiplin mesyuarat Rabu ini

Jawatankuasa disiplin PAS akan bermesyuarat 23 Disember ini untuk membincangkan jawapan pemimpin-pemimpin PAS Selangor yang diberi surat tunjuk sebab sebelum, berhubung isu kerajaan perpaduan.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antara yang menjawab surat tersebut ialah pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pejabat Agung PAs di ibunegara mulai jam 2 petang.

Surat tunjuk sebab itu dihantar pada 2 November lalu dan mereka diberi tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Surat tunjuk sebab tersebut dihantar kepada kepimpinan PAS Selangor isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung soal kerajaan perpaduan.


Pada asalnya, menteri besar Kelantan itu mendesak muktamar khas diadakan untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan Dr Hassan.

Berikutan itu, satu mesyuarat khas barisan kepimpinan atasan PAS diadakan pada 28 Oktober lalu yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke jawatankuasa disiplin parti itu.

Jawatankuasa itu diminta menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan jawapan mereka itu, Tuan Ibrahim berkata: "Kita akan membawanya ke dalam mesyuarat"./Malaysiakini

Pas Pusat serah isu Ariffahmi kepada Kerajaan Kelantan - Hj Hadi

Pas Pusat serah isu Ariffahmi kepada Kerajaan Kelantan

SHAH ALAM - Pas Pusat menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Kelantan berhubung isu dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu adalah di bawah tanggungjawab kepimpinan Kelantan untuk diselesaikan.

“Kes ini kita serah kepada kebijaksanaan kepimpinan Kelantan dan setakat ini apa yang saya tahu, proses itu berjalan baik,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Pusat Tarbiah Islam Subang (Putis) bernilai RM720,000 di Kampung Melayu Subang, semalam.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali.

Mengenai dakwaan UMNO cuba ‘menangguk di air keruh’ dalam isu itu, Abdul Hadi berkata, itu cara UMNO dan sudah dijangka.

“Terpulang jika (UMNO) nak gunakan isu ini untuk kepentingan mereka, itu hak dia. Saya tidak mahu campur dan kita yakin kes ini sudah diselesaikan," katanya.

Mengenai gesaan kepimpinan Pas Pusat supaya menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, meletakkan jawatan segera, Abdul Hadi menegaskan perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana Pengarah Urusan PBMK itu sudah pun meletakkan jawatannya secara rasmi./Sinar