RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 19 Disember 2009

Eksklusif: Pendedahan Bala Mencemaskan Najib Serta Membuatkan Dendamnya Terhadap Anwar Ibrahim Dan Pakatan Rakyat Semakin Membara !

Susulan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dalam blog Malaysia Today perihal rakaman video pendedahan "skandal pembunuhan Altantunya" oleh Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam, maka ternyata kini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bagai "cacing kepanasan". Biarpun isterinya, Rosmah Mansor mengatakan segala maklumat terbaru itu tidak menganggu tugas-tugas Najib dan dianggap sebagai tuduhan liar yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan suaminya itu. Malah Rosmah juga ada berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau dan sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna serta baik untuk masa depan. Begitulah kenyataan seorang isteri pemimpin yang kini mungkin tidak lena tidur akibat dibuai oleh mimpi-mimpi ngeri jelmaan "Altantunya Shariibuu". Umum melihat, biarpun kes itu seolah-olah sudah ditutup rapat-rapat bilamana dua "kambing hitam" iaitu Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dihukum gantung oleh mahkamah hujung tahun lalu. Namun, sehingga kini rakyat masih sangsi dengan keputusan tersebut, tambahan pula pabila dalang disebalik skandal ini iaitu Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah. Sedangkan, kedua-dua tertuduh itu sebenarnya kemungkinan besar mendapat arahan daripada Razak sendiri. Manakala Razak pula sudah pasti mendapat arahan pihak atasan atau "Boss"nya. Malah, di mahkamah sendiri, Razak ada menjelaskan bahawa Altantunya mengugut beliau dan meminta diberi bayaran ratusan ribu ringgit. Soalnya, kenapa tuntutan itu dilakukan oleh Altantunya?. Apakah beliau hanya "berseronok" meminta wang daripada Razak tanpa ada apa-apa perjanjian yang dimeterai sebelum itu?./Selanjutnya di Pahangdaily.blogspot

2 ulasan:

  1. salam..
    kalaulah betul apa yg dikatakan oleh Bala yg didokong oleh PR.. maka dedahkanlah.. kerana 2 hamba allah dijadikan pertaruhan utk menjalani hukuman mati..

    pada saya ckp2 bala RM2.00 hnya ckp takdak isi.. & main2.. sbb 2 org Islam akan dihukum mati.. jadi kalau ada bukti ketengahkan supaya mereka berdua boleh merayu..

    BalasPadam
  2. Kepada SEMUA INSAN yang dinamakan "manusia", marilah kita semua bermunajat kepada Allah (mengikut kepercayaan masing-masing) supaya ditunjukkan kebenaranNYA kes ini.

    BalasPadam