RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 11 Mei 2010

KES LIWAT - ANWAR BERSYUKUR SAIFUL MENGAKU

ANWAR - SAIFUL MENGAKU NAJIB TERLIBAT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful./Harakahdaily

PERBICARAAN KES LIWAT - ULASAN YANG MENARIK

Saiful Bukhari Azlan si "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah dimakan dek "sumpah laknat" yang dilakukannya sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Beliau seolah-olah menjadi panik ketika berada di mahkamah, tambahan pula apabila diasak bertalu-talu oleh peguambela handalan Anwar iaitu Karpal Singh.

Bermula dengan cerita sensasi kononnya dia tidak mandi junub selepas diliwat Anwar dan sanggup tidak solat kononnya berada dalam keadaan darurat. Kini rupanya banyak lagi kenyataan beliau yang telah memerangkap dirinya. Antaranya Saiful mengaku telah bertemu dengan PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu beberapa hari sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar. Persoalannya sekarang, apakah yang dibuat oleh Saiful hingga Najib sanggup menerima kehadiran beliau secara peribadi.

Sebelum ini Najib ada mengakui Saiful berjumpanya untuk memohon biasiswa. Apakah benar itu yang dipohon oleh Saiful?. Jika benar, biasiswa apa yang dipohon oleh Saiful sebenarnya, apakah JPA, MARA, FELDA, PETRONAS atau sebagainya?. Maknanya Saiful perlu kemukakan bukti yang dia memang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Soalnya sekarang, bila masa pula dan ke IPT mana pula Saiful melanjutkan pelajarannya itu?. Perkara inilah yang amat meragukan kita.

Apa yang lebih menarik dalam prosiding hari ini, Dr.Osman Pusrawi (foto) ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan kononnya beliau diliwat. Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman berbohong. Soalnya sekarang, jika Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci semasa memeriksa Saiful. Apakah kita boleh menerima kenyataan mulut Saiful daripada laporan yang lengkap seperti itu. Makanya, siapakah yang berbohong dalam hal ini.

Saiful juga mengesahkan telah bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Rodwan kini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru. Saiful mengatakan Dr.Osman Pusrawi berbohong, sebaliknya menjawab "No Komen" bila diajukan persoalan tentang tiada bukti kemasukan atau luka tanda diliwat seperti dalam laporan perubatan oleh tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sementara itu diakhir prosiding hari ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mahu kemukakan "kenyataan beramaran" Saiful kepada pihak polis kerana amat jelas Saiful Bukhari cuba berbohong dalam mahkamah. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan akhirnya mahkamah terpaksa ditangguh hingga ke pagi esok.

[Apapun, sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya kes liwat II ini esok. Apakah Saiful berani untuk berhadapan dengan Karpal Singh lagi, sedangkan beliau telah bersumpah untuk tidak berbohong di dalam mahkamah. Jika inilah keadaan perbicaraan yang sedang kita saksikan maka adalah lebih elok Saiful didakwa atas kesalahan menghina mahkamah. Kenyataan yang berbelit-belit dan gagal mengawal keadaan dengan baik jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya telah dipaksa untuk melakukan demikian. Amatlah malang sama sekali jika perbicaraan diteruskan kerana ia akan menambahkan lagi aib kepada anak muda itu. Bahkan sudah pasti lebih banyak nama pemimpin akan dikaitkan dengan kes itu nanti. Maka akhirnya sumpah laknat Saiful memakan dirinya sendiri setelah lebih setahun beliau menunggu hari kebenarannya yang dijanjikan untuknya. Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes kontroversi ini!]./Pahang Daily

Isnin, 10 Mei 2010

KES LIWAT - SOAL BALAS TERHADAP SAIFUL

Liwat II: Karpal soal balas Saiful
Mei 10, 10


Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

12.30tghari: Karpal Singh memohon penangguhan hingga pagi esok untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Hakim Zabidin membenarkannya dan menanguhkan perbicaraan hingga esok.

11.30pagi: Karpal minta rihat sekejab.

11.25pagi: Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.

11.22pagi: Saiful mendakwa, minyak pelincir digunakan sewaktu melakukan hubungan seks.

11.20pagi: Karpal, merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.

Saiful pula berkata dia tidak tahu kerana dia tidak dapat melihat duburnya.

11.06pagi: Karpal membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya.

Saiful berkata laporan itu salah dan tidak betul.

Berikutan itu, Karpal berkata doktor berkenaan akan dibawa untuk memberi keterangan.

Saiful berkata dia tidak tahu dan "mungkin doktor berbohong".

10.54pagi: Karpal bertanya Saiful sama ada dia seorang muslim yang baik. Saiful menjawab iya.

Karpal berkata Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks.

Saiful mengakui dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia dalam keadaan darurat pada masa itu

Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat.

10.45pagi: Saiful berkat dia tidak bertemu dengan Najib atau isterinya Rosmah Mansor sebelum pertemuan pada 24 Jun.

Saiful berkata dia berjumla ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun

selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan mengenai masalahnya.

10.40pagi: Saiful berkata dia berjumpa PM Najib pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

10.39pagi: Karpal meminta Saiful mengangkat sumpah dengan betul dan memintanya bercakap benar.

10.35pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan menolak permohonannya sebelum ini.

Sesi soal-balas ke atas Saiful.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.

Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.

Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.

Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.

Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.

9.57pagi: Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa./Malaysiakini

VIDEO - ORANG INI JUGA MAHU JADI SENATOR SEPERTI EZAM?

SD Johari - Anwar homoseksual


Sunday, 09 May 2010
Video ini di siarkan untuk menunjukkan bahawa " SD Johari antara panglima Ezam Mohd Nor" sudah berani mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat - maha munafik dan Anwar Ibrahim adalah homeseksual. Mungkin SD Johari adalah jawapan kepada cabaran Nazree Yunus terhadap Ezam Mohd Nor.
Comments





arbai - kulatlapok |2010-05-09 11:34:51
BUKTINYA PASAL SD JOHARI NI PERNAH KENA 'TALA' DENGAN SDAI, KALAU TAK TAKKAN DIA TAHU, HANYA ORANG YG MENERIMA YG MERASA.
noahzigur - dakwaan mengarut orang yang kecewa |2010-05-09 12:12:41
Dakwaan SD Joharo itu amat dangkal dan tak meyakinkan. hujah nampak macam direka-reka. Dia juga kecewa macam Ezam jawa kotak tu. Moga-moga SD Johari ni dapat Senator juga dengan mencela DSAI. Percayalah dia akan cuma dapat dosa seperti mana pemimpin UMNO yang lain yang dengki dan cuak dengan kebangkitan PR. Hidup DSAI.
Anonymous |2010-05-09 12:28:22
Mereka kecewa, marah, geram dan macam-macam lagi. Mereka akan buat apa sahaja untuk yakinkan kepimpinan UMNO. Mereka akan gadai maruah mereka kerana hendak mendapat tempat dalam UMNO. Mereka jahil tentang perjuangan. Mereka ini akan mendapat pembalasannya suatu masa nanti. Mereka komplot dengan Saiful pondan untuk jatuhkan DS Anwar, mereka akan terus mengampu sehinggalah mereka mendapat tempat di dalam UMNO.
Ingatlah wahai SD Johari, kesalahan dengan manusia hanya terampun dengan memohon maaf dengan tuannya sahaja. Bayangkan berapa ramai yang mendengar fitnah ini, maka kamu yang akan membayarnya satu hari nanti.
Ingat SD Johari kamu seumpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.. marahkan Anwar kamu fitnahnya habis-habisan.
Wahai SD johari, Rakyat Malaysia sekarang ditipu oleh pemimpin UMNO, harta negara dicuri sesama mereka, Negara tergadai kerana UMNO. Institusi keselamatan dinoda/disepak terajang oleh UMNO, hak rakyat dinafikan. Mereka sedang memunggah harta bumi ini kepada puak-puak mereka. Tolong bagitahu siapa yang baik dalam UMNO/BN sekarang,.. semuanya kaki Rasuah.
Anon |2010-05-09 13:09:38
Rasanya SD Johari lepas ni dapat Senator gak kut...
noahzigur - cukuplch tu....bertaubat |2010-05-09 17:19:58
SD Johari eloklah kamu bertaubat. Apa yang kamu dapat dengan mengatakan DSAI benar-benar meliwat dan maha maha maha munafik. Ingat kau baik sangat ke. Hanya orang yang maha maha maha jahat seperti SD Johari itulah sebenarnya munafik kerana menyebarkan fitnah yang kemudiannya ditaja oleh portal umno-reform ini.
Anonymous |2010-05-09 21:08:10
Daripada percaya dengan kata-kata dia ni, baik le kita percaya kata ulama mesir Sheikh yusuf Qadrawi yang menyatakan tuduhan terhadap DSAI salah dari segi islam.
Anonymous |2010-05-10 02:29:06
mangsa liwat anwar yang ke berapa ni tak tahu le aku


Sumber: Umno-reform2

KEMELUT ISTANA KELANTAN - PENDEKATAN TOK GURU NIK AZIZ BIJAK

Krisis Istana: MB perjelas sebab 'berdiam diri'
Mei 9, 10


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

"Bagi saya, sejak mentadbir negeri ini hampir 20 tahun lepas, saya anggap berjaya kerana membangunkan negeri ini. Siapa kata gagal?

"Soal kemelut raja, itu kerja anak beranak, saya sengaja tak campur tangan supaya berlaku di sekitar anak beranak," katanya.

Nik Aziz memberitahu pemberita demikian selepas meraikan orang kelainan upaya (OKU) yang baru pulang dari mengerjakan umrah, di bangunan yayasan itu, di Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang dipetik sebagai berkata, krisis istana Kelantan tidak akan berlarutan sekiranya Nik Abdul Aziz memainkan peranannya sebagai penasihat kepada Sultan dan Pemangku Raja Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata Islam membenarkan seseorang itu berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan, walaupun seseorang itu merupakan penasihat, jika ia boleh memudaratkan keadaan.

Beliau menafikan sikap mendiamkan diri dalam isu itu sebagai tindakan lepas tangan daripada tanggungjawab sebagai penasihat dan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu kemelut istana itu kerana ia melibatkan krisis dalaman keluarga.

"Jadi, saya ambil sikap senyap, supaya ianya hanya berkisar di sekitar anak beranak, senyap itu juga, adalah nasihat, ada kalanya Allah Taala suruh senyap.

Ada kalanya suruh nasihat, jadi saya ambil sikap senyap, senyap itupun dianggap nasihat juga...," katanya.

Menurutnya, beliau bersama Exco akan menziarah Sultan, cuma menunggu tarikh yang akan ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias./Malaysiakini

UMNO JOHOR SEMAKIN TERTEKAN

Provokasi Tak Mampu Halang Ribuan Rakyat Johor Dengar Amanat Anwar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor agar tidak takut untuk meninggalkan Umno dan Barisan Nasional kerana ramai daripada pengasasnya itu telah meninggalkan parti apabila melihat penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku.

"Bahkan presiden pertama Umno, Dato Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn turut meninggalkan parti dan melawan Umno," kata Anwar pada ceremah di Plentong Jumaat lalu.

Anwar berkata walaupun Johor dikatakan kubu kuat Umno namum beliau optimis dengan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti melihat kepada gelombang sokongan rakyat kepada Johor yang semakin meningkat.

Ia berdasarkan sokongan serta sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap program anjuran Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini yang dahagakan maklumat terkini mengenai situasi politik dan ekonomi negara.

"Dengan izin Allah, kalau Selangor boleh kita tawan, tidak mustahil Johor pun boleh tumbang kepada kita. Yang penting kita istiqamah dan teguh dengan perjuangan," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun program ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kempas dan Plentong diganggu polis dan provokasi daripada Pemuda Umno, namun ia tidak menghalang lebih 6,000 rakyat mendengar amanat Anwar dalam lawatan sehari beliau ke Johor untuk menemui pucuk pimpinan KEADILAN negeri serta rakyat.

Turut sama dalam ceramah yang diadakan termasuk Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Yang Dipertua PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfuz Omar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Meng serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Anuar Saleh.

Dalam program di Taman Dahlia, Kempas, Anwar terpaksa memendekkan jadual beliau di situ selepas dinasihatkan pihak polis atas faktor keselamatan.

Pemuda Umno dikatakan datang ke majlis ceramah dan melakukan provokasi dengan membuat bising bagi menganggu perjalanan program.

Pihak polis jelas menunjukkan sikap berat sebelah apabila menahan Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat atas alasan menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Gangguan yang sama turut dilakukan oleh Pemuda Umno di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong dengan bersorak dan menghamburkan kata-kata kesat, membakar mercun dan membaling objek ke arah orang ramai.

Tindakan kasar dan biadap Pemuda Umno itu hampir mencetuskan pergaduhan namun berjaya ditenangkan oleh petugas yang mengawal keselamatan.

"Ribuan yang hadir tanpa upah ini membuktikan ledakan suara rakyat Johor cuba dimusnahkan oleh gerombolan yang semakin gusar dan cemas.

"Kita akan teruskan ikhtiar untuk sampaikan maklumat kepada rakyat walaupun banyak halangan yang menduga kita.

"Tuan-tuan jangan layan provokasi mereka di luar sana. Kita patut berasa simpati kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.

"Inilah akibatnya apabila pemimpin yang zalim terus memperbodoohkan rakyat. Anak-anak kita rosak kerana perbuatan mereka," kata Anwar kepada ribuan penyokong.

Beliau berkata ketakutan pimpinan Umno-BN kini semakin ketara.

Fitnah, dakwaan yang dilakukan dan usaha untuk menggantungnya dari Parlimen hanya akan menjadikan rakyat semakin jijik dengan tindakan Umno-BN.

Persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak mampu dijawab, tetapi menggunakan kuasa majoriti yang ada untuk membungkam pandangan lain, kata Anwar.

Antara isu yang dikupas beliau termasuk isu keselamatan negara, pentadbiran yang pincang, kehakiman serta isu jenayah yang semakin meningkat.

Anwar turut menyarankan anggota keselamatan supaya bersikap rasional dengan tidak membuta tuli mematuhi arahan tetapi melaksanakan tanggungjawab mengikut undang-undang.

"Paling baru kes Aminulrasyid. Arwah ditembak dan kini dalam siasatan. Kes Kugan dan Beng Hock belum selesai, datang pula kes terbaru. Macam mana kita nak yakin dengan keselamatan negara kita?" soal beliau lagi.- sk

Sumber: bloglistpolitik

PRK SIBU - KHALID SAMAD JADI `STAR'

Harakahdaily

SIBU, 9 Mei: Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, mereka terpaksa menentang parti pemerintah yang kuat di negeri Sarawak ini di samping masyarakat Cina yang masih lagi percaya dengan isu seperti negara Islam yang dimainkan oleh BN di negeri ini.

"Jangan terkejut kalau di sini isu negara Islam yang sudah lapok di Semenanjung masih menjadi isu utama di kalangan masyarakat Cina di sini. Jadi peranan penceramah PAS penting untuk menjelaskan isu ini," kata seorang wartawan yang aktif menulis untuk akhbar DAP, Rocket.

Mungkin atas dasar ini, anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad antara tokoh utama yang digunakan DAP untuk berkempen bagi pihak calon mereka.

Khalid hari ini bersama-sama dengan Teresa Kok ke gereja Secret Heart, Sibu untuk menerangkan dasar PAS. Beliau bertemu dengan para penganut Kristian di situ bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja.

"Saya diberitahu, SUPP menggunakan isu PAS adalah parti eksremist di Sibu ini dalam kempen mereka, jadi saya mewakili PAS menerangkan kepada mereka, siapa dan apa perjuangan PAS yang sebenar," kata Khalid kepada Harakahdaily.

"Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily.

Sebaik sahaja menang dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Khalid telah memberikan ucapan yang bersejarah dalam sebuah gereja di Shah Alam. Sejak itu, beliau sangat diingati oleh penganut Kristian di negara ini.


Sementara itu, para pemimpin PAS yang lain sibuk berkempen di kawasan Melayu iaitu di dalam Dun Nangka.

Pagi ini, dua naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Hilir.(gambar)

Turut serta adalah Firdaus Jaafar, Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS yang juga anggota Parlimen Jerai di samping para Muslimat PAS.

Kesemua mereka turut serta mengiringi calon Pakatan dari DAP, Wong Ho Leng. Selain mereka, turut mengiringi calon itu semalam adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pilihan raya kecil ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menentang calon BN, Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron.

Dalam pada itu, nasib tidak baik berlaku kepada penyelaras pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil ini apabila Datuk Wan Abdul Rahim terpaksa berehat selepas demam.

Beliau yang terpaksa tidur sahaja selepas penamaan calon disyaki terkena serangan virus sebaik sahaja tiba di sini beberapa hari lalu.

"Memang masa nak mari pun dah tak berapa sihat," kata Wan Rahim ketika dihubungi Harakahdaily.

Namun begitu, kempen pilihan raya ini berjalan dengan lancar. Malam ini, Mahfuz dijangka memberikan ceramah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sambutan terhadap ceramah Anwar cukup baik apabila beliau mula datang ke sini semalam," kata Wan Rahim./Harakahdaily

Ahad, 9 Mei 2010

KEPUTUSAN POLL - MENGAPA BN MENANG DI HULU SELANGOR?

PILIHANRAYA Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini menyaksikan Bn telah berjaya merampas kerusi tersebut dari PR. Berbagai andaian telah dibuat mengapa Bn berjaya, blog ini menyenaraikan beberapa faktor utama kekalahan calon dari PR.

Pengunjung-pengunjung blog ini telah memberikan pendapat mereka. Seramai 1,029 pengunjung blog ini telah membuat undian masing-masing dan mereka mempercayai bahawa kemenangan calon dari Bn adalah disebabkan oleh faktor seperti berikut:

a. Bn amalkan rasuah politik - 66 %

b. Pengundi Hantu - 10%

c. Rakyat terpengaruh dengan media - 9 %

d. PR silap meletakkan calon - 6 %

e. Kempen PR kurang berkesan - 5 %

f. Rakyat terima konsep 1 Malaysia - 4 %

UMNO BEBAL? MENGAPA ?

Kajian: Kenapa Ahli UMNO Bebal
Oleh: setisab

"
Generasi Melayu masakini mesti nasihatkan anak-anak mereka untuk tidak membaca akhbar Utusan Malaysia, apatah lagi membelinya. Sudah berpuluh tahun lamanya ramai Melayu hidup dalam keadaan daif ditipu olih Kerajaan UMNO/BN dan penipuan itu ditutup rapi olih akhbar Utusan Malaysia. Terlalu banyak, jelas dan nyata, Utusan Malasyia menjadi agen penyampai berita palsu yang menjurus kepada matlamat menipu bangsa Melayu khasnya dan rakyat Malaysia keseluruh amnya.

Petikan di bawah ini adalah satu lagi bukti nyata kenapa ramai ahli umno menjadi bebal dan tertipu setelah membaca akhbar tersebut.

Berita "kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia" dilenyapkan dari Utusan Malaysia hari ini, walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein semalam mengakui bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan untuk mengelakkan kegiatan perjudian haram.

Bagaimanapun, Awang Adek Hussein berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula, ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.

Berita ini dilaporkan oleh Berita Harian pada hari ini di muka surat ke-10, dalam liputannya di Dewan Negara. Walau bagaimanapun, isu lesen perjudian ini tidak dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Kuda Lumba" Zaid Ibrahim

Walaupun PRK Hulu Selangor telah melabuh tirai, namun calon PKR yang kecundang, Zaid Ibrahim tetap menjadi watak utama Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk yang menonjol di muka surat depan, "Sifatkan titah Sultan Selangor hanya pendapat peribadi - Zaid Ibrahim biadap".

Apa yang menarik, sekiranya diselak Utusan Malaysia ketika tempoh kempen PRK Hulu Selangor, akan didapati bahawa isu "kuda lumba" telah diperbesarkan dalam akhbar tersebut.

"Reaksi Zaid Ibrahim terhadap dakwaan penulis-penulis blog: 'Benar saya ada kuda lumba'", demikianlah tajuknya di muka depan Utusan Malaysia pada 21 April 2010. "Kaki judi" adalah tuduhan kedua yang cuba dipalitkan pada Zaid Ibrahim, selepas label "kaki botol" yang diasak terhadapnya sebermulanya PRK Hulu Selangor.

Kaki botol dan syarikat arak

Ketika menangkis serangan peribadi ini, pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan pemilikan syarikat arak, San Miguel di Filipina oleh Mirzan Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang dikatakan isu lebih besar berbanding isu "minum arak" oleh individu.

Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, misalnya telah mengungkit isu pemilikian syarikat arak oleh keluarga pemimpin UMNO ketika ditemuramah media pada hari penamaan calon PRK Hulu Selangor. Bagaimanapun, apa yang ditonjolkan Utusan Malaysia pada keesokannya ialah hujah Azmin Ali yang berbunyi, "Buktikan Zaid kaki botol".

Namun, apa yang lebih penting ialah kenyataan bahawa Mirzan Mahathir memiliki syarikat arak terus dilenyapkan dari akhbar Utusan Malaysia, meskipun bekas PM Mahathir Mohamad sendiri mengesahkan pemilikan tersebut dalam satu ceramah di Serendah pada malam 22 April 2010.

Dalam ceramah tersebut, Mahathir membela anaknya dengan mengatakan Mirzan bukan ahli politik, lebih-lebih lagi, Mirzan yang diundang untuk menjadi pengarah syarikat tersebut, sedang merancang untuk melepaskan perniagaan arak, mengikut pengetahuan beliau.

Utusan Malaysia yang membuat liputan di ceramah ini sekadar menonjolkan "Zaid 'kaki lompat'-Dr.Mahathir", sebagai tajuk, langsung tidak melaporkan penjelasan Mahathir terhadap pemilikan syarikat arak oleh anaknya. Dengan kata lain, realiti bahawa pemilikan syarikat arak oleh Mirzan Mahathir telah dilenyapkan dari akhbar tersebut./Tranungkite

TEMBAK LAGI, UMPAMA MUSIM PULA

Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas
Regina Lee
Mei 8, 10


Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Os

man berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya./Malaysiakini

PEREMPUAN PERASAN YANG TERLAMPAU

'Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama'
Mei 8, 10


Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Zura
idah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidal lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada./Malaysiakini