RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 14 Disember 2009

PILIHANRAYA KECIL LAGI ?

Siap sedia untuk pilihanraya kecil di Batu…

Ahli Parlimen PKR kawasan Batu di Kuala Lumpur,Tian Chua berkata beliau tidak akan merayu seterusnya jika proses rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai 29 Januari ini kalah.

Katanya kepada Agendadaily selepas satu forum dekat Kuala Lumpur Sabtu malam langkah ini adalah bagi memastikan satu pilihanraya kecil diadakan di kawasan itu.

“Saya tidak boleh fikirkan soal diri saya lagi tetapi untuk parti jika kalah dalam rayuan itu.Saya nak pastikan ada pilihanraya kecil di situ,”katanya.

Tian Chua menjangka jika beliau meneruskan proses rayuan ini boleh memakan masa dan melepasi tempoh had peraturan Suruhanjaya Pilihanraya dimana tidak perlu ada pilihanraya kecil jika seseorang wakil rakyat kosongkan kerusinya pada Mac 2011.

Beliau enggan mengulas harapannya dalam proses rayuan mulai 29 Januari itu.

Tian Chua bagaimanapun berkata beliau yakin PKR dapat menawan balik kawasan Batu sekiranya berdepan dengan calon BN-Gerakan di situ.

“Saya menduga berat sikit bagi kami jika calon UMNO bertanding di situ tetapi jika calon Gerakan kami pasti menang mudah,”katanya.

Pada 22 Okt lalu Tian Chua telah dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 kerana didapati bersalah gigit tangan konstabel Rosyaidi Anuar dalam pergelutan di jalan depan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Berikutan keputusan itu beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.Keputusan itu ditangguhkan sementara proses rayuannya selesai.-12/12/2009/Agendadaily

1 ulasan:

  1. Kalahkan melalui pilihanraya susah, kalakan melaui mahkamah mudah. Itulah realiti politik hari ini.
    Carik baju raja
    Dilompati todak,
    Bukan sengaja
    Sebab akal budak.

    BalasPadam