RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 13 Disember 2009

ISU MASJID - KOR MING SUDAH JAWAB, KENAPA HARUN TAIB SUSAH HENDAK FAHAM?

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU dana masjid yang ditimbulkan oleh MP Taiping dari DAP, Kor Ming benar-benar digunakan sebaik mungkin oleh musuh-musuh PR bagi menyerang PAS. Kononnya jelas DAP sebenarnya memusuhi Islam dan PAS wajib meninggalkan DAP. Mudah untuk difahami mengapa pemimpin-pemimpin Umno dan media balaci mereka memainkan isu tersebut. Benarkah apa yang diperkatakan oleh Kor Ming tersebut?

Semua sudah tahu bahawa Kor Ming beserta beberapa pemimpin PR dari PAS dan PKR telah pun membuat kenyataan akhbar di luar Parlimen baru-baru ini menafikan tuduhan tersebut. Berani kerana benar, maka Kor Ming akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang melaporkan kenyataan yang diputarbelitkan itu. Maka, sepatutnya semua sudah faham terutamanya bagi pimpinan di dalam PR. Mereka perlu memahami isu tersebut bagi memudahkan mereka menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi. Masalahnya, mengapa ada pemimpin yang masih lembab untuk mengetahui perkembangan isu tersebut? Sudahlah mereka lembab, mereka seolah-olah memberi `amaran' pula kepada sekutu mereka seolah-olah mereka percaya apa yang dilaporkan oleh media balaci ini. Cuba banya kenyataan pemimpin yang lembab itu di sini.

“Pakatan Rakyat akan tambah lagi (masjid) dan kita harap DAP tidak akan bercakap mengenai perkara yang boleh menunjukkan mereka anti Islam,” katanya. Harun, yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, meminta pemimpin DAP tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan DAP memusuhi Islam dalam usaha menjaga keharmonian negara. - Sinar. Inilah bunyinya kenyataan Ustaz Harun Taib seorang pemimpin kanan PAS di Terengganu. Jika kenyataan ini disalah lapor oleh akhbar berkenaan, terlebih dahulu saya mohon maaf, tetapi Ustaz Harun mestilah mengambil tindakan ke atas akhbar ini. Mungkin ada yang mengatakan saya terlalu menyokong DAP dalam isu ini, tetapi yang benar mesti disokong. Dr Hatta, Dr Lo'Lo dan juga beberapa pimpinan PAS juga turut berada bersama ketika Kor Ming mengadakan sidang akhbar tersebut dan mereka berdiri teguh dengan Kor Ming yang telah dianiayai itu. Adakah Dr Hatta dan Dr Lo'Lo serta yang lain itu lebih menyokong DAP dari PAS?

Kita tidak faham mengapa masih terdapat beberapa pimpinan di dalam PR yang masih terikut-ikut dengan tari media. Bagaimana mungkin mereka boleh berinteraksi dengan penyokong di peringkat akar umbi jika mereka sendiri pun lembab dan kurang cerdik? Harakahdaily juga telah menyiarkan cerita sebenar isu ini, masakan Ustaz Harun Taib tidak membaca Harakahdaiy atau beliau juga tidak percaya kepada laporan Harakahdaily. Adakah beliau lebih percaya kepada Utusan Meloya?

Sebab itu banyak kita dengar suara-suara mahukan perubahan di dalam pimpinan. Perubahan perlu dilakukan untuk mencari pemimpin yang benar-benar cerdik dan bijak mengharungi gelombang politik yang semakin mencabar ini. Kita tidak perlukan lagi pemimpin yang meletakkan dirinya `di bawah tempurung'./ Kembali ke laman asal di sini.

7 ulasan:

  1. Mmg kualiti sebahagian besar pemimpin2 PAS terutamanya pemimpin2 generasi sebelum reformasi 98 agak kurang cerdik dan tidak bijak, mereka banyak bersandar kepada tiket agama dan emosi mereka mudah dipermainkan oleh media. Lihat je macam Mahfudz dgn isu Nik Aziz dan Ustz. Harun Taib mudah je di ulit2 oleh media,kadang2 rasa malu dengan parti2 lain terutamanya parti seperti DAP..LAUNGAN ISLAM je hebat tapi kualiti sebagai pemimpin yg amalkan amalan dan kebijaksaan Islam TIADA...macam umno juga memperjuangkan bangsa bukan Islam sebenarnya

    BalasPadam
  2. ni sekor lagi mamat PAS (kalau media tidak putar belit kenyataannya) yang tak mahu faham realiti politik PR. Kalau ya pun kamu duduk dalam kelompok 100% Melayu tidak seperti pemimpin2 PR di pantai barat Malaysia yang bertungkus lumus menyatupadukan rakyat berbilang kaum, janganlah buat-buat tak faham.

    BalasPadam
  3. aku org ganu
    aku harap org ganu untk election akan dtg jgn undi pas dan umno...seyes!! ajar dorang skit..semua pemimpin pas dan umno ganu bongok blake..kepala batu semua..!! idea politik kurang bernas..kuno..jumud..seyes...aku menyampah...!!! nak undi pon malas...aku tak suka gak kalo benar dap wat kacau..tapi..pemimpin islam kenala cerdik benar..mengatasi kebatilan..aduh...

    yg bijak pandai kena tendang awal2..tu la pas..mcm umno dh..seyes!!!

    BalasPadam
  4. Inilah level pemikiran pemimpin PAS la ni. Sapa lantik Harun Taib jadi Pesuruhjaya TRG? Macam mana pulak level pemikiran org yg lantik dia? 2 x 5 = 5 x 2. Sapa pulak yang lantik Presiden PAS la ni?. So dengan kata lain itu lah level pemikiran majoriti ahli-ahli PAS sediada.... lembab!!!

    BalasPadam
  5. Nak cakap pasal level ni, jangan dok babit ahli PAS, bukan semua ahli PAS otak karat. Bila kita pilih kita anggap semuanya otak stainless steel, tapi bila naik ke atas stainless steel pun boleh karat juga, apa nak buat!!

    BalasPadam
  6. aduilaa..
    statement macam tu pun diputar belit..
    bukan ke senada dgn kenyataan us Idris..
    Menasihat jgn guna statement begitu utk akan datang, nanti media perdana putar belit..

    tak faham lorr...

    bila nak husnuzon ni...

    BalasPadam
  7. Selain nak jaga undi Cina (memihak kepada DAP dan PKR serta MCA, MIC dan Gerakan) kena jaga juga undi Melayu (PAS, UMNO)

    pandai-pandailah bermain plotik asalkan tidak merugikan melayu dan Islam.

    Tok Janggut Moden

    BalasPadam