RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 14 Disember 2009

Pas Pusat serah isu Ariffahmi kepada Kerajaan Kelantan - Hj Hadi

Pas Pusat serah isu Ariffahmi kepada Kerajaan Kelantan

SHAH ALAM - Pas Pusat menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Kelantan berhubung isu dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu adalah di bawah tanggungjawab kepimpinan Kelantan untuk diselesaikan.

“Kes ini kita serah kepada kebijaksanaan kepimpinan Kelantan dan setakat ini apa yang saya tahu, proses itu berjalan baik,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Pusat Tarbiah Islam Subang (Putis) bernilai RM720,000 di Kampung Melayu Subang, semalam.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali.

Mengenai dakwaan UMNO cuba ‘menangguk di air keruh’ dalam isu itu, Abdul Hadi berkata, itu cara UMNO dan sudah dijangka.

“Terpulang jika (UMNO) nak gunakan isu ini untuk kepentingan mereka, itu hak dia. Saya tidak mahu campur dan kita yakin kes ini sudah diselesaikan," katanya.

Mengenai gesaan kepimpinan Pas Pusat supaya menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, meletakkan jawatan segera, Abdul Hadi menegaskan perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana Pengarah Urusan PBMK itu sudah pun meletakkan jawatannya secara rasmi./Sinar

2 ulasan:

  1. Macam kura-kura. lambat sangat, cerita dah basi baru nak bagi noktah pada isu PBMK.Sepatutnya sebagai presiden kena peka dan cekap dan isu tengah hangat ari tu terus buat keputusan noktahkan pada isu ini.Harakah ada, tenguk macam DS Anwar atau yg terbaru Najib dalam isu BTN.. Itu pun nasib baik cerdik sikit menjawab,tidak melatah macam Mahfudz, kalau tidak cerita yg dah basi cuba di perhangat dan di main senula oleh media dgn mwmperalatkan kepimpinan PAS, kalau tidak lagu lama terus di main oleh media umno hingga ke pilihanraya ke 13

    BalasPadam
  2. Seorang peguam tanpa undang-undang ialah Datuk Yip Kum Fook dia menipu wang sami Myanmar (Bhante Nandiya), dan dia tidak dapat melihat siapa yang lebih baik daripadanya, sesiapa yang lebih baik dari dia, dia akan mengganggunya sehingga orang itu akan jatuh.

    Datuk Yip Kum Fook juga merupakan presiden Kuil Buddha, Taman Desa Jaya, Kepong.. tetapi dia tidak tahu apa-apa ajaran Buddha atau dia tidak pernah tahu apa itu peraturan (undang-undang) Buddha, memalukan dunia Buddha, mungkin beliau fikir di Malaysia ini hanya beliau, tiada siapa yang tahu ajaran Buddha

    Ramai sami tempatan kata Datuk Yip Kum Fook tak suka sami Malaysia dan sami Malaysia sangat rendah ilmu, sami di luar negara kerana mudah dikawal...kita nak tanya siapa yang mulakan Tokong ini? anda baru sahaja datang dan mengambil alih, kami dan Guru kami bekerja keras untuk Kaabah

    Dari Ng Chee Hoong & Sunny Chong, Taman Desa Jaya, Kepong

    BalasPadam