RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 9 Mei 2010

UMNO BEBAL? MENGAPA ?

Kajian: Kenapa Ahli UMNO Bebal
Oleh: setisab

"
Generasi Melayu masakini mesti nasihatkan anak-anak mereka untuk tidak membaca akhbar Utusan Malaysia, apatah lagi membelinya. Sudah berpuluh tahun lamanya ramai Melayu hidup dalam keadaan daif ditipu olih Kerajaan UMNO/BN dan penipuan itu ditutup rapi olih akhbar Utusan Malaysia. Terlalu banyak, jelas dan nyata, Utusan Malasyia menjadi agen penyampai berita palsu yang menjurus kepada matlamat menipu bangsa Melayu khasnya dan rakyat Malaysia keseluruh amnya.

Petikan di bawah ini adalah satu lagi bukti nyata kenapa ramai ahli umno menjadi bebal dan tertipu setelah membaca akhbar tersebut.

Berita "kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia" dilenyapkan dari Utusan Malaysia hari ini, walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein semalam mengakui bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan untuk mengelakkan kegiatan perjudian haram.

Bagaimanapun, Awang Adek Hussein berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula, ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.

Berita ini dilaporkan oleh Berita Harian pada hari ini di muka surat ke-10, dalam liputannya di Dewan Negara. Walau bagaimanapun, isu lesen perjudian ini tidak dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Kuda Lumba" Zaid Ibrahim

Walaupun PRK Hulu Selangor telah melabuh tirai, namun calon PKR yang kecundang, Zaid Ibrahim tetap menjadi watak utama Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk yang menonjol di muka surat depan, "Sifatkan titah Sultan Selangor hanya pendapat peribadi - Zaid Ibrahim biadap".

Apa yang menarik, sekiranya diselak Utusan Malaysia ketika tempoh kempen PRK Hulu Selangor, akan didapati bahawa isu "kuda lumba" telah diperbesarkan dalam akhbar tersebut.

"Reaksi Zaid Ibrahim terhadap dakwaan penulis-penulis blog: 'Benar saya ada kuda lumba'", demikianlah tajuknya di muka depan Utusan Malaysia pada 21 April 2010. "Kaki judi" adalah tuduhan kedua yang cuba dipalitkan pada Zaid Ibrahim, selepas label "kaki botol" yang diasak terhadapnya sebermulanya PRK Hulu Selangor.

Kaki botol dan syarikat arak

Ketika menangkis serangan peribadi ini, pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan pemilikan syarikat arak, San Miguel di Filipina oleh Mirzan Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang dikatakan isu lebih besar berbanding isu "minum arak" oleh individu.

Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, misalnya telah mengungkit isu pemilikian syarikat arak oleh keluarga pemimpin UMNO ketika ditemuramah media pada hari penamaan calon PRK Hulu Selangor. Bagaimanapun, apa yang ditonjolkan Utusan Malaysia pada keesokannya ialah hujah Azmin Ali yang berbunyi, "Buktikan Zaid kaki botol".

Namun, apa yang lebih penting ialah kenyataan bahawa Mirzan Mahathir memiliki syarikat arak terus dilenyapkan dari akhbar Utusan Malaysia, meskipun bekas PM Mahathir Mohamad sendiri mengesahkan pemilikan tersebut dalam satu ceramah di Serendah pada malam 22 April 2010.

Dalam ceramah tersebut, Mahathir membela anaknya dengan mengatakan Mirzan bukan ahli politik, lebih-lebih lagi, Mirzan yang diundang untuk menjadi pengarah syarikat tersebut, sedang merancang untuk melepaskan perniagaan arak, mengikut pengetahuan beliau.

Utusan Malaysia yang membuat liputan di ceramah ini sekadar menonjolkan "Zaid 'kaki lompat'-Dr.Mahathir", sebagai tajuk, langsung tidak melaporkan penjelasan Mahathir terhadap pemilikan syarikat arak oleh anaknya. Dengan kata lain, realiti bahawa pemilikan syarikat arak oleh Mirzan Mahathir telah dilenyapkan dari akhbar tersebut./Tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan